QARMIN | 26

940 83 9
                                    

KERETA diberhentikan beberapa meter daripada kediaman James

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA diberhentikan beberapa meter daripada kediaman James. Beg sandang yang berada di belakang kereta diambil.

"Thanks Simon sebab hantar aku balik."

Simon mengangguk perlahan. "The pleasure is mine, Lucian. Kau masuklah, dah lambat ni."

Lucian mengangguk. Sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta Simon, laju kereta Lamborghini itu bergerak membelah jalan.

Rumah James sudah gelap gelita menandakan semua penghuninya telah lena diulit mimpi. Lucian berhati-hati membuka pintu dan menutupnya kembali. Dapur dituju untuk membasahkan tekaknya.

Tanpa membuka suis, kabinet atas dibuka dan cawan lutsinar diisi dengan air sejuk di dalam peti ais.

PAP!

Ruang dapur sudah terang benderang, Lucian menelan air liurnya mendengar tapak kaki mendekatinya.

"Lucian?"

Lucian terkejut, tetapi pantas dia mengawal perasaannya. Hampir terlepas cawan di tangan akibat suara lunak itu menjengah gegendang telinga.

Perlahan-lahan, dia memusingkan badannya. Wajah mamai Ralfania ditatap dengan emosi yang bercampur baur.

"N... Nia."

Ralfania terus memeluk Lucian. Walaupun tidak berbalas pelukan itu, dia tidak kisah. Kepalanya didongak memandang Lucian.

"Kau pergi mana? Caspian kata dua hari kau tak balik." Ralfania melepaskan pelukan. Wajah Lucian ditatap dengan penuh tanda tanya.

Big mati kosa kata ingin memberi alasan. Lehernya diusap perlahan. "A... Aku..."

"Hm... Tak apalah, esok kita borak. Aku mengantuk, bye!" Ralfania menguap besar, kemudian berlari naik ke atas bilik tanpa memandang Lucian kembali.

Tutup sahaja pintu bilik, Ralfania bersandar pada pintu. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir. Wajahnya disembam ke lutut. Sedaya upaya dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

⚪⚪⚪

DARI petang semalam, Zack hanya memerhatikan Leo yang bagai hilang arah itu. Lelaki itu hanya menurut sahaja semua arahan yang dikeluarkan olehnya tanpa banyak mulut. Perangai gila Leo juga bagai sudah hilang.

"Kang Leo!"

Leo yang sedang berehat sambil mengunyah gummy bears memalingkan wajahnya apabila Zack memanggil dirinya. Dengan langkah longlai dia berjalan kepada Zack.

"Ya?"

Zack merenung serata wajah Leo. Tempat kosong di sebelahnya ditepuk, menyuruh lelaki kacukan Korea Amerika ini duduk di sebelahnya.

Leo menurut sahaja. Kepalanya ditundukkan memandang plastik gummy bears yang baru dibeli Zack. Itupun, dia minta Zack yang belikan. Gummy bears itu serupa dengan gummy bears yang Ralfania berikan kepadanya.

"Kau okay tak?" soal Zack tanpa memandang ke arah Leo. Tangannya disilang ke dada.

"Broken," balas Leo. Dia menyuap satu lagi gummy bears ke dalam mulutnya. Gayanya seperti baru sahaja putus cinta.

Zack menjeling Leo sekilas. Broken-broken pun boleh melawak lagi.

"Kau rindu Nia ke?"

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu tanya lagi."

Zack mulai berkerut pelik. "Macam pelik je pantun kau ni?"

"Biarlah, janji patik bahagia. Bukan seperti hamba seorang ini, kehidupan hamba sungguh menyedihkan."

Zack menjilat bibirnya sebelum bibirnya diketap. "Kau kata apa? Cakap balik."

"Kehidupan hamba... Eh, apa ni? Woi, rambut aku!"

Sedang galak Zack menarik rambut Leo, tiba-tiba Leo tertolak Zack dengan kuat mengakibatkan Zack terjatuh dan kepalanya terhentak dengan lantai.

Leo membulat mata. Shoot!

"B... Bos, okay tak?"

"Argh..." Zack mengerang sakit. Kepalanya dicengkam. Matanya berpinar-pinar.

"Kau blah boleh tak? Semak tengok muka kau!"

"Adik nak ajak abang main aje! Salahkah?"

Kata-kata itu kerap bersuara di dalam fikirannya. Beberapa bayangan dia semasa lapan tahun dan seorang gadis kecil bergaduh sesama sendiri.

Dia cuba untuk mengingati siapakah gerangan yang berada di dalam bayangannya itu. Namun semakin lama dia cuba, semakin sakit kepalanya.

Leo sudah kelam-kabut memanggil anak-anak buah Zack yang lain. Jack sudah menelefon doktor peribadi Zack. Dia meminta beberapa orang untuk mengangkat bosnya ke bilik.

Zack akhirnya pasrah dengan bayangan itu. Perlahan-lahan, kelopak matanya mulai tertutup.

⚪⚪⚪

CASPIAN berjalan keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Sampai di anak tangga yang terakhir, kornea matanya disapa dengan susuk tubuh Ralfania sedang memeluk lutut di hadapan kolam ikan. Laju kaki panjangnya diatur ke arah gadis itu.

"Bah!"

Terhinjut bahu Ralfania. Wajah Caspian ditatap sekilas, sebelum dia membuang pandangannya ke arah kolam ikan di hadapannya.

Berkerut dahi Caspian. Dia duduk di sebelah Ralfania. "Kau okay tak? Monyok aje aku tengok."

Ralfania menggigit bibir bawahnya halus. Wajah Caspian dipandang sebelum matanya bergenang.

Caspian yang terkejut laju mengesat air mata Ralfania. "Kau kenapa? Tiba-tiba je menangis."

Apabila Ralfania menyandarkan kepalanya di bahu Caspian, lelaki itu membiarkan Ralfania melepaskan tangisannya terlebih dahulu. Kepala Ralfania diusap perlahan.

Beberapa minit menangis, Ralfania mulai tenang. Kepalanya diangkat, memandang Caspian.

"A... Aku ada benda nak bagitahu kau." Tersedu-sedan Ralfania menuturkan kata-katanya.

Caspian memandang redup wajah Ralfania. Tumpuannya diberi penuh kepada gadis itu.

Tangannya menyeluk poket seluarnya. Telefon pintar miliknya diambil lalu dibuka. Dengan tangan yang menggeletar, telefonnya diberi pada Caspian.

Caspian menatap skrin telefon pintar Ralfania. Terukir kerutan di dahinya.

"Ap... Apa ni?"

Keluhan berat dilepaskan. Ralfania menggeleng kepala. Rambutnya diraup ke belakang.

"Aku pun tak tahu. Tapi buat masa ni kita diamkan aje dulu. Aku nak tengok permainan dia macam mana."

"Siapa lagi yang tahu tentang ni?" Sungguh, dia terkejut. Caspian masih lagi perlu mencerna segala kebenaran yang baru sahaja terbentang di hadapan mata.

"Kau dan Tessa aje yang tahu."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now