41: MISI MENCARI

279 18 1
                                    

POV IAN

"aku rasa kau dah boleh buat report polis la" cadang Sari

"tak cukup 24 jam lagi, tak boleh buat report lagi" terang aku

"anyone wanna drink?" pelawa Iqi sambil bangun dari sofa dihadapan Ian

"air kosong jela bie" balas Sari pendek, dia hanya berteleku memikirkan masalah si Ian ni

"okay sayang" Iqi hanya mengenyit mata, "kau bro?"

"aku nak air kopi bro, dapur hujung sana" tunding jari aku ke arah hujung penjuru

"okay bro" Iqi hanya menuju kearah dapur milik Ian

tiba-tiba

guruh berdentum kuat dihadapan rumah aku

"weyhhhh apa tu?" soal Sari dan dia bangun dari sofa

"sedara kau jugak la tu" terang aku "Faris"

"Faris? kepala hotak dia, datang rumah orang buat orang terperanjat" gumam Sari

"dia memang tak ada otak pun" cabul mulut aku

Pintu rumah aku dikuak luas dan Faris meluru masuk

"ha ngumpat aku la tu" laung Faris yang sedang menuju ke arah kami berdua

Aku hanya menunding jari ke arah Sari

"waalaikumusalam" balas Sari

"eh rumah orang islam rupanya" bidas Faris sambil duduk di sofa sebelah abang sulungnya dan membuka paparan skrin telefon, mula skrol facebooknya dari melayan dua orang ni. 

"kau kalau datang sini nak main phone kau pergi balik rumah la" halau Sari

"aku yang suruh dia datang" terang aku yang bertambah kusut dia buatnya

"Ian, kenapa taman bunga kau kat tengah tengah rumah ni semua mati? kau tak jaga ke?" soal Iqi kehairanan, dia yang baru sahaja melintas di tengah tengah laman yang penuh dengan pokok bunga tapi semua layu dan mati.

"mati?" soal aku, kenapa aku tak perasan taman bunga aku mati? aku lantas bangun untuk pergi melihat, semua ikut membututi aku dan menghadap taman bunga aku. Ya, kini semua layu dan mati, kering ibarat tidak dijaga rapi tapi, semua ini Karl yang jaga.

Karl?

"good news guys! 'seorang pemuda yang pelik mati di bangunan ADU di tengah tengah Bandaraya Kuala Lumpur' jap aku buka artikel" sampuk Faris

"apa yang good news nya?" soal Iqi, orang mati kau cakap good news?

"seorang pemuda ditemui mati di tingkat 3 yang berada letak tempat parking kereta di bangunan ADU yang sedang terbengkalai, keadaanya yang menghayat hati kerana mulut mangsa berbuih dan di percayai meminum racun yang berada disisinya. Tiada kesan mangsa di bunuh, kemungkinan besar mangsa membunuh diri. Ada sesuatu yang pelik terhadap mangsa, mangsa mempunyai telinga dan ekor seperti kucing." habis saja FAris membaca artikel yang ditemui di ruangngan facebooknya

"karl dah mati" ujar aku sayu "taman bunga ni bermaksud, tuan yang tanam bunga ni juga turun mati, kalau mati si penjaganya, mati juga lah apa yang ditanamnya"

"someone kidnapped him" tambah Sari

"kau tau kan bangunan ADU tu siapa punya?" soal Faris yang hanya untuk memberi Ian ligat untuk berfikir

"Datuk Abu Daud bin Usman, ayah kepala Aleeya" ulas aku lebih tepat lagi, ya sebelum ini Aleeya mencari aku, kenapa dia ubah target mencari Yadd pulak?

"pandaiiii, hahahahhaa... bodoh la perempuan tu buat kerja tak clean" kata Faris

"kau tau la sebenarnya dia yang merancang nak culik Yadd?" soal aku

"kau yang bodoh, sape suruh, aku dah bagi tahu kau sebelum ni, aku suruh kau hati hati dengan perempuan tua sangkak nak kan cinta kau tu" ujar Faris dalam keadaan marah bila dituduh begitu

"apa lagi yang kau tau Faris?" soal aku lagi

"dan yang melanggar  Yadd tempoh hari , betina tu jugak" terang Faris, kini nada suaranya lebih tenang

"aku dah agak dah" Aku hanya mampu menekup muka, Ya Allah, apa nak jadi dengan si Aleeya ni?

"jangan cakap perempuan yang selalu tangkap kau and feeling gila dengan kau selama ni?" soal Sari

AKu hanya mengangguk, tak terdaya dibuatnya.

"aku dah lama tak kerjakan perempuan tu" geram Sari dibuatnya bila memikirkan balik perangai betina sundal macam tu

"sabar sayangg~~" Iqi cuba menenangkan Sari "tapi macam mana dia orang boleh sampai ke tapak pembinaan tu?" soal Iqi

"naik kereta" aku dah dapat tangkap "polis tak call aku, kalau kereta aku ada dekat tempat kejadian, mesti polis dah call aku, maksudnya, kereta aku diaorang bawak sekali" kini aku celik ibarat menyelesaikan masalah matematik

"apa kaitannya?" soal Faris dan Sari serentak

"kereta semua aku letakan tracker,kalau hilang aku boleh jejak balik" jawab aku

"kau memang orang kaya yang kedekut kan? dah hilang beli jela baru, tapi cerdik jugak la" sinis Faris

"korang ikut aku, teman aku" pinta aku

"apesal?" soal Sari

"kita jejak dia la" ujar aku "kita boleh tahu kereta aku kat mana dan mesti dia bawak Yadd jugak" 

AKu mengeluarkan telefon pintar aku, dan mengakses tracker app menggunakan nombor plate berdaftar kereta yang hilang tersebut

"bingo!" ujar aku

"dekat mana?" soal Sari

"jalan ke karak" balas aku pendek

"jom la, cepat" arah aku meluru ke arah luar rumah

___________________________________________


KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now