22: NEK YAH

400 27 1
                                    

"aduhhhh time time ni la pes tom yam dah habis, tekak aku ni pun waktu ni la mengidam nak makan tom yam, alaaa bodo" ngomel aku dalam hati seraya menekan butang di dalam lif untuk ke aras G

Sampai sahaja aras yang hendak aku tuju, pintu lif terbuka dan aku bergegas keluar dari perut lif tersebut untuk menuju ke arah kedai runcit.

Usai membayar, aku pun keluar dari perut kedai runcit tersebut dan melihat barang di dalam plastik aku beli ni, aku memang tak boleh pergi kedai la, cadang nak beli pes tom yam, bukan setakat pes aku beli, dua air kotak aku beli dengan snek sedikit. 'tak ape lah, dah belikan' getus hati aku

Tiba tiba mata aku tertancap satu susuk tubuh dengan kedua belah tangan menjinjing plastik yang berat kandunganya, mungkin berat. Dia menuju ke aras G

Aku kenal susuk tersebut, tanpa membuang masa aku berlari menuju ke aras G juga. Wanita tersebut sedang menunggu lif. Bila lif tiba wanita tersebut masuk ke dalam perut lif dan cuba untuk menekan butang tersebut

"nenek nak pergi tingkat berapa?" pelawa aku "saya tekankan untuk nenek"

"tingkat 14 cu" balas wanita tersebut lalu menguntumkan senyuman

Aku mula menekan butang 14 "nek"

"panggil Nek Yah je" ujar wanita separuh abad ini

"meh saya tolong Nenek, berat tu, meh" pelawa aku, Nek Yah hanya melihat aku

Kini plastik yang berisi beras itu beralih tangan 'berat jugak, macam mana nenek ni boleh jinjing sorang sorang? dua plastik pula tu' getus hati aku

Pintu lif terbuka di tingkat 14, kami berdua keluar dari perut lif tersebut "jom nek, saya hantarkan sampai ke rumah nenek"

"eh tak apa ke ni? menyusahkan kamu pulak" ujar Nek Yah "nenek dah tua tua kerepot ni suka menyusahkan orang kan?" 

"nenek jangan la cakap macam tu, saya ikhlas nak tolong nenek, saya tengok nenek teringat mak ayah kat kampung" tiba tiba aku jadi syahdu, rindu dengan mak ayah aku di kampung

Kini dah sampai depan pintu rumahnya, Nek Yah terkial kial mencari kunci di dalam gugusan kunci dan tangan dah terketar ketar mencucuh batang kunci kedalam lubangnya

"allahu" terluncur dari mulut Nek Yah "ini lah kalau dah jadi orang tua tak guna, asik menyusahkan orang sahaja"

Aku meletak kantungan beras dibawah lalu membantu Nek Yah membuka pintunya. Pintu rumahnya aku kuak luas, nampak segala isi rumah, ternyata bersih dan teratur. 

"Saya minta izin masuk ke dalam ya nek? saya letak beras di dapur terus" kaki aku terus meluncur laju kearah dapur lalu meletakkan 2 kantung beras di atas lantai

"eh Ya Allah budak ni, susah susah je" ujar Nek Yah lalu menguntumkan senyuman

"apa pula susahnya nek, ringan je, nampak saya kuat nak tolong nenek ni" sambil aku menunjukkan bicep aku yang besar tak besar tu, untung badan aku masih berbentuk lagi. Setiap pagi lepas aku solat subuh bersama Ian, aku buat senaman bangkit tubi untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal. 

"hahaha" Nek Yah diam sejenak "kamu saling tak tumpah macam arwah anak Nek Yah, senyuman kamu, perangai kamu, walaupun sekejap nenek baru jumpa sekejap tadi, tinggi kamu semua sama macam arwah" sambil Nek Yah mengambil tempat duduk di sofa di ruang tamu

"siapa nama anak nenek? nenek ada berapa anak nek? suami nenek?" soal aku ingin tahu, banyak pulak soal aku ni

"nenek ada seorang saja anak, lelaki, itu saja lah permata yang ada tapi nenek terkilan, nenek tak dapat nak jumpa dia buat kali terakhir, suami nenek dah lama meninggal, sejak Azil masih kecil lagi" terang Nek Yah panjang, air mata mula mengalir, dia cuba untuk menahan sedih dan air mata tetapi semua tidak dapat dibendung lagi.

"nenek sabar la nek, semua ni kehendak Ilahi" pujuk aku lalu mengambil tempat untuk bersimpuh di depan wanita tua ini. 

"nenek nak sangat jumpa dia buat kali terakhir, tapi nenek dekat mekah waktu tu, sebelum nenek pergi ke mekah buat ibadah umrah, kami dua beranak bertengkar kerana Azil ada mengeluarkan duit simpanannya tanpa pengetahuan nenek, duit simpanan tu nenek simpan untuk pembelanjaan perkahwinan dia nanti, rupanya dia keluarkan duit itu semata untuk membeli kelengkapan ibadah umrah nenek" air mata aku kali ni dah mengalir deras, sedih bila aku berada di tempat Nek Yah ni 

"nenek tak tau ke dia beli tu untuk nenek?" soal aku lagi

Nek Yah hanya menggeleng "sehingga tunang Azil datang sini menceritakan perkara yang sebenar, dan nenek tak sempat nak mintak maaf kat Azil, nenek nak peluk cium dia, dia amat berbudi bahasa dengan orang tua, sama seperti kamu cu" sambung Nek Yah

Aku mengesat air mata "nek, nenek tak boleh macam ni, nenek kene kuat, nenek kalau ada apa apa nenek boleh panggil saya, saya duduk dekat tingkat 28, nombor rumah 8" sambung aku lagi "ni saya ada belikan air kotak untuk nenek dengan cekedis, nenek makan sambil tengok TV, saya kene balik, nak masak tomyam. Nanti dalam tengah hari saya datang bawak tomyam saya masak" aku sebenarnya tak tahan dari mendengar cerita Nek Yah ni, makin lama aku dengar takut banjir pulak blok kediaman aku ni dek air mata

Nek Yah hanya duduk bersandar sambil menyeka air matanya, mengenangkan nasib hari tuanya. 

"assalamualaikum nek, saya balik dulu ya" pinta aku untuk beredar

"waalaikumusalam" balas Nek Yah sambil menggulumkan senyuman

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now