8: DEDAH

594 43 0
                                    

Sekali lagi langit malam bertatahkan bintang terbentang depan mata aku, inilah mimpi kebiasaan aku berkenaan lelaki misteri. Selalu muncul bila aku kesedihan dan terasa kesunyian. Pelik kan? aku pun. Tapi benda dah biasa berlaku, aku dah jadi lali. 

"awak masih marahkan mak awak?" satu suara menyoal sebelah kanan ku

"eh bila awak sampai?" soal aku kehairanan, aku tak dapat melihat wajahnya kerna kabur, tapi mata aku meliar melihat tubuh badan lelaki sebelah aku ni, duduk pun masih nampak 'six pack', kenapa perlu separuh bogel dihadapan aku? lelaki ni selalu menguji keimanan aku. 

"dah 15 minit" jawabnya pendek "ha pandang mana tu?" 

"eh saya tak pandang mana mana pun" kantoi pulak aku tengok badan dia 

"saya tanya, awak masih marah kan mak awak ke?" kali nada lelaki ni serius sekali

Tegukan air liur terasa kesat dek tekak "marah la, ada ke patut ayah di jadikan kambing hitam dia semata mata nak suruh anak perempuan tak guna tu balik kampung, bincang dengan saya pun tidak end up nak buang kucing saya, saya sayang kucing saya tu, dia jela paling comel, peneman tidur saya" terang aku panjang lebar, kini apa yang terbuku didalam hati aku telah diluahkan.

"kalau mak awak bincang dengan awak nak buang kucing tu ke pasar awak sanggup?" kini soalan jadi lebih pedas dan mendalam

Aku hanya menggeleng

"mak awak buat kerana terpaksa, dia sayangkan anak anak dia, mak mana tak sayangkan anak, lebih lebih lagi Kak Yana awak satu satunya perempuan tunggal dalam keluarga awak, mesti la dia sayangkan Kak Yana dan nak dia datang jenguk hari tuanya di kampung" biacaranya tertib dan masuk kedalam kepala otak aku ni

SEKEJAP!! SEKEJAPP!!!

"macam mana awak kenal kak yana? ni kan mimpi kita berdua je, sepanjang dalam mimpi kita, saya tak pernah bagitahu perempuan tu Kak Yana" kini muka aku bertentangan dengannya, pelik, ni pelik!

"errrmmmm rasanya dah sampai masanya awak tahu siapa saya, kalau awak nampak muka saya jangan terkejut pulak" larang lelaki ni sambil mengubah posisi, kini dia berada dihadapan aku

Gentar rasa ketika ini, macam mana kalau muka dia macam hantu? patut ke aku takut atau gemuruh? eh kan sama rasa perasaan tu. 

Kabur dimata aku kini menjadi jelas, wajah lelaki dihadapan aku kini jelas kelihatan 

TAPIIII

"awak? awak buat apa dalam mimpi saya ni?" soal aku kebingungan, macam mana pemuda yang selamatkan aku tempoh hari di pekan ada dalam mimpi aku sekarang? kenapa lebih hensem dari sebelum ni? muka penuh maskulin. Boleh runtuh iman aku macam ni, nasib mimpi, kalau realiti aku dah cium dah agaknya.

"hehe, saya EL-RIYYAN, panggil je IAN" kata Ian sambil menghulurkan salam 

AKu macam teragak agak nak menyambut salamnya "saya Zeeyad Naufal" 

"nanti saya cerita sebab apa saya selalu ada dalam mimpi awak" terang Ian

"soalan saya awak tak jawab lagi" gumam aku

"yang mana satu?" soal Ian

"pasal kak yana" jawab aku pendek

"ouhhh" Ian bingkas bangun dan membelakangi aku, hanya diam seribu bahasa

"eh dia ni, aku mintak jawapan dia boleh berdiri diam je" aku bingkas bangun "Ian dengar tak?" sambil aku menepuk bahu belakangnya

Tiba-tiba semua pandangan aku cerah dan bercahaya

Lantas aku tersedar dari tidur. Kini bilik tidur aku terang benderang dari lampu kalimantang yang dihidupkan, siapa lah cipta lampu macam ni? sakit mata aku

"solaattttt!!" ternyata ayah aku mengejutkan aku bangun untuk solat subuh

Inilah akibat kalau liat nak bangun solat subuh. Kejut cara manja tak jalan, akhir jalan hanya matikan kipas takpun hidupkan lampu. 

Semua hanya mimpi, jawapan aku masih tak dapat dari Ian, aku menoleh kearah kiri, Kesuma sedang nyenyak tidur dan menciumnya di dahi lantas bergerak ke bilik air untuk berwuduk. Kau boleh rasa tak bila kau tak dapat jawapan dari soalan kau? rasa tak sedap, rasa tergantung. 

_________________

**Sorry guys lama tak update, nanti mintak tekan star satu kali. Terima kasih readers!! love you alll!!



KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now