QARMIN | 17

949 88 47
                                    

"RAMBUT, makeup, handbags, check! Apa lagi yang tak ada, ya?" Stella memuncungkan mulutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RAMBUT, makeup, handbags, check! Apa lagi yang tak ada, ya?" Stella memuncungkan mulutnya. Diteliti tubuhnya atas bawah.

"Rasanya... tak ada. Urgh, whatever! Nanti aku ambil sajalah kalau tertinggal sekalipun." Stella merengus perlahan. Malas dia mahu memerah otak mengingati apa lagi barang yang dia belum bawa. Buat sakit kepala saja.

Rambutnya dikemaskan, memastikan tiada sebarang cacat cela. Dia tersenyum sekilas memandang pantulan dirinya di dalam cermin.

Laju dia keluar dari biliknya dan turun dari tangga dengan kasut tumit tingginya.

Kalau kau jatuh macam nangka wangi, aku hanya mampu tertawa, tahu?

Stella menghiraukan suara fikirannya. Sampai di anak tangga terakhir, Stella membetulkan rambutnya lagi.

"Nak pergi mana ni?"

Senyuman nipis diukir. "Nak keluar. Boleh mama?"

Mama Stella, merangkap ibu tiri Zack, Miss Sandra menjuling matanya ke atas.

"Keluarlah. Tak perlu balik pun tak apa. Bukannya you bagi faedah dalam rumah ni," sinis Miss Sandra. Kakinya dibawa ke balkoni luar. Wajah anaknya yang mulai mendung dihiraukan.

Stella mengetap bibir.

Terasa?

Huh, Stella sudah terbiasa.

Tanpa menghiraukan kata-kata mamanya, terus Stella keluar dari rumah agam itu.

⚪⚪⚪

STELLA sampai di perkarangan mansion milik Zack. Pengawal yang berjaga menunduk apabila dia melintasi mereka.

Leo yang sedang bergegas ingin ke bilik bosnya terhenti tatkala matanya tertancap pada susuk tubuh Stella.

"Eh, sistur!"

Stella tersenyum. Tangannya membalas lambaian mesra Si Leo. "Mana bos you?" tanya Stella sambil keningnya diangkat.

"Oh, Leo nak pergi jumpa bos la ni! Nak ikut?"

Pelawaan Leo dibalas dengan anggukan. Mereka berjalan beriringan ke bilik Zack.

"Sis, kau nak tahu sesuatu tak?" soal Leo memecahkan kesunyian antara mereka.

"Hm, apa dia?"

"Aku ada kakak baru! Dia hot tau! Nama dia Ralfania," cerita Leo penuh teruja. Senyuman lebar tidak lekang dari bibir merahnya. Keningnya juga tidak duduk diam daripada menjungkit.

Kata-kata Leo mula menimbulkan persoalan di benak fikiran. Stella memandang Leo bingung.

"Kakak? Siapa?"

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now