37: BARU

299 21 4
                                    

Sedar tak sedar, sudah 2 minggu aku kene tahan di wad, diri pun semakin pulih, nasib tak ada tulang yang patah, cuma bisa -bisa seluruh badan tu ada sedikit, doktor cakap mungkin dalam 2 atau 3 hari lagi aku boleh balik rumah. Ian? aku bangun pagi tadi dia dah tak ada, keluar pergi kerja kut.

Sedang aku ralit melihat rancangan memperagakan barang di kaca televisyen

"sayanggggg, cakkkkk!!" Ian tiba -tiba muncul dari sebalik tirai pemisah di sebalik katil aku.

Aku hanya melihat dia dengan pandangan kosong, otak aku tak boleh proses apa yang dia buat sebenarnya.

"aik? tak terkejut ke?" soal Ian kehairanan apabila tiada sebarang reaksi dari aku

"ehhh? nak terkejut ke?" soal aku, baru dapat tangkap "okay okay lagi sekali, buat lagi sekali" pinta aku 'hahaha'

Ian berlari anak di balik tirai katil aku dan mengulanginya semula 

"bbbhhaaaa!!!" sergah Ian dengan menonjolkan kepalanya "sayanggggg, caaakkkk"

"aaaaaahhhhh takuutttt" jerit aku perlahan sambil menggangkat tangan "tolonggg huussseeeiiinnn"

HAHAHAHAHAHHAHAHAHAH!!!

Terburai ketawa Ian melihat reaksi dari Yadd sehingga terguling guling

"adui sakit perut" Ian lantas bangun dan menuju ke arah katil aku "sakit perut gelak"

HAHAHAHAHAHAH

"dah la tu gelak" kata aku

Ian diam seketika, tiba tiba ketawanya masih berbaki sambil mengambil tempat duduk di sebelah katil aku dan memandang kearah televisyen yang sedang bersiaran

"lahhh tak habis lagi gelak dia ni" sambung aku sambil memandang mukanya

"tu la, sape suruh sayang buat macam tu" balas Ian

 Aku hanya tersenyum melihat telatah lelaki di hadapan aku ini "abang dari mana tadi?" 

"abang dari bilik doktor tadi" balas Ian pendek sambil menukar siaran di televisyen

"kenapa? doktor cakap ape?" soal aku ingin tahu

"doktor tak cakap apa-apa, abang nak discharge sayang hari ni" balasnya lagi

"kenapa pulak?" 

"sayang tak nak balik rumah ke?" 

"nak laaa. tapi doktor cakap lagi 2 atau 3 hari baru boleh keluar" 

"memang la, abang yang gatal nak discharge sayang, abang nak jaga sayang dekat rumah abang, abang nak jaga sayang sampai sayang sihat" kini Ian mengambil posisi baring dan merangkul tubuh aku disisi, dah macam bantal peluk dibuatnya.

AKu mengusap lembut rambutnya. Kini badan Ian agak susut aku tengok, bajunya pun dah sedikit longgar, mungkin kerana stress jaga aku dekat sini 

"okay, sayang ikut je" aku membalas pelukan Ian. Hangat dan nyaman.

____________________

Tiba sahaja di perkarangan sebuah bangunan agam yang tersergam indah di tengah hutan, aku tak tahu hutan mana tapi aku pasti ni sekitar kawasan Mont Kiara kerana aku perasan Ian membelok keretanya ke kiri dimana sign board tertera 'Mont Kiara'. So, area Kuala Lumpur jugak la.

Seusai kereta Ian memarkir kereta di kawasan lobby 

"abang, kita tidur resort ke malam ni?" soal aku, bangunan cantik dan tersusun bagaikan sebuah resort, tapi sunyi je tak ada orang check in ke kat sini?

"ha resort? kenapa sayang cakap macam tu?" soal Ian kembali dengan dahi berkerut "ni la rumah abang"

Aku menoleh kearah pintu masuk utama pintu tersebut dan menoleh ke arah Ian kembali.

Ian hanya senyum sambil menggangkat keningnya berkali kali "dah jom masuk, abang dah sakit belakang duduk dalam kereta ni lama lama" ujarnya lalu keluar dari perut kereta

Aku terasa kagum dengan keindahan senibina rumah ini. Laman yang luas dan bersih.

Ian mengangkat bag aku dan dia, lalu naik tangga untuk masuk ke dalam rumah. 

AKu masih tercegat di tangga, melihat anak tangga di salut emas atau memang diperbuat daripada emas?

"sayang boleh naik tak?" Ian menuruni anak tangga menuju ke arah aku setelah meletakkan semua bag di tengah ruang tamu

"ha? boleh" balas aku pendek

Baru pijak anak tangga kedua dahh terasa ada renjatan elektrik di kaki.

"ssss" aku terdesah kecil, spoil la, baru nak tunjuk diri ni dah kuat

Lalu Ian mendukung aku masuk ke dalam rumah. Hiasan dalaman lagi cantik, bertemakan futuristik, dah macam dalam kapal angkasa aku tengok. 

 "abangggg" panggil aku

"ya  sayang" balas Ian sambil memandang aku

"dah turunkan la saya kat sini" arah aku

"okay sayang" Ian hanya menurut "sayang tunggu sini kejap, abang suruh orang buat air, sayang nak minum ape?" soal Ian

"apa apa je lah bang" orang? maksudnya ada orang lain duduk dalam rumah ni? 'ouhhhh mungkin ibu dengan ayah Ian' bisik di dalam hati

"okay, tapi sebelum tu janji dengan abang, sayang jangan pengsan" ujar Ian

"kenapa pulak ni?" soal aku kehairanan "okay janji"

"okay good" Ian berlalu pergi

Aku meliar melihat frame gambar keluarga Ian yang tergantung di dinding. Besar jugak keluarga Ian. Aku melihat satu persatu susuk tubuh di dalam gambar tersebut. 

"tuan muda, ini ada aigh fghesh oghen yang tuan mintak tadi" muncul satu suara dari arah belakang

Aku berpusing ke arah belakang, alangkah terkejutnya aku akan jelmaan manusia bercampur dengan kucing mungkin, atas kepalanya ada telinga kucing yang besar dan ada ekor seperti kucing. Dia tersengih kepada aku sehingga nampak gigi taringnya di hadapan.

Pandangan aku terus menjadi kabur dan gelap.

**pengsan** hhmmm

ppprrr~~~ aigh fghesh oghen(pelat 'R') = Air Fresh Oren

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ppprrr~~~ aigh fghesh oghen(pelat 'R') = Air Fresh Oren

++++++++++++++

Okay guys!! I will update slowly this story, thank you yang sudi baca!!! author sayang korang sangat!. jangat lupa tekan butang star kat atas. 




KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now