35: TAKDIR

360 25 7
                                    

"sayangggg??" panggil Ian manja

Pandangan aku masih dilontar keluar dari cermin kereta

Suasana sunyi di dalam kereta membuatkan Ian terasa asing dan tak lengkap dengan bebelan kekasihnya ini. 

"sayanggg?" panggil Ian buat kali kedua

"ha?" aku masih terpinga, "abang panggil Yadd ke?" soal aku kehairanan, macam terdengar suara orang memanggil

"sayang berangan ke? sayang okay tak ni?" soal Ian dengan nada kerisauan

"eh sayang okay la, cuma lepas ni mesti rindu Mak Ayah kat kampung" terang aku

Lepas 1 minggu berada di kampung akhirnya aku pulang ke Kuala Lumpur, terasa masa cepat belalu, tak sedar dah satu minggu duduk di kampung, macam macam ragam dihadap dan detik indah yang tercipta disini.

"sayang nak tinggal lagi boleh je, nak kita patah balik ke?" soal Ian, kedengaran macam perli haha..

"ehh tak ada la, kita terus balik KL, tapi...." soal aku tergantung

"tapi apa tu?" soal Ian ingin tahu

"kita jadi ke singgah rumah abang? kata hari tu nak tunjuk" terang aku

"jadi tapi Yadd jangan pengsan terkejut pulak" terang Ian

"kenapa?" soal aku kehairanan

"adalahhh" hehehehe... 

_______________

"eh kenapa abang stop kat sini?" soal aku kehairanan, ternyata kami dah tiba di Kuala Lumpur tapi mungkin ni bukan rumah Ian sebab banyak deretan kedai sahaja

Kereta Lexus milik Ian memarkir di tepi bahu jalan

"sayang memang perut unta eh?" soal Ian yang ada berbaur lawak

"hahahhahahaha" aku dah faham dah, dia dah lapar

"gelak pulak, dah la jom, abang dah lapar" sambil memegang perutnya

"yelaaa jom jom" aku keluar dari perut kereta, aku terasa dada makin kencang dan rasa macam tak sedap hati. Rasa ni seperti waktu Ian hilang seminggu dan aku hampir ditimpa musibah

'eh dia ni menyeberang jalan tak tunggu aku eh, dah la tepi jalan besar dia parking kereta' ngomel aku dalam hati tatkala melihat Ian dah berada di seberang jalan sambil melambai kearah aku

"kejap" aku tengok kiri kanan, line 'clear' aku terus lintas

Tapi tak tahu mana silapnya mata aku, tiba tiba ada sebuah kereta Satria Neo laju menghentam  dan lari dari batang jalan

Sumpah sakit dia hanya Allah je tau bila kene langgar dengan kereta, kepala aku sakit dek hentaman, aku memuntahkan air, tak, ini darah. Aku hanya terbaring di bahu jalan tidak terdaya, hujung telinga aku terdengar jerita dari Ian saja. 

__________________________

POV IAN

"no no no, aku dah agak dah" aku melihat kereta Satria Neo datang dari arah mana muncul terus memecut kearah Yadd "Yaddddd!!!! jangan lintas!!!!" jerit aku

Aku berlari untuk menyelamatkan Yadd tapi takdir terlalu pantas untuk aku. Kejadian bagaikan sesaat berlaku. Bunyi hentaman yang kuat dari arah depan aku. 

Aku melihat Yadd dah terbaring longlai sambil memuntahkan darah di bahu jalan

"Sayangggg!!!! bangun!!!!, sayang pandang abang ni" pekik aku, aku nak dia jaga dan pandang aku, aku tak nak kehilangan Yadd

Air mata aku mengelir deras tatkala melihat keadaan kekasih aku begini. Lantas aku dukung dan usung masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang.

"sayangggg sabar sayang, celik untuk abang sayang!!!! teman abang sayangggg!!!!" pekik aku tambah dengan air mata menjadikan nafas aku tersekat sekat. Kereta aku hidupkan lalu keluar dari bahu jalan ke batang jalan utama tersebut

Tatkala aku melihat Yadd bagaikan sedar tak sedar, nafasnya kedengaran tercungap cungap, laju memecut kenderaan aku ke sebuah hospital berdekatan.  

AKu parkir ke ruang "KECEMASAN" 

Kini semua aku serahkan ke pihak hospital. Yadd diusung ke dalam wad kecemasan.

_______

POV ALEEYA

"baru puas hati aku. HAHAHAHAHHAHAHAH" tawanya memenuhi ruang dalam kereta lama miliknya

"biar kau mati, senang aku nak dapatkan Ian balik, kau tak layak la dapat Ian" 

"HAHAHAHAHAHHAHAHA"

'Ian dah banyak buat kau menderita, kau patut bunuh Ian sekali' satu suara yang berbisik di balik telinga Aleeya

Ternyata suara miliknya sendiri, bermain main didalam akal fikirannya

"tak... takk... takkk boleh, aku sayang Ian, mana sanggup aku bunuh" katanya sendirian

'bolehhh, kau hilang Ian sebab budak tak guna tu, sekarang dia dah mati, kalau dia mati kau ingat Ian nak dekat kau ke?' 

kini suara Aleeya berlegar legar dalam fikirannya

"dia mesti cintakan aku sebab budak tu dah tak ada"

'kau silap, cuba kau fikir, kau kejar cinta dia sampai kau dah tua tapi apa kau dapat? kau dah cuba macam macam masih tak dapat Ian mencintai kau'

"tapi kenapa kau nak bunuh Ian?"

'supaya kau boleh hidup dengan dia selepas kematian, sebuah kehidupan yang abadi'

Hasutan demi hasutan yang bermain dalam fikirannya

_______________


KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now