33: MERAJUK

371 23 3
                                    

Waktu makan malam pun bermula. Petang selepas insiden aku melihat detik detik romantik Kak Yana aku dengan Ian, aku tak bercakap langsung dengan Ian, hati aku tiba tiba jadi sakit. Aku tak tau kenapa, tak pernah aku rasa macam ni. Aku hanya duduk di sebelah Ayah, bertentangan mata dengan kak yana dan Ian. 

"abang, ni yana masak, cuba abang rasa, sedap" sambil Yana mencedok lauk Ikan keli sambal ke dalam pinggan Ian penuh dengan nasi

"yeke, boleh, abang rasa, kalau sedap abang kasi 5 bintang" ujar Ian sambil menunjukkan lima jarinya

Ishhh menyirap pulak aku pandang akak aku ni, yang Ian ni pulak melayan.

"eleh, sepanjang dia cuti ni Ian, hari ni baru dia nak masak, itu pun makcik yang tolong" balas Mak Yah, hehehe... Mak is my bekap. Rasain loohh

"Alah mak ni, bagi la Yana chan" ujar yana 

"dah, mari makan, Ian makan, jangan dilayan sangat Yana ni" pelawa Tuan Berahim

_______________________

Usai aku tolong mak lipat baju diruang tamu, Yana masih lagi jadi ulat bulu sebelah Ian, Ian mata tertumpu kepada cerita di televisyen. AKu ambil baju aku dan bawak masuk ke bilik, dari fikirkan benda ni kat kepala, baik aku tidur, aku meletakkan baju yang dilipat di dalam almari dan turun ke tandas.

Usai membuang hajat, aku naik masuk ke dalam bilik. AKu melihat Ian sudah baring di atas katil sambil tersenyum melihat aku. Aku buat bodoh je. Lantak la... 

"sayangg jom tidor" sambil Ian menepuk tempat di sisinya

Aku menutup suis lampu, hanya lampu dari luar menyinggah dan membuatkan kamar tidur dalam keadaan samar samar. Aku hanya mengambil selimut dan bantal lalu bentang di atas lantai. Ian hanya melihat tingkah aku

"sayang kenapa ni?" soal Ian kebingungan "sayanggg"

AKu tak menjawab

"sayanggg" pujuk Ian "sayang tak bercakap dengan abang sejak petang tadi, time abang mandi sayang tak cakap, time makan sayang tak bercakap, kalau tak tu, mulut sayang je abang dengar" terang Ian

AKu diam meringkuk atas lantai

"sayang, sayang tidor atas ni, biar abang tidor bawah" Ian mula bingkas bangun mendapatkan aku

"tak payah la susah susah, tido jela atas tu, tak pun ajak kak Yana tidor sebelah awak" kali ni aku kasi, panas beb hati tapi air mata aku dah nak bertakung, takut melimpah je ni

"aik?" Ian diam sejenak "sayang cemburu ni" tebak Ian

"mana ada, depan saya 'eh abang rasa la ikan ni, yana masak, sedap' uurrghh" aku mengajuk balik kak yana peristiwa semasa makan malam tadi

"HAHAHAHAHHAHAHA" terburai tawa Ian akhirnya "kelakar la sayang ni, ni abang buat geram ni" sambil menggeletek pinggang aku

"hahahaa apa ni geli la, tak nak la. pergi jela tidur atas tu" merajuk aku

"aalllaaaa jom la, betul ni nak abang ajak kak yana tidur sebelah abang?" Ian bingkas bangun

AKu hanya jeling dengan jelingan maut. 

"ha tau tak nak, kalau tak nak, baik sayang tidor atas dengan abang" ugut Ian "kalau tak abang keluar panggil kak yana" Ian mula kan langkah

Aku bingkas bangun dah baring sebelah pembaringan Ian tadi. 

Ian hanya tersenyum sinis "haahahhaa"

Aku diam membisu

"sayang tidur tu baring la mengadap abang, abang nak tengok muka sayang" ujar Ian yang melabuhkan batang badan dia sebelah aku

AKu hanya baring membelakangi Ian, malas aku layan, nak hadap dia apa la

"sayang, jangan la merajuk macam ni, sayang tak kesiankan abang ke?" rintih Ian di belakang aku, dia hanya baring memandang siling "sayang merajuk lama lama ni sedih la abang, abang dah la tak ada sapa sapa"

'haihh, Ya Allah apa aku buat ni... kesian pulak laki aku ni, aahhhh x kira, aku nak mogok '   bentak hati aku

"sayanggggg?" panggil Ian manja

Tangan aku raba ke belakang tanpa menoleh, mencari sebatang tangan si sasa, dapat mencapai dan aku tarik ke pangkuan aku, lalu Ian merangkul aku dari belakang. Siapa je tak sayang laki.

Tersenyum lebar Ian "selamat malam sayang" terasa hembusan nafasnya di belakang bahu aku. Kadang kala dihembus nafasnya ke telinga aku. Tangan sebelahnya menjalar di bawah bantal dimana terletaknya kepala aku. Baru lengkap dan terasa nyaman malam ni. 

Hati yang marah kini senang dipadamkan. Inilah cinta, tiada rasa cemburu maka tak lengkap cebisan itu. 

_________________

Sebenarnya ada dua pasang telinga sedang menghendap dari luar bilik Zeeyad Naufal

"abang, anak kita tu bengkok ke bang?" bisik Mak Yah

"abang tak tau la Yah" balas Tuan Berahim

"habis tu kenapa bersayang sayang bagai?" soal Mak Yah

"dah la jom kita tidur" ajak Tuan Berahim "saya pun nak bersayang sayang dengan awak jugak"

"ishh abang ni, mengada tau" Mak Yah tersipu malu sambil menepuk lengan suaminya separuh abad itu.

_____________

Kantoi

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now