20: SUASANA

455 25 0
                                    

Sedang lena tiba tiba aku terhidu bau..... Jap, bau apa ni? nasi goreng mungkin. Sedapnya bau, terangkat hidung aku bau masakan ini. Terdengar pula bunyi pinggan, sudu, senduk, kuali berlaga. 

Aku terbangun lalu melihat Ian masih lagi tidur lena dengan terkangkang, tangan dia dah singgah ke leher aku. Memang kelakuannya macam ni, tak heran la bila tidur di kampung cadar sebelah katil yang aku tak guna tu dalam keadaan kusut, terpaksa aku mengemas katil aku secara keseluruhan, rupanya angkara Ian, aku fikirkan Kesuma yang tidur lasak.

Aku baring bertentangan Ian untuk melihat dia tidur. 'handsomennya dia ni' ujar aku dalam hati 'tidur pun handsome' aku memandang tubuh badan dia yang tidak berbaju itu, six pack-nya turun naik, masih lagi berbentuk walaupun dalam keadaan tidur. TERLIUR aku macam ni. 

Aku mesti bangun dari katil, kalau tak 'adik' aku yang bangun nanti lagi susah aku. 

_____

Usai mandi, aku terus ke ruang tamu untuk melihat siapa yang masak di dapur. AKu menjengah, terlihat Abang Iqi tengah menjamu selera.

"amboi, sedap nampak?" aku meluru kearah Abang Iqi dan mengambil tempat di hadapannya.

Tersedak lelaki ini bila disergah secara tiba-tiba oleh Yadd. 

"Yadd jangan sergah abang macam tadi, luruh jantung abang lah" ujar Iqi sambil meneguk air kosong dan mengurut dada, sakit kot kalau tersedak macam tadi. Apa punya perangai Yadd ni. 

"Yadd dah bangun? jom sarapan dengan kitorang" pelawa Sari tiba-tiba datang dari arah dapur lalu mengambil tempat di sebelah Iqi

"aik, akak semalam pun ada?" soal aku yang agak terkejut dengan kehadirannya, yalah aku ingat abang Iqi sesorang kat meja makan. 

"ohh Sari pun ada, bagus lah macam tu" terdengar suara Ian dari arah belakang aku

Dalam masa yang sama, Iqi tersedak buat kali kedua dek kerana melihat Ian tidak berbaju, hanya berseluar, terkejut la kawan tu tiba-tiba lelaki separuh bogel terhidang dipagi hari ni. AKu menoleh melihat Ian, aku pun terkejut, kepala hotak dia keluar bilik tak pakai baju, aku pantas berlari ke dalam bilik dan mengambil t-shirt kepunyaan aku dan menyarung ke badan Ian, dia hanya menurut kelakuan aku. 

"abang, ni semalam abang dah kenal, ni" aku nak mengenalkan Ian kepada Iqi, lantas Iqi memancung

"Ian kan?" tebak Iqi usai meneguk air kosong dek kerana tersedak tadi "jom duduk sekali bro, kitorang baru nak start breakfast" pelawanya

"Thanks" lalu Ian duduk disebelah aku 

Aku baru nak buat suapan yang pertama setelah Kak Sari menghidangkan nasi goreng kedalam pinggan aku dihalang oleh Ian lalu dia pergi kedalam dapur entah membuat sesuatu.

Selang beberapa minit, Ian memberikan aku sepinggan roti bakar dengan jem blueberry yang ada didapur. Okay aku tahu sebab apa dia melarang aku makan nasi goreng tersebut

"kalau aku tahu lepas ni kau bagi lagi nasi goreng macam ni kat Yadd, kau siap, aku tumbuk muka kau cukup cukup" pandangan mata Ian membuatkan Iqi lantas memandang kearah aku. Sari dari tadi memang diam menjadi juri.

"sebenarnya Yadd, alah dengan seafood bang" terang aku "semalam abang nampak kitorang dekat kawasan Hospital Gleneagle tu sebab Yadd baru balik balik dari hospital dapatkan rawatan, Yadd pengsan lepastu Ian yang hantar"

"ehem" Ian berdehem tanda suruh tukar status dia kepada 'abang'

"abang Ian yang hantar Yadd semalam" aku memperbetulkan ayat aku semula, aku melihat Kak Sari dah tergelak kecil

"sorryyy Yaddd, abang betul tak tahu, Yadd tak cakap dengan abang Yadd tak boleh makan seafood" Kali ni nampak air muka Iqi seba salah, dia lantas bangun dan peluk Yadd

Terbuntang mata Ian "weyh weyh, jangan lebih lebih, kau ada Sari kan? kau jaga Sari elok elok"

Iqi hanya tersengih dan kembali ke tempat duduknya "dah jom makan" pelawa Iqi "yadd abang betul betul mintak maaf ya?" rayu Iqi

"tak apa bang, maaf abang diterima" balas aku sambil menguntumkan senyuman, lantas Ian mengusap lembut kepala aku, aku menoleh kearah dia  -_____-" aku dah set rambut aku elok elok, cantik cantik kau sesuka hati kusutkan rambut aku, ni boleh buat gaduh macam ni. Aku mengecilkan mata aku tanda tak puas hati atas tindakannya. 

"so, kau tahu Sari siapa, mesti kau tahu aku siapa jugak, keturunan kitorang semua sama" aku diam hanya mendengar kenyataan dari mulut Ian kepada Iqi, abang Iqi hanga mengangguk tanda faham sambil mengunyah nasi goreng "kalau kau tak kisah aku stay sini dengan Yadd la, nanti aku bayar duit sewa bagi pihak Yadd" terang Ian lagi

"pppmmhhttt" Iqi tersedak kali ketiga, kali ketiga gais laki ni tersedak

"awak ni kenapa? makan slow slow la sayang" Sari mula bersuara sambil menghulurkan secawan air kosong miliknya. Cawan bertukar tangan, Iqi meneguk sehingga habis. 

"boleh ke tidak?" soal Ian denga mimik muka yang polos tapi garang

Iqi hanya mengangguk. Aku lagi suka, tapi kesian abang Iqi mungkin nanti dia rasa tak selesa. 


KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now