QARMIN | 28

931 75 8
                                    

"HOI!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HOI!"

"Mak kau sudip!"

Ralfania menekan perutnya akibat ketawa terlalu kuat. Wajah cemberut Caspian langsung tidak dihiraukannya.

"Mak siapa yang sudip?"

Ashraf datang ke dapur apabila mendengar ketawa Ralfania yang bagai langsuir itu. Air kopi buatan Caspian dituang ke mug lalu disisip perlahan.

"Mana aku tahu. Nia ah ni!" Caspian berura-ura ingin memukul Ralfania namun tidak jadi kerana sayang. Ceh.

"Kau masak apa, nyah?" Ralfania menjenguk kuali Caspian. Dahinya berkerut sedikit apabila tiada apa di dalam kuali tersebut.

"Kau masak ke kau main, huh?"

Caspian tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. "Aku... Aku main masak-masak."

Mahu jatuh rahang Ralfania mendengar jawapan Caspian.

PAK!

"Huwa... Sakitlah, nyah!"

Ralfania mencekak pinggang. "Memanglah sakit! Aku dah kebulur dan mengharapkan kau masak, tapi rupanya tidak. Siapa yang sakit sekarang, hah?"

"Aku..."

"Akulah, gila!"

Ashraf menongkat dagu melihat drama sebabak oleh sepasang suami isteri. Silap, Ralfania dan Caspian. Sudah lama dia tidak lihat Ralfania memarahi Caspian.

Hanya Ralfania seorang sahaja yang mampu menundukkan seketul Caspian.

"Pahal kau pula yang sakit? Aku yang kena pukul, bukan kau!"

Ralfania memicit pelipisnya. "Sebab..."

"Dah, diam! Ambil ni, makan."

Seisi dapur menoleh ke arah suara tersebut. Ralfania meluru ke arah plastik yang diletak di atas meja island. Matanya membulat teruja.

"Wah, McDonald's! Thank you, Tessa!"

Ralfania menghulurkan makanan kepada Ashraf. Caspian hanya dijeling. Biar dia ambil sendiri!

"Bila kau beli ni, Tessa?"

Tessa mengambil tempat di sebelah Caspian. Sambil makan, dia memberitahu bahawa dia keluar sekejap kerana ingin membeli barang. Sudah tahu yang Caspian memang main masak-masak di pagi hari, dia pergi ke McDonald's untuk membeli sarapan.

"Sekejap, macam mana kau tahu aku main masak-masak?"

Tessa menggulingkan bebola matanya. "Tiap hari aku nampaklah. CCTV pun ada rakam. Kau siap menyanyi lagi."

Ralfania tertawa lepas.

Caspian memandang Ralfania tajam. "Diam kau!"

Ralfania tersenyum mengejek. Lidahnya dijelir, sengaja ingin memprovok Caspian.

"Dah, jangan gaduh-gaduh. Masa makan jangan bercakap." Ashraf menghentikan perbualan Ralfania dan Caspian apabila dia dapat menghidu bau pergaduhan akan berlaku. Rumah ini tidak akan aman sekiranya Ralfania dan Caspian ada.

"Baik, ayah..."

"Aku tak tua lagi." Ashraf menjeling Ralfania. Suka hati dia saja memanggilnya ayah.

"Hihi, sorry..." Ralfania meneruskan kunyahannya. Seronok dia memakan cheeseburger itu.

"Oh, ya. Lucian mana?"

"Entah. Tidur lagi kut." Tessa menjawab soalan Ralfania. Plastik makanan tadi dibuang ke dalam tong sampah. Dia membasuh tangan dan mengelap tangannya menggunakan kain pengelap.

Ralfania mengangguk perlahan. Iyalah, semalam lelaki itu pulang lewat. Tidak mustahil jika Lucian bangun lewat juga.

Telefon Ashraf berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama pemanggil dibaca sebelum dia mengetik butang hijau. Dia meninggalkan ruang dapur, ingin sedikit privasi.

Kini tinggallah Ralfania dan Caspian yang masih melantak. Mereka diam tidak bercakap.

⚪⚪⚪

"APA? Dia dekat dengan kau sekarang?"

"Y... Ya tuan, tapi..."

"Bawa dia pada aku, sekarang!"

Tangannya diramas. Bibir dikemam. "Tapi tuan, ramai yang berada di rumah sekarang. Susah untuk saya culik dia!"

Antonio tersenyum sinis. "Kisah pula aku? Aku tak kira. By hook or by crook, she have to be here not more than ten days!"

TUT...

Panggilan diputuskan, membuatkan dia naik berang. Mahu sahaja dia mencampak keluar telefonnya.

Pelipisnya diurut perlahan. Dia mengeluh kuat.

"Kenapa kau datang balik, huh?"

⚪⚪⚪

"WHAT!"

Zack memejam matanya menahan suara nyaring Stella. Telinganya digosok perlahan.

"Y... Ya, Nia tu..."

"B... But... How? Tak akanlah ayah I..." Stella menekup mulutnya. Tidak percaya akan butir bicara Zack. Tatapan tidak percaya ditala kepada Zack.

Zack mengangguk. "I yakin, ayah you punca I hilang ingatan. You pun tahukan macam mana perangai dia? Dia akan dapatkan apa yang dia nak dengan apa cara sekalipun."

Stella melepaskan keluhan berat. Benar apa yang Zack kata. Ayahnya akan sanggup membuat apa saja.

"So, you nak buat apa sekarang? Bagitahu Nia?"

Zack menggaru kepalanya. Bahunya dijungkit, tidak tahu.

"Kenapa pula tak tahu? I nak you bagitahu dia." Pelik Stella dibuatnya. Setahunya, Zack seorang yang tahu menbuat keputusan sendiri.

"Erm, tak naklah... Nanti, dia tak terima I macam mana?"

Berkerut hebat dahi Stella. "Biar betul you ni? Tak akanlah Si Nia tu tak terima abang dia sendiri? Abang kandung pula tu."

Zack masih lagi ragu-ragu. Tangannya bermain dengan parut di belakang kepalanya. Dia mengeluh kuat.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi! Hari ni, atau esok, you kena bagitahu Nia yang you ni abang dia. Full stop!"

Zack mengelipkan matanya memandang Stella. Garunk betol...

 Garunk betol

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now