30: PESAN IBU

336 23 0
                                    

Dalam ruang pejabat yang suasananya kelam dan hanya bertemankan lampu meja. Seroang wanita duduk dikerusi pejabat yang empuk sedang melihat beberapa keping gambar yang diambil oleh penyiasat kanannya.

"betul ke ni Hadi? aku macam tak boleh nak brain la, patut la aku kejar dia macam mana pun, rupanya dia suka lelaki?, no no aku tak percaya, aku rasa budak ni dah bengkok kan Ian" wanita itu sedaya upaya menafikan apa yang telah di lihatnya

"betul Cik Aleeya, saya selalu nampak dia keluar berdua, buat apa sama sama, tapi baru baru ni, saya tak tahu keberadaan mereka, mungkin mereka pergi bercuti" tebak Hadi penyiasat kanan Aleeya

"aku nak kau heret budak ni kat aku, aku nak kau bawa dia hidup hidup, biar aku je yang langsaikan nyawa dia, kau pergi cari dia sekarang jugak" arah Aleeya 

"bagaimana dengan Ian?" soal Hadi pendek

"kau bawak la dia sekali, macam tak pernah buat pulak" arah Aleeya lagi

"baik Cik" Hadi keluar dari ruang pejabat 

'haihhh sakit hati pulak aku tengok gambar diorang berdua ni, sial punya budak, macam mana kau boleh bengkok kan Ian, walhal aku perempuan yang ada rahim Ian tolak aku mentah? tak boleh jadi ni' hasutan hati Aleeya makin mendalam, makin lama makin memakan ruang hatinya yang bersih

"Aku rasa aku kene jumpa seseorang la untuk tolong aku" Aleeya menekan pad kekuncinya dan mendail sesorang yang dikenalinya

__________________

"Assalamualaikum" suara lembut memberi salam dari arah tepi aku

Kini dalam mimpi aku berada di kawasan lapang berumput lembut bagai sutera, pagi yang cerah dan pemandangan danau yang bersih dek air yang membiru. Keadaan semasa sangat tenang. 

Tapi siapa perempuan yang memberi salam sambil menuju ke arah aku ni?

"waalaikumusalam" aku menyambut salamnya dengan baik lalu aku bingkas bangun sebagai rasa tanda hormat

Dia berjubah putih dan berselendang, sangat cantik dek pandangan mata kasar aku. Siapakah dia?

"Yadd sihat?" soal wanita tersebut

"saya sihat, mak cik.. eh akak ni siapa?" soal aku yang tergagap, waktu ni la kepala loading nak panggil akak atau makcik

"panggil ibu je nak, ibu dah tua, tak layak nak panggil kakak lagi dah" wanita tersebut berseloroh

"maaf" aku hanya menggaru belakang kepala yang tak gatal "tapi macam mana ibu boleh sampai ke mimpi saya? sebab mimpi saya ni Ian je boleh masuk" soal aku

"Ibu sebenarnya ibu kepada El-Riyyan, abang Ian awak tu, Ian banyak bercerita tentang Yadd, padan la Ian tertarik dengan Yadd, manis berbicara dengan orang tua" ujar Ibu

Allahu, malu aku macam ni. 

Muka Yadd bertukar kemerahan

"haha, tak ada apa yang nak dimalukan" ujar Ibu sambil turun duduk menyimpuh di atas rumput

AKu juga turun duduk bersila melihat pemandangan yang indah terbentang luas

"Ibu nak tanya Yadd sikit boleh?" soal Ibu sambil menoleh kearah aku

Aku turut memandang pandangan Ibu Ian "boleh ibu, ibu tanya la, kalau boleh Yadd jawab, Yadd jawab"

"Yadd sayang dan cintakan abang Ian kamu?" soal Ibu seakan inginkan kepastian dari aku

Mungkin ini ujian buat aku, soalan cepu mas telah di beri. Kini masa untuk menjawab

"Yadd sayangkan abang Ian, Yadd cintakan dia sepenuh jiwa raga Yadd, kalau nyawa boleh Yadd taruhkan, Yadd sanggup" jawab aku, itu yang terbuku dihati aku sekarang ni

"tapi cinta Yadd tak sampai lagi, tak tahu kenapa, sebab Sari cakap kene tunggu bunga teratai yadd mekar penuh dan bertukar menjadi merah, itu syaratnya kan?" tambah aku lagi

Ibu hanya tersenyum puas

"cinta Yadd akan datang inshaAllah jangan risau, nak mencintai seseorang harus ada suka dan duka, gaduh tu biasa, harus rasa terseksa dulu baru cinta tu datang dan mekar, kalau menyintai seseorang tapi tak ada onak dan duri, tak ada spark, agitcheww" terang Ibu

Part last tu kelakar.

"betul tu ibu, Yadd sokong" aku mengangkat tangan tanda setuju

"lagi satu Yadd, ibu ada benda nak pesan, Yadd lepas ni kena lebih berhati hati, Yadd kene kuat di samping Ian, Ian tu nampak je kuat tapi hati dia ibarat tahu jepun, cuma bila berada di sisi Yadd dia jadi lebih kuat" terang ibu "Yadd janji dengan ibu, Yadd akan cinta kan Ian sehingga akhir hayat Yadd dan tolong tengok tengok kan Ian" pinta ibu dengan nada lembut

"baik ibu, Yadd janji, Yadd akan jaga Ian"  Aku angkat tangan ibarat ikrar sumpah

"senang hati ibu dengar, terima kasih Yadd" Ibu hanya menggulum sekuntum senyuman buat aku

"jangan  la berterima kasih Ibu, Yadd ikhlas semua ni ibu" terang aku

"beruntung Ian dapat Yadd" senyuman ibu tak lekang di wajahnya

Aku mula la malu malu. Kalau boleh punggung aku ni kembang dah kembang semangkuk dah

"ibu harus minta diri dulu, jumpa lagi Yadd" ibu bingkas bangun, juga aku, ibu melambai tangan dan beredar. Kelibatnya hilang di telan kabus.

tiba tiba suasana bercahaya menerangi segenap pemandangan aku. 

AArrrrhgghhh sakit mata aku!!!

__________________

KESUMA JIWA (COMPLETED)Where stories live. Discover now