50: AKHIR

617 35 6
                                    

10 tahun berlalu, aku pasrah dengan apa yang berlaku, tapi hati aku masih dengan cinta hati aku dulu, tiada siapa yang aku kahwini dan tiada siapa aku cintakan selain dia.

Yadd baru sahaja membuka bekal makanannya yang berisi sandwich

"doktor Zeeyad? kita ada kecemasan di zon merah" tiba tiba satu jururawat perempuan namanya Intan menerjah ke bilik tempat Yadd berehat

"update details" arah aku sambil mengekori Intan ke zon merah

Macam biasa, selepas tamat tempoh pengajian aku dan practical, aku pulang ke Malaysia menjadi doktor terlatih di hospital sendiri.

keadaan di hospital selalunya memang agak huru hara dengan drama manusia, dengan keadaan pesakit yang kritikal, ada yang menunggu mayat autopsy di bilik mayat, ramai yang menunggu di ruang untuk tunggu giliran dan tak kurang hebatnya ada menunggu giliran untuk ambil ubat ubatan.

Kerja sebagai doktor banyak cabaran dan halangan sebenarnya terutama bila bab menyentuh perasaan, aku tahu apa maksud dan rasa 'kehilangan' sebab aku pernah rasa kehilangan, kehilangan separuh hati, jiwa dan raga aku.

_____________

Sedang kereta aku meluncur laju di atas lebuh raya federal, hujan menerpa di luar kereta, gelap tak terkata, dah 2 hari hujan petang, masa yang sama pulak tu.

Tiba tiba radio berkumandangkan lagu yang aku sangat hafal bila Ibu membawa Ian dari aku

Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku 'kan selama ini?
Biar berputar utara, selatan
Ku tak putus harapan
Sedia, setia


Rela ku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku 'kan tahan sepanjang jalan ini?
Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia


Adakah engkau yakin ini cinta?
Adakah engkau pasti ini 'tuk selama-lamanya?


Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku 'kan selama ini? Yeah
Biar berputar utara, selatan
Ku tak putus harapan


Sedia, setia

Jangan putus harapan

Sedia, setia~~~

**Lagu: Seribu Tahun - Imran Ajmain

'berapa lama lagi pun aku masih menunggunya, aku sanggup tunggu walaupun beribu tahun' bisik Yadd 

Hari ni adalah hari untuk aku mengemas dan membersihkan rumah Ian, rumah laki aku yang dah lama tak diduduki, ada juga beberapa orang gaji aku arahkan untuk tinggal dan bersihkan kawasan dalaman dan persekitaran rumah, setakat ini Alhamdulillah orang gaji aku pilih tak pernah ber-party dalam rumah tu atau apa. 

Bila aku sampai ke kawasan perumahan Ian, aku melihat orang gaji semua berada di luar pintu utama ibarat berdiri menunggu apa yang tak pasti.

Usai aku keluar dari perut kereta salah sorang ketua orang gaji aku berlari menju ke arah aku dengan muka yang pucat

"Tuan, tuan kena tengok rumah ini tuan, tadi semasa saya di dapur selepas habis masak, ada pinggan dan cawan yang tidak dibasuh seperti ada orang makan makanan saya, lagi satu pintu bilik master bedroom berkunci dan berbau wangi" katanya "takut la saya"

"bila terjadinya? sebelum ini ada jadi tak?" soal aku kehairanan, tak pernah berlaku macam ini

"baru hari ini tadi, saya mahu menelefon tuan, tapi saya tahu, sekejap lagi tuan sampai jadi kami semua menunggu di luar rumah sahaja" terangnya lagi

"kalau kalian takut, aku juga takut dong" saja seloroh dialek Indonesia

"ahhh tuan, potong saja anunya, gak usah jadi lelaki" selorohnya

"kejap saya amek kunci" aku masuk ke dalam kereta untuk mengambil kunci pendua, kunci pendua memang aku tak kasi kepada orang gaji ini, pintu bilik semua memang tak berkunci, tiada siapa di bilik dan aku hanya memberi kunci di pintu utama, pintu taman  dan dapur sahaja.

AKu menuju kearah bilik masterbed room yang dahulunya banyak kisah percintaan aku dan Ian

Dari jauh aku terdengar petikkan gitar dari dalam bilik, betul ke apa aku dengar ni walaupun di petang hari begini, takkan hantu?

Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi~~
Tapi benarkah hidup aku 'kan selama ini?~~
Biar berputar utara, selatan~~
Ku tak putus harapan~~
Sedia, setia~~

Satu suara yang aku sangat kenal dan rindui. Hati aku berdegup kencang, adakah ini hari yang Ibu Ian maksudkannya?

Aku mencucuh anak kunci ke dalam lubang di tombol pintu dan memulasnya serta menguak luas daun pintu tersebut 

Ternyata betul dek halwa telinga aku, sah aku tidak lagi pekak, aku melihat susuk tubuh yang aku sangat rindu, ternyata penungguan aku selama ini membuahkan hasil, air mata tak dapat aku tahan, berjurai jurai air mata melihat separuh nyawa aku selama ini

"abanggggg" ucap Yadd sambil kedegaran tangisan kegembiraan

Sang pemuda berhenti bermain gitar dan memandang dengan wajah yang ceria lantas bertukar sedih, mungkin terlalu lama dia di pembaringan dan rindu kepada insan dihadapannya ini

"saayyanngg" Ian mendepakan dadanya 

AKu berlari mendakap tubuh yang aku rindui, insan yang aku sayangi. 

Tak kisah rambut putihnya banyak mana, tak kisah kedutnya tampak diwajah pun tetapi hati aku masih miliknya

"abang mintak maaafff" ucap Ian, tangisan mereka berdua memecahkan suasana

"tak apa, abang tak ada salah pun, Yadd rindukan abang" aku membenamkan wajah kedalam pelukannya

Jangan putus harapan
Sedia, setia~~~

 Akhir lirik  dari aku sendiri

________________________

***Okay guys!!! Alhamdulillah, berkat korang tegur suruh author sambung cerita ini, akhirnya dah sampai ke penghujungnya. Harap cerita ni dapat meet korang punya expectation. Maaf kan author kalau ada kekurangan dari segi bahasa, penggunaan tatabahasa dan semualah, semua kekhilafan datang dari saya, dan yang baik datang dari Allah. 

So New Year apa plan korang lepasni? roger roger la, siapa ada rea KL ajak la borak2 ngeteh ke en, hahahhaa... 

Harap semua readers sihat selalu, stay safe tau, jaga SOP, author doakan kesihatan korang berpanjangan dan berjaya dunia dan akhirat.

HAPPY NEW YEARS GUYS!!!!

KESUMA JIWA (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang