QARMIN | 40

1K 66 4
                                    

MATA melirik jam di dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA melirik jam di dinding. 12 malam!

Ralfania melihat Stella di sebelahnya. Gadis itu sedang pulas tidur. Comel je bakal kakak iparnya ni.

Eh, awal naw kakak ipar.

Dengan kadar perlahan, Ralfania menyelak selimut. Apabila dia sudah duduk di atas katil, Ralfania melihat Stella kembali. Kali ini, dia cuba bangun dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Ralfania berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Sempat hoodie merah jambu Stella dicapai lalu disarung ke badan. Pintu dibuka dengan penuh berhati-hati.

Yes! Ralfania berjaya keluar dari bilik. Koridor yang gelap gelita itu dipandang. Eh, mana Caspian?

Terasa ada tangan memegang lengannya, Ralfania hampir menjerit. Namun segera mulutnya ditekup.

"Shhh, ini akulah!" Caspian berkata dengan suara di celah giginya.

Ralfania tersenyum nipis. Tangan Caspian diturunkan dari mulutnya.

"So, dekat mana tempat tu?"

Caspian tersenyum. "Nanti kita akan naik satu lif untuk turun ke bawah. Don't worry, kau ikut je aku."

Ralfania mengangguk. Tudung hoodie dibawa ke atas menutup kepalanya. Tanpa dia sedar tangan Caspian dicapai kerana sejuk. Mereka berjalan beepegangan tangan.

⚪⚪⚪

"KOLAM?"

"Yup! Tadaa!"

Ralfania melopong tidak percaya. Di hadapannya kini, terdapat sebuah kolam yang amat besar. Airnya yang jernih membuatkan Ralfania pasti ada orang yang membersihkannya.

KEDEBUSH!

Ralfania melihat ke arah bunyi itu. Tak lain tak bukan, Caspian sudah terjun masuk ke dalam kolam tanpa berbaju dan hanya berseluar panjang.

"Tak sejuk ke?" Kakinya dicelup ke dalam air. Sejuknya!

Caspian berenang ke arah Ralfania. "Alah, kejap je aku mandi. Jomlah mandi sekali."

"Eh, tak nak aku! Sejuklah!" Ralfania menggeleng laju. Sudahlah dia ni tak tahan sejuk. Mahu demam pula nanti.

Caspian memuncung sedikit. "Jomlah..." ajaknya sambil merenjiskan air kepada Ralfania. Bibirnya mengukir senyuman nakal.

"Tak naklah Caspian!"

Tawa Caspian bergema di segenap ruang. Muka dan rambutnya dibasahkan dengan air.

"Suka hati kaulah, Senah. Aku nak mandi sekejap."

Ralfania merehatkan dagunya di atas lutut. Matanya memerhatikan Caspian yang sedang berenang. Dalam hati, dia memuji lelaki itu.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now