QARMIN | 30

1K 77 4
                                    

RALFANIA menunggu bicara daripada Zack

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RALFANIA menunggu bicara daripada Zack. Sambil itu, dia mengunyah epal hijau.

"Cepatlah cakap. Aku tak banyak masa la." Ralfania menegur Zack yang bagai tenggelam dengan lamunan sendiri. Kalau tidak ditegur, mahu sampai dia berjanggut menunggu.

"Oh, aku..."

"Kau apa?" Ralfania mulai menyampah. Epal di tangan juga sudah habis. Ada yang kena sepak sekejap lagi ni.

Zack menarik nafasnya panjang. You can do it!

"Aku abang kau."

Satu ayat, tiga patah perkataan, satu nafas daripada Zack, membuatkan Ralfania terkedu.

"Kau... Kau apa?"

Zack mengeluh. "Aku. Abang. Kau, Jasmin Ralfania." Sekali lagi Zack mengulang ayatnya.

Lama Ralfania berdiam, kini dia menggeleng kepala. Kepalanya seakan berputar 180 darjah.

"Nia, aku tahu... Eh, Nia!"

⚪⚪⚪

BEBERAPA MINIT SEBELUM ZACK DAN STELLA TIBA...

Ralfania mengambil keputusan ingin ke bilik ayahandanya. Sejak dia balik, tak pernah lagi dia menjenguk bilik itu. Kalau tidak, pasti setiap minggu dia akan mengemas bilik tersebut dan melepaskan rindu di bilik itu juga.

Ralfania duduk di kerusi roda yang selalu diduduki James. Sambil dia memutarkan kerusi itu, matanya melilau melihat sekeliling bilik. Keluhan kecil dilepaskan.

Matanya tertancap pada sebuah album di atas rak buku. Ralfania bangun dari kerusi lalu mencapai album tersebut.

Apabila dia membuka album itu, secara tidak sengaja satu pemacu kilat jatuh dari album tersebut. Dahinya berkerut sedikit sebelum badannya menunduk mengutip pemacu kilat itu semula. Lama matanya meneliti pemacu kilat berwarna hitam itu.

Tanpa membuang masa, pemacu kilat itu dibawa bersama album tadi ke biliknya.

Sampai di dalam bilik, komputer ribanya diambil lalu pemacu kilat tadi dicucuk di tepi komputer.

Sebuah video dimulakan setelah dia membuka fail di dalam pemacu kilat. Sambil menonton, dagunya ditongkat.

Arwah ibu dan ayahandanya terpapar di hadapan skrin. Dada Ralfania mulai sesak saat dirinya sewaktu kecil duduk di atas riba ayahanda penuh manja. Sambil itu kepalanya diusap kasih oleh ibu.

Perut ibu ketika itu memboyot menandakan wanita itu sedang membawa dua nyawa. Kelihatan suasana rumah ketika itu seperti sedang menyambut hari jadinya. Bajunya ketika itu merupakan sebuah gaun berwarna merah jambu.

"Qarizh, mari sini!"

Kedengaran ibunya memanggil seseorang. Ralfania membetulkan duduknya.

"Hermano, tengok ni! Adik dapat patung Barbie!"

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now