QARMIN | 22

876 76 3
                                    

"HOW about this one, Ralfania?"

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"HOW about this one, Ralfania?"

Ralfania menoleh ke sisi, menatap baju yang dipilih Stella. Kepalanya terangguk-angguk perlahan.

"Cantik! Sesuai dengan you, Stella. Bright and shiny. That's you, right?"

Stella tertawa halus. Gaun kuning keemasan yang dipilihnya digenggam erat. Add to cart!

"Ralfania, you tak nak beli apa-apa ke? I belanja, jangan risau."

Ralfania mencebik, memikirkan baju mana yang perlu dia pilih. Tidak lama kemudian, dia menjungkit bahu.

"I tak tahulah, macam tak ada yang menarik perhatian I."

Stella turut memerhatikan baju yang sesuai dengan Ralfania. Dagunya diusap perlahan.

"Macam inilah, you pilih dulu baju mana yang you nak. I nak ke ladies kejap."

Ralfania mengangguk. Diperhatikan Stella berjalan ke tandas dengan sorotan mata. Tangannya kembali meneliti baju-baju yang terlalu banyak untuk dipilih.

Inilah perempuan. Kalau bab memilih, sampai berjam-jam! Apa yang dibuat pun tak tahu.

Sedang Ralfania ralit memilih baju, terasa ada mata yang memerhati dari jauh. Ralfania cuba menyedapkan hati bahawa itu cuma perasaannya sahaja.

Tiba-tiba Ralfania ternampak seorang lelaki berpakaian serba hitam seperti sedang melihatnya. Liur ditelan kesat. Jantungnya kini berdebar hebat.

Ralfania berlagak seperti biasa. Dia menjeling sekilas lelaki tadi. Keluhan lega dilepaskan apabila lelaki tadi telah hilang.

Mungkin hanya perasaannya saja.

Kaki melangkah keluar dari kedai itu. Ralfania melangkah ke arah tandas wanita. Tiba-tiba pula dia ingin melepaskan hajat.

Ralfania sedikit pelik. Kelibat Stella langsung tidak dia nampak. Terasa seperti tandas itu kosong. Ralfania menggaru kepalanya.

Kakinya berjalan keluar dari tandas. Sambil tangan Ralfania sibuk mencari sesuatu di dalam begnya, secara tiba-tiba satu tangan besar menekup mulutnya dengan sehelai kain yang sepertinya telah diletak ubat tidur.

"Hmph... Ermph!" Ralfania meronta-ronta pada awalnya. Namun setelah menghidu terlalu banyak ubat tidur, akhirnya tubuhnya melemah. Sebelum semuanya menjadi gelap, sempat gegendang telinganya menangkap suara yang tidak asing di telinganya.

"I'm sorry."

⚪⚪⚪

ZACK kalut keluar dari kereta. Nombor kontak Stella cuba didail. Baru sahaja dia tahu bahawa Stella yang membawa Ralfania keluar.

F*ck! I can't get in touch with her.

"Angkatlah Stella...," rayu Zack. Sekali lagi nombor Stella didail. Zack terasa mahu menghempas telefonnya ketika ini.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon