4: MISTERI

692 35 2
                                    

2 TAHUN KEMUDIAN

Aku mengusap lembut tatkala Kesuma sedang nyenyak tidur lalu aku mencium kepalanya, bau shampoo ekstrak kelapa rambut aku juga jadi pilihan untuk memandikan Kesuma. Macam - macam sabun aku beli tapi dia tak duduk diam bila nak mandi, akhir sekali bila aku pakai shampoo rambut aku baru Kesuma diam bila aku mandikan. Memilih betul kucing ni. Dasar kucing!!

Aku bingkas bangun dari katil dan membuka lampu meja untuk menyambung pelajaran aku. Tahun ni aku bakal menduduki SPM. Terpaksa aku bangun malam untuk belajar mengulang kaji pelajaran, bila terkenang PMR aku hanya 3A sahaja, kawan kawan aku yang lain 5A dan ada yang bertukar kesekolah berasrama penuh. Aku ni dah la bodoh, harus lah berusaha lebih sedikit.

'dua bulan je lagi, come on Zeeyad Naufal, you can do it' bisik aku perlahan, nak semangat, harus ada motivasi. 

Aku baru menyelak muka surat 74 subjek sejarah dah rasa nak terkencing, kedinginan pagi menembus hingga ke tulang. Semua benda nak keluar waktu begini, aku melirik jam di dinding tepat pukul 1 pagi.

'alamak gelap la pulak, ayah ni kalau balik dari masjid habis semua lampu dia tutup nya' ngomel aku tatkala melihat suasana segenap ruang gelap tak bercahaya. Lantas aku membuka satu persatu lampu di ruang tamu, dapur dan akhir sekali lampu tandas. Sunyi aku rasa malam malam begini. Hanya sahutan anjing liar di pinggir hutan sahaja kedengaran. 

'seram la pulak' aku mempercepatkan apa yang patut dan meluru ke bilik, setelah semua lampu kembali aku padamkan. 

"Makkk kauuu!!! Astaghfirullah" dalam kelam kabut masuk kebilik alangkah terperanjat bila mata aku tetangkap satu susuk tubuh lelaki dalam keadaan berbogel meniarap atas katil aku, usai kelipan mata aku yang kedua bayangan manusia tadi lenyap, hanya kucing aku sahaja berada di atas tilam yang sedang nyenyak tidur. Biar betul apa yang aku lihat tadi?

Kepala aku berpusing, nak pitam. Akhirnya dunia aku kelam. Terbantut nak stay back untuk belajar. Terlampau terkejut ke aku ni?

__________________

Aku membuka mata perlahan lahan, bila rutin harian Kesuma menjilat pipi aku untuk kejutkan aku bangun tidur. Aku bingkas bangun dan memikirkan hal semalam dan menjadi peliknya, bagaimana aku berada di atas katil, elok je terletak, padahal semalam aku pengsan, ya aku masih ingat aku pengsan tertiarap di atas lantai, bukan atas katil! 

"selamat pagi Kesuma, ya saya dah bangun, terima kasih" Aku mencium dahi Kesuma tanda terima kasih aku, inilah rutin harian aku. 

"Yadd" kepala Mak aku menjengah di muka pintu dengan bertelekung. 

"Mak kau hijaaauu!!!" terperanjat aku, mau hilang jantung aku, ini kalau ada heart attack dah boleh terus meninggal macam ni, dah la kes semalam masih misteri bagi aku

"AIkkk, kau dah kenapa terperanjat macam nampak hantu?" soal mak aku dengan muka yang tidak bersalah gais.

"Mak jengah orang dengan pakai telekung ni dah kenapa? memang nampak serupa.." aku baru nak habis ayat aku

"pape jelah" potong Mak aku "ni kau buat sarapan ayah kau ya? ibu senggugut lahhh, tak larat" sambil mengesat hujung mata, Mak Yah aku ni Drama Queen tau, tak payah la nak acah acah menangis bagai

"yaaaa Mak, tu dah kenapa kesat air mata tapi air mata tak terkeluar?" soal aku, pagi pagi dah buat aku rasa nak gelak

"kau tak kesiankan Mak ke Yadd?" mengadu domba Mak Yah

"Ya mak, nanti Yadd masakkan sarapan, mak rehat je lah" terang aku

"terima kasihhh" melangkah je Mak Yah keluar

"mak mak mak mak mak" jerit aku

"apa?" mak aku mengundur sedikit melihat aku

"nak duit belanja" pinta aku sambil menadah tangan dan buat muka sepulohsen

"mintak kat ayah" Mak Yah berlalu pergi

Aku membelai kucing aku, badan dia dah sedikit besar dan berotot. Berdaging betul kucing aku ni, dia main gym ke macam mana?

Aku bingkas bangun untuk mandi, menyiapkan sarapan dan siap sedia untuk ke sekolah. Hari ni pasti memenatkan bagi aku kerna ada kelas tambahan hingga ke petang. 

_________________________________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now