QARMIN | 02

2.2K 189 63
                                    

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...

Kaki diorak perlahan memasuki bangunan pencakar langit itu. Gadis berambut coklat gelap bersama glock di tangan sentiasa berjaga-jaga akan keadaan sekeliling.

TAK TAK TAK

Bunyi kasut tumit tinggi berlaga dengan permukaan lantai mengetuk gegendang telinga.

"Itulah engkau, aku suruh pakai sneaker tak nak. Nak juga kau pakai heels."

Suara garau seorang lelaki dari alat yang disumbat ke telinga, membuatkan decitan kasar keluar dari bibirnya.

"Shut up Caspian, I'm trying to focus. Nanti tak fasal-fasal, aku kerat leher kau."

Lelaki bernama Caspian Alinsky itu berada di dalam bilik kawalan, mencebik. "Eleh, gurau sikit tak boleh. Gurau sikit kerat leher, apalah kau ni."

"Diam, aku nak cari orang tua tu." Butang kecil di alat tersebut ditekan bagi menutup suara Caspian dari menyapa gegendang telinganya. Mengganggu tahu tak? Dia menapak ke lif.

"Ash, kau ada nampak apa-apa tak?"

"For now, no movement to be found. Aku cover kau. Don't worry." Ash, atau nama sebenarnya Ashraf Muzaffar. Lelaki itu sudah bersiap sedia dengan sniper rifle dan teropong canggih miliknya. Tugasnya sebagai headhunter akan memerhatikan keadaan sekiranya terdapat serangan mengejut.

"Good. Cas, bawa aku ke bilik Mr. Yoshi," arahnya.

"Alright, princess." Daripada posisi malas, Caspian duduk tegak memandang komputer yang memaparkan CCTV bangunan itu. Dia mula menaip sesuatu di atas papan kekunci.

Setelah mengetahui kedudukan Mr Yoshi, Caspian tersenyum sinis. Cari orang tua ni macam cari jodoh yang tak jumpa-jumpa je. Eh!

"Sila menekan butang tingkat 50 untuk sampai ke pejabat Mr. Yoshi. Terima kasih." Bagaikan sebuah robot, Caspian menuturkan kata-katanya. Nak tergelak pun ada mendengar suara sendiri.

"Haih, risau kadang-kadang." Ashraf menyampuk. Konsentrasinya terganggu, semuanya kerana Caspian.

"Tak lama dah mamat ni," tambah gadis itu pula. Dia masuk ke dalam lif. Butang tingkat 50 ditekan seperti yang diarahkan.

"Next." Dia berdiri di dalam perut lif. Rambutnya diikat bagi menyenangkan dirinya untuk menjalankan tugas nanti.

"Kau jalan straight sampai dekat satu pintu gerbang besar berwarna gold gitew, password dia '906784'. Kau carilah dia dalam tu. Kalau ikutkan dalam CCTV, tak adalah besar sangat bilik tu." Caspian mula bertutur secara biasa kembali. Air Mountain Dew di tepi meja dihirup perlahan.

Nombor ditekan seperti yang disuruh lalu pintu gerbang itu terbuka sendiri. Pistol yang sedia ada di belakang poket diambil bagi tujuan keselamatan.

Pelik, kenapa bilik ini gelap?

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt