42: KARAK

268 18 7
                                    

POV ZEEYAD NAUFAL

minda separa sedar aku meransang untuk sedar sepenuhnya, mata aku buka perlahan, melihat keadaan sekeliling

"kat mana aku ni?" aku cuba bersuara walaupun masih lemah, badan aku cuba untuk duduk bersandar pada dinding di belakang aku. masih pening pening lalat.

Tangan disimpul ke belakang, begitu juga kaki aku

Ternyata aku di simpan di dalam sebuah bilik kosong yang beralaskan tilam sahaja, keadaan bilik berhabuk dan kotor, ada daun-daun kering yang berselerakan. Aku hanya bertemankan dengan sebatang lilin yang menyala dan dengan bantuan dari cahaya bulan masuk menerangi segenap ruang bilik.

tiba tiba, pintu bilik di kuak, aku melihat seorang perempuan masuk dan diiringi 2 orang lelaki yang mempunyai badan yang tegap dan besar. 

"dah bangun pun intan payung Ian, aku ingat dah mampus dah tadi" ujar perempuan yang memakai kasut boot, menuju kearah aku

"kau siapa? apa kau nak dari aku?" soal aku kehairanan, aku cuba meronta untuk lepas dari ikatan ini

Perempuan tersebut mencangkung dihadapan aku sambil memegang rambung belakang aku "eh bodoh! mulai sekarang kau ingat muka aku, kau ingat nama aku!" suara wanita ini sedikit kasar "aku Aleeya, kalau kau nak tau siapa aku, aku la ex tunang Ian, tapi disebabkan kau, sebab kan KAU LAAAAA!!!! aku putus tunang" sengaja Aleeya menokok tambah cerita sambil menghempaskan kepala aku di dinding lalu berdiri

"tapi Ian tak ada bagitahu apa apa pun" aku agak terkejut dengan kenyataan Aleeya ini, betul ke Ian dah bertunang, sebabkan aku diorang putus tunang? satu suara mula bermain dalam fikiran aku, mula bermonolog sendirian.

"memang la, kau tu cuma pelerai sumpahan dia saja, kau tu kat mata dia tak ada apa apa, habis sumpah dia terlerai, dia buang la kau macam sampah" saja Aleeya menghasut Yadd supaya hatinya berbolak balik terhadap Ian

"tak! aku tak percaya dengan kata kata kau, dia sayang aku lebih dari nyawa dia, aku kenal sangat Ian macam mana, Ian tak pernah cakap dekat aku pasal kau sebab kau yang tak penting bagi dia" aku balas balik, aku tak boleh sabar ni, dalam kepala aku dah bermain segala persepsi terhadap Ian, tapi perempuan ni kena di ajar. 

BBUUKKKK!!! DDUUUSSHHh!!!! DDUUSSHHHH!!!! 

"AAAAAAaaa!!!!!!" aku hanya menahan sakit di seluruh badan

"ha ni makan kau, mulut kau kuang ajar la celaka!" puas hati Aleeya bila dapat terajang Yadd dengan kakinya sendiri "kau rampas milik aku, kali ni aku rampas apa yang kau ada"

_______________

POV IAN

Paling banyak tempat, Karak jugak jadi tempat persembunyian dia.

Kini aku berada betul2 jalan karak

Dari hujung mata, melihat api yang marak, kebarakan kereta di tepi jalan, ternyata tracker di telefon pintarnya telah terpadam akibat kebakaran yang berlaku, mungkin selepas 3 minit. 

"tracker tu dah terpadam, yang terbakar depan ini adalah kereta aku" ujar aku

"aku rasa la long, kita patut turun dari kereta , mungkin diorang saja bakar kereta kau kat area sini, aku yakin, tempat yang di culik Yadd, ade dalam kawasan hutan ni jugak" terang Faris di sebelah aku

"so, kita kene masuk dalam hutan dengan jalan kaki?" soal Sari dari belakang tempat pemandu, Iqi hanya diam seribu bahasa, mungkin tempat ini amat asing baginya

"nampak gayanya macam tu la" balas aku pendek "jom" aku mula keluar dari perut kereta

"eh kau nak pergi mana?" soal Faris kepada Iqi yang turut ikut sama

"ikut korang la" balas Iqi

"bro, aku rasa, demi keselamatan kau, better kau tunggu sini dalam kereta" arah aku

"sorang dalam kereta?" soal Iqi, dia mula cuak

"bieeee~~~ I tak nak terjadi apa apa dekat you, dalam sana hutan tau bie, and I tak tau bahaya berhadapan dengan orang orang si Aleeya tu macam mana" kini giliran Sari memujuk kekasihnya itu

"fine" Iqi hanya menurut, dia masuk ke dalam perut kereta balik dan menguncinya dari dalam

Mereka bertiga mula masuk ke ke dalam kawasan hutan yang mempunyai bekas jalan dari bekas tayar kereta keluar masuk di dalam kawasan itu. 

________________________________


KESUMA JIWA (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora