36: SEDAR

326 22 2
                                    

"Cinta datang dari dua arah, tak kira sama ada bertentangan atau dari sisi nescaya akan berlaga dan akan mengeluarkan bunyi walaupun hanya sementara"

............................

Dalam ruang yang gelap gelita, muncul bunga teratai berwarna merah dan bercahaya memenuhi segenap ruang. Mimpi yang sekejap menjadi petanda untuk Zeeyad Naufal

_________________________

Tahap kesedearan Zeeyad Naufal telah kembali, kini matanya dikuak perlahan lahan, seluruh sendi badannya terasa sakit-sakit, tekak terasa perit dek tiada air lalu melalui mulutnya. 

Suasana kelam, hanya lampu dari balkoni memenuhi ruang biliknya ini. Dia memandang sekeliling sudah pastinya ia berada di hospital.

Dia memandang ditepi katilnya, terlihat Kesuma tidur menggulung di celah ketiaknya. 

'comel sayang aku tidur' hanya mampu berbisik di dalam hati.

"uhukkkk!!!" nak batuk tapi tak nak batuk, tekak terasa gatal

Tiba-tiba Kesuma terjaga dari lena dan terus melompat dari katil, lantas kucing hitam mula bertukar menjadi manusia yang lengkap berbaju melayu putih. 

"sayangggg" suara Ian berbaur cemas yang sedang meluru kearah aku

Aku hanya menggulumkan senyuman "sayang nak air" pinta aku berbisik, tak lepas suara aku dari tekak

Ian mencapai gelas berisi air suam di atas meja sebelah katil aku, terlihat sudah ada dengan straw menunduk kebawah. 

"siapa punya air ni?" soal aku, yela air dah siap ada dalam gelas dengan straw lagi

"abang punya tadi, tapi abang lupa nak minum, tertidur" terang Ian

Aku angguk sedikit tanda faham sambil menyedut air. Ya Allah, nikmatnya dapat basahkan tekak. 

"dah sayang rehat, sayang jangan banyak bercakap, jangan banyak bergerak" arah Ian dengan nada berbisik juga, tapi jelas di gegendang telinga aku

Aku hanya menggangguk tanda akur 

"kepala berbalut pun comel la sayang abang ni" ujar Ian lalu mengucup dahi Zeeyad Naufal

Aku hanya balas dengan senyuman dan terasa tenang dengan kucupan Ian, terasa dibuai ke alam mimpi.

________________________________________

Terdengar suasana kecoh di corong telinga aku membuatkan aku sedar, ada ramai di sekeliling aku. Tapi macam pernah dengar la suara ni semua.

Aku membuka mata sedikit demi sedikit. 

Aku dah agak dah, suara mak dan ayah

"eermmm" aku mengeluarkan bunyi sedikit

"yadd" mak ayah menghampiri aku "alhamdulillah bang, anak kita dah sedar bang"

"ye Yah, abang nampak" jawab Pak Berahim

Jawapan ayah aku ni padu, nak gelak tapi tak mampuuuuu!!!

"ha dah sedar pun intan payung sorang ni" muncul abang Adi dan kak Yana di balik tabir sambil membawa bungkusan makanan mungkin, bau macam nasi ayam.

"bila adik sedar mak?" soal abang Adi sambil meletakkan plastik bungkusan atas meja kopi di penjuru bilik lalu menuju ke arah aku.

"baru je tadi" jawab Mak Yah

"Zeeyad Naufal bin Tuan Berahim?" panggil Tuan Berahim

"ya ayah?" sahut aku dengan nada berbisik dan menoleh kearah ayah aku di belah kanan

"Alhamdulillah awak dah sedar, awak kuat, semoga Allah memberi awak kesembuhan" kata Tuan Berahim sambil mengusap umbun anaknya ini dengan bacaan selawat keatas nabi junjungan Nabi Muhammamad SAW.

"mak kenapa sedih pulak ni?" soal Kak Yana kehairanan

Lantas aku melihat kearah mak aku mengelap pipinya yang basah menggunakan hujung tudungnya, macam drama TV3suku la

"sedih tengok adik kamu ni ha, ayah pulak buat macam tu, lagi mak rasa sedih" jelas Mak Yah

Ya Allah kenapa keluarga aku crack!!!

Aku tengok Kak Yana dah menyandarkan muka ke bahu Abang Adi menahan gelak. Aku nak gelak, tapi tak terdaya lagi. 

"mak jangan la nangis, Yadd dah okay la cuma ubat bius ni je buat Yadd macam lemah sikit" pujuk aku

Aku mencari orang yang aku sayang di sekeliling.

"kamu cari abang Ian kamu ke?" soal Mak aku, tahu-tahu je aku cari kelibat dia

"Ian mana mak?" soal aku lemah

"ayah suruh dia balik, dah seminggu dia tunggu kamu dalam wad, tah mandi, tah makan ke tak dia tu" balas Tuan Berahim "ini pun Ian telefon ayah pagi tadi, dia kata kamu dah sedar"

Aku hanya diam, 'Ya Allah kesian sayang aku tu. Sanggup dia tunggu aku dalam wad. Dah la aku tak sedarkan diri 7 hari. Kiranya seminggu la aku terlentang?'

+++++++++++++++++++++++++++++

Author mintak maaf sebab kelewatan update cerita 'Kesuma Jiwa' kerana kekangan masa dan dah bekerja ni. Busy cikit. BTW terima kasih yang sudi baca cerita ni, insha Allah author update slow2 okay? love you guys!

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now