15: KAITAN

492 34 0
                                    

Mentari terik membuatkan muka aku berbahang, panas tiada angin pula tu. Usai menghantar resume dan mengisi borang permohonan kerja di kedai pastri belakang ni aku mengambil keputusan untuk singgah ke 7eleven untuk membasahkan anak tekak aku yang kering ni. Kedai pastri ni dah termasuk 9 kedai aku menghantar permohonan untuk bekerja sambilan atau sepenuh masa. Kalau boleh aku mahukan kerja separuh masa, mencuba kerja dahulu. Rasa teruja pun ada. 

Saat aku melangkah ke 7eleven telefon bimbit aku berdering, lantas aku melihat di paparan skrin 'MAK' lalu aku tekan logo bewarna hijau

"hello Mak" aku menyapa terlebih dahulu

"Hello? Helloo? eh baru sehari duduk dekat KL dah tak reti nak bagi salam?" bebel Mak Yah terdengar suara dicorong telefonnya

"ppffttt hahahaha" rindu dengan mak aku ni, bebelan dia je buat aku ceria "Assalamualaikum" aku mula memberi salam

"Waalaikumusalam" Mak yah menyambut dengan lembut "ha pandai pun bagi salam, ingatkan nak kene ajar tadi" perli Mak Yah

"Mak sihat?" aku memula kan bicara bertanyakan khabar orang tua tu

"sihat, Yadd dah makan ke?" soal Mak Yah ada unsur kerisauan

"belum lagi Mak, Yadd baru pass resume dan isi borong permohonan kerja kat kedai area sini" terang aku

"ouhhh yeke" Mak Yah akur "ni mak nak tanya, pagi tadi kamu pergi mana? call tak berjawab, ayah kamu call tak berjawab, mak terpaksa call abang Iqi kamu untuk bertanyakan tentang kamu" 

"ouhhh, pagi tadi Yadd pergi cari sarapan area sini lepas solat subuh, lupa nak bawa telefon, lagi pun mak, telefon Yadd tengah cas sebab semalam lepas naik rumah abang Iqi batteri telefon Yadd dah habis, lambat cas pulak tu, tu lupa nak bawak sekali" terang aku panjang lebar

"lahhh yeke?" Mak Yah inginkan kepastian lagi, nasib anak bujangnya tiada apa apa.

"iye mak" ujar aku

"Yelah, Mak nak mula masak ni, kamu jaga diri elok elok kat tempat orang tu, solat jangan tinggal, jangan susahkan abang Iqi kamu" pesan Mak Yah

"baik Mak, eh? lambat mak masak hari ni?" soal aku kehairanan, jam begini Mak aku dah suap nasi ke dalam mulut dah

"ayah kamu ada mesyuarat apa tah, lambat balik, nasi goreng lebih sarapan ada lagi ni, makan ni saja la dulu" terang Mak Yah

"yeke, okay la Mak, Mak jaga diri tau, kirim salam kat ayah" aku cuba nak menahan air mata dari melimpah, tak pernah duduk berjauhan dengan keluarga aku, ini la jadinya "Assalamualaikum mak"

"waalaikumusalam" lalu panggilan dimatikan

_____________________

Ian kini berada di atas bumbung Sri Angkasa Kuala Lumpur tempat di mana banyak kereta polis dibawah bangunan akibat kes kematian seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun. 

Langit yang dari tadi cerah mula berarak bertukar gelap dan mendung bagai nak hujan, kilat mula menyambar di atas bangunan dan muncul Faris dicelahan panahan kilat itu. 

"abang long?" soal Faris "kenapa panggil aku kat sini?" soal Faris yang pura pura kebingunan, dia pasti alongnya iaitu Ian tahu akan hal ini

"kau jangan nak buat pura pura tak tahu!!" suara Ian sedikit tegas, kali ini karakter Ian berubah 360 darjah menjadi tegas dan lantang

"apebende kau ni sial?" soal Faris yang tiba-tiba abang long dia naik berang

"kenapa kau bunuh laki ni?!" soal Ian inginkan kepastian, Ian sebenarnya tahu, panahan kilat tak hinggap ke pemilik badan tetapi di gertak sedikit supaya menjadi kes bunuh diri kerana terdapat sedikit kesan terbakar di tepi jurang bangunan itu.

"biar dia mampos! hutang aku dah 3 tahun tak nak bayar, aku fikir dia bujang pada awalnya, dia kikis aku macam pisau gillete, laju dia kikis, tahun kedua aku dapat tahu dia dah kahwin, bawak lari semua harta aku" kali ini Faris tidak dapat menahan amarahnya lagi, terpaksa diluahkan di depan abang sulungnya.

"Harta kau tak habis la Faris, sebenarnya bukan sebab duit kan? sebab kau berdendam dengan dia kan?" tebak Ian

"memang, aku dah lama berdendam dengan dia, dengan apa dia dah buat kat aku" terang Faris

"aku tak ada 4 tahun ni macam macam kau buat eh? aku fikir kau ni lagi cerdik dari aku rupanya pendek akal!!" marah Ian yang memalingkan mukanya dari Faris

"kau kata aku apa?!!" Faris mengangkat tangan dan kilat mula menyambar dah guruh mula berdentum dentam. 

Ian mula menggenggam tangannya dan muncul pedang panjangnya 1.5 meter lalu menghunus ke arah leher Faris "kau jangan cuba nak cari gaduh dengan aku" kata Ian tenang

Perbuatan Faris terhenti, dia mula mengesat air liurnya tatkala mata pedang menghunus kearah anak tekaknya. Mampos kalau diorang berlawan ni. Faris tak boleh teruskan, dia akan kalah dengan abang longnya juga. 

"kau tengok la, kau jaga!" Faris mula mengundur dan kepulan asap menyelubunginya dan kilat mula menyambar susuk tubuh Faris, dia mula hilang dari pandangan Ian

Pedang Ian mula beransur hilang di makan api biru, Ian pejam matanya dan beredar dari tempat tersebut

__________________________

**lepas ni ada sedikit penambahan cast. So be patient ya, Jangan lupa tekan star button! Thank you readers semua. Author sayang semua!!!

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now