QARMIN | 38

942 70 6
                                    

PRANG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PRANG!

Cermin kaca di hadapannya pecah akibat tumbukan padunya. Berderai jatuh serpihan-serpihan cermin itu ke lantai. Darahnya menitis dengan banyak.

"F*ck you, Qarizh."

Wajahnya ditatap di hadapan cermin yang sudah tiada rupa cermin itu lagi. Bengis sekali wajahnya menunjukkan amarahnya sudah betul-betul di kemuncaknya.

"Sh*t! Just, how..." Tangannya dilekapkan pada cermin itu. Membuatkan kaca yang terpacak di situ tertusuk ke dalam telapak tangannya. Semakin banyak darah memancut keluar.

Info tentang Zack dan Ralfania kembali baik sudah sampai ke telinganya. Dan dia pasti, dua beradik itu sedang merancang sesuatu untuk membunuh dia.

Dan apa yang buat dia makin berang adalah perniagaan haramnya sudah bankrap! Bagaimana boleh jadi begitu, dia tidak pasti. Tetapi apa yang pasti, Antonio tahu siapa dalang tersebut.

Senyuman psiko terbentuk di bibirnya. Kepalanya digeleng dan dia ketawa mengekek.

"Kau main dengan orang yang salah, Qarizh."

⚪⚪⚪

"ADABI, melazatkan! Adabi, menyelerakan!"

Ralfania yang sedang khusyuk menonton drama tersentak dengan nyanyian seperti katak memanggil hujan itu. Dramanya dihentikan sekejap dan dia berlalu ke dapur.

"Mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dah kuah!"

Ralfania bersandar pada dinding. Kepalanya digeleng.

"Berapa lama lagi kau nak gelek depan kuali ni?"

"Opocot terkeluar perut!" Terlepas sudip di tangan. Leo meletakkan tangannya di dada, terkejut benar mukanya.

"Woi, terkejut aku!" jeritnya geram. Sudip yang terjatuh di lantai dikutip semula.

Ralfania menggulingkan bebola matanya. Kaki menapak ke hadapan, ingin melihat apa yang sedang dimasak Leo.

"Apa ni?" soalnya hairan. Dahinya membentuk kerutan halus.

Leo tersenyum bangga. "Ini namanya, Tteok-bokki! Makanan dari Korea, dijamin sedap!" Leo membuat gaya chef kiss. Keningnya dijungkit beberapa kali.

Ralfania melopong sambil kepalanya dijatuhkan beberapa kali.

"Dah siap, panggil. Aku nak sambung tengok drama." Bahu Leo ditepuk. Dia berjalan keluar dari ruang dapur, meninggalkan Leo berseorangan.

Apabila dia tiba di ruang tamu, Qarizh sedang duduk di sofa yang didudukinya sebentar tadi. Wajahnya kelihatan resah.

"Hermano, you're okay?" Ralfania duduk di sisi Qarizh. Matanya terpancar perasaan risau.

Qarizh mengerling Ralfania sekilas. Keluhan berat dilepaskan. "Antonio."

Ralfania membetulkan duduknya menghadap Qarizh. Wajah abangnya ditatap serius.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now