24: HALUSINASI

410 24 0
                                    

Pintu bilik aku dikuak luas. Melihat Ian keluar dari ruang sebalik pintu tersebut dan menutupnya kembali. 

"awak dah siap ke?" Ian kali ini berpakaian segak dengan baju kemeja hitam dan kot biru gelap, serba serbi lengkap. 

"kita nak pergi hospital tau melawat Nek Yah bukan nak pergi candle light dinner kat Atmosphere 360 tau?" ujar aku dalam masa yang sama aku terkejut dengan penampilannya kali ini, segak jangan cakap la, cair macam ni. Rambut kemas, bulu di muka semua dia cukur. Sia sia kesucian aku kalau terterkam kejap lagi ni. 

"hahaha, lain saya tanya lain awak jawab, saya dari pejabat tadi ada meeting sikit" balas Ian "dah jom, ni dah siap ke belum ni?" soal Ian semual kepada Yadd

"wwwuuuu meeting~~~ Dah, tunggu awak je ni" balas aku pendek lantas aku bangkit dari katil dan menuju kearahnya "kali ni kita naik Grab la" sambil menunjuk telefon bimbit

"aik? kenapa? ikut pintu ni kan lebih senang" soal Ian kebingungan

"alaaaa saja nak amek udara malam" ujar aku sambil buat muka sepulohsen, mesti berkesan kali ini

"nope, balik dari hospital baru boleh kita bersiar siar, now we need to hurry, shall we?" ujar Ian sambil menguak pintu untuk aku masuk dahulu. 

"baik boss" aku menurut jugak

"hahahaha, bagus" kami berdua masuk kedalam ruang tersebut.

___________

"Assalamualaikum" Yadd memberi salam sewaktu tiba di kaki katil Nek Yah

"Waalaikumusalam" sambut Nek Yah perlahan, ternyata Nek Yah masih lemah lagi tapi ceria selepas melihat ketibaan Zeeyad Naufal 

"Nenek dah makan?" soal aku usai mendapat tempat di kerusi tepi katil Nek Yah

"sudah, baru lepas makan ubat jugak ni" balas Nek Yah "siapa yang bawa Nek Yah ke mari?" soalnya 

"saya Nek" pintas Ian

"siapa kamu?" soal Nek Yah

"dia kawan Yadd nenek" pintas aku pula

"Yadd, nenek dah tak mampu nak tampung kos perubatan kat sini lagi, lagi pun nenek buat pemeriksaan kesihatan kat Hospital Kuala Lumpur je Yadd, sini nenek tak mampu, siapa nak bayar semua ni nanti? waktu anak nenek ada boleh la dia belanja semua kos disini" soal Nek Yah dengan riak wajah yang kerisauan

"nenek jangan risau, nanti saya bayarkan, janji nenek sihat" ujar Ian dengan riak wajah yang serius itu "Yadd, saya pergi tandas sekejap, awak borak borak la dulu dengan nenek"

"okay" aku hanya menggangguk tanda 'faham', kelibat Ian hilang di sebalik tembok bilik Nek Yah

"kalau kawan tak ada nya Yadd pandang macam tu" usik Nek Yah

"huh? apa nenek cakap saya tak faham" ujar aku, muka Yadd dah naik merah, dia sebenarnya faham apa Nek Yah maksudkan tapi dia cuba nak berselindung

"nenek tahu, dari mata kamu tu pun nenek tahu, dari pandangan dia pun nenek tahu yang kamu berdua ni bercinta, tapi kamu masih ragu ragu dengan cinta dia" semua tersingkap malam tu juga

"macam mana nenek tahu?" ujar aku yang masih menarik tali

"hahaha.. tak payah malu malu, meh cerita dekat nenek" ahhh sudah, nenek ajak borak pasal hubungan dia pulak

Kau gila? takkan aku nak bagitahu dia kucing sebenarnya? mau pengsan kali kedua orang tua ni karang.

_________________

SEKETIKA ITU 

Ian membelek semua dokumen milik pesakit yang tertera dimuka depan fail tersebut 'Summayah binti Harun'. Matanya ralit membaca setiap inci keputusan dan ayat diatas kertas tersebut. Mindanya juga memikirkan sesuatu. 

"mustahil, mustahil dia masih hidup sampai sekarang" terpacul kata kata Ian yang memecah kesunyian dalam bilik dokumentasi. Nama je hospital swasta tapi masih lagi menggunakan kertas sebagai penyimpan maklumat. 

Sedang Ian leka dengan segala maklumat di dalam fail tersebut, pintu utama di kuak perlahan lahan

Terlihat jururawat memasuki ruang bilik dokumen tersebut 

Dengan tergesa Ian menyembunyikan fail di belakang badannya lalu menyelit di pinggang

"eh Doktor Ahmad, saya nampak doktor dah balik tadi tapi kenapa ada dekat sini lagi?" soal jururawat tersebut

"saya nak balik dah tapi teringat ada benda saya nak tahu pasal pesakit, tu saya singgah sekejap, bye saya balik dulu" Ian terus keluar dari bilik tersebut dengan jururawat tu yang masih terpinga-pinga

"tak pernah dia panggil diri dia 'saya', pelik" jururawat itu hanya melihat kelibat Ian hilang dari pandangan.

Ian menggunakan kebolehan memanipulasi otak separa sedar manusia lain dan menjadikan manusia tersebut berhalusinasi. Ini lah kelebihan dia ada sejak azali lagi dan juga dikenali sebagai 'Hallucikinesis'

__________________


KESUMA JIWA (COMPLETED)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum