10: KEYEL

578 36 1
                                    

Usai sarapan di rumah, aku berkemas apa yang patut untuk yang terakhir kalinya. Bagpack aku galas dan menuruni anak tangga dengan sangkar kucing yang diperbuat dari plastik, dalam nya pastinya berisi Kesuma, pengarang jantung aku. 

"tak boleh tinggal ke kucing awak tu Yadd?" soal Mak Yah sambil menggeleng kepala melihat kelakuan anak bujangnya ni

"tak nak la mak, nanti dia hilang, tak punnn" aku saja nak mencari kemarahan Mak aku. hahahaha..

"yelahhh yelahhh Mak faham, dah ayah dah tunggu kamu kat luar pagar tu, pergi cepat" terang Mak Yah

Aku menyalam dan memeluk Mak, mesti lama nanti aku tak balik. Apalah nasib aku kat KL nanti. 

________

"unit 28-0-8, mana ni? dah dua kali aku pusing tak jumpa pun, kejap aku pusing lagi sekali" Aku hanya bermonolog, selepas keluar dari perut kereta abang grab yang tak berhenti cerita saat kali pertama dia tinggal di Kuala Lumpur, banyak input aku dapat tapi dia lebih kepada bangga diri je. Puih! 

"Zeeyad?" saat suara memanggil suara aku

Aku menoleh kearah gerangan yang memanggil aku, siapa tu? aku mula mengecilkan biji mata aku, perasan tak perasan lah.. siapa ni?

"Zeeyad kan?" soalnya lagi

Aku hanya angguk

"ha kejap, bagi abang buang sampah kejap, tunggu tau," pinta lelaki itu, hanya berboxer petak petak merah dan tidak berbaju, apasal semua lelaki kalau duduk rumah tak suka berbaju? 

"siapa doh?" soal aku sendirian sambil menunggu 

"dah jom masuk dalam" pelawa lelaki tersebut

"awak siapa?" soal aku hairan, langsung tak kenal la

"ni abang Iqi la, apa abang nampak selekeh sangat ke?" soal Iqi

"abang Iqi?" aku memandang dari atas ke bawah "macam mana? maccaammm mana abangg" ha keluar dah saka gagap aku

"dah jum masuk dulu, kita cerita kat dalam, sejuk ni, nanti abang stim Yadd yang kene bertanggungjawab" canda Iqi, Canda canda dia pun kene ada unsur lucah

"hahaha okay" aku gelak je gais walaupun aku tak dapat nak tangkap apa dia cuba nak sampaikan

Saat aku melangkah ke muka pintu rumahnya, muka aku dah melepet -____- patut la aku tak nampak nombor rumah, dah kene cat sekali warna putih sama warna dinding luar ni. 

"Yadd duduk dulu, abang buatkan air kejap, tu duduk dekat ruang tamu tu" pelawa Iqi "comel kucing Yad" sambil tersenyum

"hehe terima kasih bang" ujar Aku

"untuk apa?" soal Iqi

"sebab abang keluar rumah tadi nak buang sampah, kalau tak memang Yadd tawaf satu block ni sampai malam karang la jawabnya" terang aku

Terburai tawa Iqi di dalam dapur

Aku duduk menghadap Televisyen yang dipasangnya, apa cerita ni? yang pasti dialek bukan dari Malaysia, dari Thailand ni. 

"nah minum" Iqi menghulurkan gelas berisi air oren sambil mengambil tempat duduk di sebelah aku

"terima kasih" aduh wanginya bau badan abang Iqi ni "cepat la cerita apa terjadi? last Yadd jumpa abang, abang gelap lepastu gempal, sekarang dah berbeza sampai Yadd dah tak kenal" terang aku, ya dulu akhir tingkatan 5 aku tau abang Iqi berbadan gempal dan gelap tapi masih comel la. Sekarang mesti ramai perempuan minat dia ni, badan pun dah sedap.

"abang heart broken tahun lepas, waktu tu abang down giler, tak makan tak buat apa apa pun, pergi kerja macam mayat hidup, tak berapa bulan tu abang dapat tahu dia dah kahwin dengan lelaki lain yang lebih helok dari abang, so abang tekad nak berubah, so here I am" terang Iqi panjang lebar 

Kalau dia terang kalah kereta api, tahu tahu dah sampai konklusi. Apo!

"I see" aku faham sangat cerita dia walaupun singkat

"jom abang tunjuk bilik Yadd" pelawa Iqi lalu menuju ke muka pintu bilik yang tertutup tu, aku hanya membututinya "buka lah, abang dah siap kemas dah bilik Yadd"

"alamak bang, cantiknya, abang ni susah susah je buat semua ni, Yadd boleh kemas bilik Yadd sendiri la" tegur aku sambil menguak daun pintu bilik tersebut, sumpah cantik, teratur je susunan perabotnya.

"tak apa lah, untuk adik abang yang handsome sorang ni, apa je abang sanggup" balas Iqi dengan suara yang 'gentleman', deep voice tapi masih didengari sambil menggosok kepala aku

'Abang Iqi, Yadd tak kuat la kalau abang buat macam ni' muka aku dah start merah dah ni, dia boleh kata macam ni kat aku. Aishhh malu lahhhh.. Berbunganya hati aku ni. 

_____________________________

**Thank you gais, yang membaca, sorry sebab author buat dua bab macam tak ada kene mengenakan, tapi nak mengenalkan watak kepada pembaca sahaja. 

BTW jangan lupa click butang 'STAR' kat atas tu. Terima kasih sudi membaca hasil nukilan saya. Stay tune okay!

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now