25: PESANAN

385 28 0
                                    

Zeeyad Naufal hanya mengeliat seusai keluar dari perut Hospital Gleneagle tersebut. Lega rasanya dapat berjumpa dan berborak lebih lama bersama Summayah atau lebih di kenali sebagai Nenek Yah. 

"aik senyum sampai ke pipi malam ni nampak?" soal Ian yang melihat senyuman Yadd lebih manis sikit hari ni berbanding hari biasa

"hehehe tak adalah, cuma bahagia, lagi pun seronok berborak dengan Nek Yah tadi. Yadd teringat la Mak Ayah kat kampung, bila kita boleh balik kampung?" soal Yadd ketika ini perasaannya dirasakan berbaur dengan haruman cinta.

"aik kenapa tanya abang pulak bila nak balik kampung?" Ian berasa pelik

"sayang kan bakal bini abang, pengantin abang, mesti la kene mintak izin" kali ni Yadd masih bermain dengan Ian tentang perasaannya ini. Apa yang pasti rasa cinta Zeeyad Naufal kepada El-Riyyan semakin mendalam

"HAHAHAHAHAHHA" kali ni terburai ketawa Ian bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Yadd, budak ni tak habis nak menyakat orang.

"terima kasih abang, sebab abang ada dengan sayang lepastu bawak pergi jumpa Nek Yah malam ni" ujar aku yang sedang memandang tepat kearah anak matanya sambil berjalan di tepi kaki lima Jalan Ampang, laluan situ dah kedengaran sunyi dek kereta. 

"sama sama, asalkan sayang abang ni bahagia" balas Ian

Hidung dan mulut yang mula bergerak kiri kanan manakala kening juga terkerut kerut, Ian menyedari tentang hal itu, tangan Ian mula merayap ke belakang badan Zeeyad Naufal lalu menggaru di bahagian tersebut

"gatal kat mana?" soal Ian pendek, dia tahu bahawa kekasihnya ini gatal dibahagaian belakang badan

"atas sikit, ha kanan sikit, bawah sikit bang kat pinggang tu. AAahhhhhhh sedapnya" arah Yadd yang merasakan kesedapan "asik abang je jadi tukang garu sayang"

"nak upah" pinta Ian pendek

"hahaha... abang nak upah apa?" soal aku

Yadd melihat kening Ian bergerak atas bawah 2 ke 3 kali ni, dah mula dah nak gatal gatal ni. Hahahaha... 

Keadaan sekeliling menjadi gelap dek awan yang berpusar di tengah dan menyambar kilat yang kuat, hentamannya di hadapan mereka berdua, serpihan batu yang tajam terpelanting dan terkena di pipi Yadd yang mulus itu

"eeesss aduh!!" Yadd mengaduh tanda pipinya terhiris dek serpihan batu yang tajam

"sayangg?" Ian mengalihkan pandangannya, tidak sangka perkara begini akan terjadi kepada Yadd "ishhh luka dah pipi awak ni" ujar Ian tatkala dia menilik muka kekasihnya

"sakit sikit" sambil mengusap pipinya yang terluka, perit rasanya.

Ian mula naik berang, dengan riak wajah yang bengis dan serius, dia mula mengalihkan pandangan ke hadapan untuk melihat siapa gerangan yang berani kacau daun malam malam ni sampai terluka pipi Zeeyad Naufal

"kau kalau kau tak kacau aku tak boleh ke setan?" nada Ian mula meninggi kepada lelaki yang menuju kearah mereka berdua

"sorry la long, aku tak sengaja lah" ujar Faris, kini dia berada betul betul seinci dari muka Yadd. 

"sorry kau! kau tak nampak berdarah muka dia tu?" Ian mula menarik kolar baju kemeja Faris dan menggenggam satu penumpuk yang bila bila masa saja boleh hinggap ke muka pemuda tersebut

"abang, jangan la gaduh, tak apa la, ni sikit je ni, esok lusa baiklah ni" pujuk Yadd yang hanya menahan amarah Ian yang membuak. Dia takut jadi satu tragedi pergaduhan berdarah pula di sini.

Genggaman Ian mula terlerai, sejuk hati Ian bila Yadd pujuk.

"abang?" Faris terkesima, dia mula menangkap apa makna semua ini dan kenapa along dia marah sangat pasal ini, kalau sebelum ni tidak la berkelakuan seperti ini  "jadi kau lah orangnya?"

Faris membetulkan kolar bajunya yang dah kusut seribu. 

"lepas ni kau jangan cuba nak buat masalah, aku kasi kau warning siap siap" Ujar Ian tegas

"kita boleh jadi kawan kan? by the way saya minta maaf" soal Faris sambil mengulurkan salam kepada Yadd

Yadd kalih pandangan ke arah Ian bahawa dia tahu Ian inginkan kepastian siapa pemuda dihadapan ini sebelum dia menyambut salam. Tiba-tiba je nak jadi kawan ni. Ada udang disebalik batu ke?

"dia adik I, far-" belum sempat Ian menghabiskan katanya

"Faris, El-Farisi, adik bongsu kepada El-Riyyan, yang handsome dan paling kaya" pangkah Faris

hehehe.. Yadd menyambut salam dan menguntumkan senyuman. 

"dan adik bongsu yang paling banyak buat masalah" ujar Ian dengan nada berbisik

"huh?" soal Faris memandang Ian dan mengalih pandangan semula ke arah Yadd

"huh?" Yadd memandang pelik Faris dan mengalih pandangan ke Ian, dengar tak dengar kata kata dia tadi.

"huh? what?" Ian pula menyoal, tak, sekarang ni apa jadi?

"eh macam bodoh la korang ni" Faris mula mencelah "by the way Long, aku datang ni sebab aku nak bagi pesanan dari Bonda dan Ayahanda kita, dia suruh pesan kat kau" Kini Faris berdiri tegak menghadap Ian

Ian bagaikan tahu apa yang bakal Faris katakan

"apa? say it" ujar Ian dengan muka serius

Yadd hanya mendengar perbualan mereka berdua 'apa benda yang aku tak tahu lagi ni?' ngomelnya dalam hati

"masa kau dah suntuk Long, tak banyak masa yang kau tinggal" kata kata Faris membuatkan Ian merenung jauh dari alam mereka berdua berada

'masa aku dah suntuk ke? tapi Yadd tak sedia dengan semua ini lagi' Ian memandang lemah kearah Zeeyad Naufal

___________________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant