12: SUMPAHAN

509 31 0
                                    

Usai solat subuh, aku menghempaskan badan diatas katil. Ian pula bersila mengadap aku. Sebelum solat aku mengarahkan dia pakai baju melayu aku, baju melayu aku sedikit kecil bila disarungkan oleh Ian, ketat di bahagian lengan yang berotot itu dan dada dia yang timbul itu. 

"nak apa?" aku menoleh kearah Ian yang dari tadi memandang aku

"tak ada apa" balas Ian pendek

"kalau tak ada apa kenapa tenung saya macam tu?" soal aku pelik

"cuma masa cepat berlalu, saya ada disamping awak dari awak tingkatan 3 lagi, comel je lagi waktu tu" terang Ian "awak ingat tak awak ada pengsan tepi hutan sebab nampak makhluk berbulu yang awak anggap benda tu hantu?"

Yadd mengangguk perlahan sambil mengalas tangannya di kepala

"Yadd ingat tak Yadd pergi pekan seorang diri demi nak cari saya?" Ian cuba untuk berbual dengan Yadd tapi Ian tak tahu bagaimana nak mulakan

"Iaaannn..." mendayu panggilan dari Zeeyad Naufal

Yadd, jangan la mendayu macam tu, tak terkawal iman aku macam ni

"ye?" balas Ian

"awak ni siapa sebenarnya?" kali ni aku bangun dan mengambil posisi di hadapan Ian, macam nak koyak baju melayu aku bila dia ni pakai

"nanti la saya cerita, nanti awak pengsan bila dengar cerita saya" terang Ian

"cerita laaa"

"tak nak"

"aallllaaa cerita la"

"nanti la"

"nanti bila?"

"bila awak dah sedia"

"saya dah sedia sekarang" pujuk Yadd

"yelah" Ian mula mengalah

Ian mengambil nafas yang dalam sebelum bercerita

"dulu ada sebuah benua yang.." Ian mulakan ceritanya

"kenapa tetiba ada benua pulak ni?" soal aku yang tiba-tiba memancung cerita

"awak nak dengar ke tak ni?" soal Ian

"okay okay nak hehehe" 

.........................................

"ada sebuah benua yang jauh dari sebalik dunia manusia, dari pernikahan yang tak direstui dan tak boleh terima oleh undang undang dunia alam ghaib. Pernikahan tidak sama kaum dan suku" lenggok suara Ian membuatkan Yadd terperangkap di dalam babak penceritaannya

"pernikahan yang hanya berlandaskan cinta tapi tidak berlandaskan adat dan undang undang. Moyang perempuan aku seekor siluman harimau putih dan Moyang lelaki aku dari keturunan istana bangsa bunian, mereka di kejar dari dunia ghaib sehingga ke dunia manusia dan menetap disini. Dari keturunan yang kotor maka lahir lah seorang bayi perempuan tetapi oleh perkara yang terdahulu, bayi wanita itu disumpah" 

"Di sumpah akan mati bila usianya mencecah 100 tahun jika tidak berkahwin dan bersetubuh, dengan ini jika melebihi 100 tahun maka akan tamatlah susur galur benih yang terlarang"

"alhamdulillah setakat ni nasib keluarga kami menyebelahi kami, sumpahan ini akan terlerai selepas 7 keturunan, dan aku adalah keturunan yang ketujuh itu, lepas ni jika aku dapat pasangan hidup aku dan bersetubuh dengan orang yang masih suci maka terlerai lah sumpahan yang terakhir ni Yadd, aku tak sanggup hidup lama macam ni lagi, tapi nak pasangan hidup harus ada syarat" Yadd hanya menggangguk tanda faham jalan cerita Ian

"apa syarat tu?" soal aku ingin tahu

"seseorang tu harus tidak pernah bersetubuh dengan orang lain, hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihat bentuk asal siluman iaitu diri dia sebagai manusia sekarang dan orang itu sahaja yang boleh bermimpi tentang dirinya" terang Ian panjang

"ouhhh" aku sekadar mengangguk lalu berhenti "kejap! semua syarat ada pada saya, adakah saya bakal pelerai sumpahan awak ni?" soal aku yang keliru

"saya dah bertahun-tahun cari, tapi tak tahu pulak awak orangnya" ujar Ian

"tapi saya lelaki" 

"syarat tak termaktub pun pasangan hidup kena lelaki atau perempuan" terang Ian

"saya lelaki dan awak pun lelaki" terang aku pendek

"Yadd, awak sebenarnya suka lelaki kan?" soal Ian spontan

"ma- mana ada, ma-mana awak tahu pu.. pulak saya suka lelaki?" Pelik la Ian ni, macam mana dia tahu aku suka lelaki?

"Saya perasan la time study group kat kampung, awak selalu tenung Arif lama lama, saya dengan diri awak dah bersatu" terang Ian "lagi pun kalau awak nak tipu, mata awak mesti berkelip-kelip" 

"yelah, saya crush dengan Arif je, dia baik, handsome, tinggi, manis, ..." 

"dah dah saya tak nak dengar, awak jangan nak menggatal" Ian bingkas bangun dari perkarangan katil

"awak nak pergi mana?" soal aku yang pelik tiba-tiba berubah mood sekelip mata

"saya nak keluar sekejap" sambil Ian memulas tombol pintu bilik dan menguak lalu dia melangkah masuk ke dalam dunia sebalik pintu

"saya nak ikut" Yadd lalu mengejar di muka pintu dan masuk ke ruang sebalik pintu itu, pandangannya terang benderang dan Ian hanya tersenyum akan tindak balas Yadd, memang tepat pilihan dia kali ini.

____________________________________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now