QARMIN | 20

1K 82 2
                                    

KNOCK KNOCK!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KNOCK KNOCK!

"Masuk," ujar Zack sebaik sahaja T-Shirt lengan panjangnya disarung ke badan. Pintu dibuka dari luar, terpacul wajah Matìas dengan kening yang bertaut.

"Kau asal? Macam tak betul aje." Zack menghempas tubuhnya ke katil. Diregangkan sedikit badannya.

"Siapa perempuan tu?" soal Matìas, tidak berbasa-basi lagi. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kening dijungkit tinggi memandang Zack.

"Perempuan la, tak akan..."

"Answer me, Zack. Siapa perempuan tu?" Suaranya ditekankan. Geram pula Matìas apabila Zack seakan mengelak dari menjawab soalannya.

Zack melepaskan keluhan. Nak tak nak, dia perlu juga beritahu Matìas tentang Ralfania.

"Fine. Aku jumpa dia waktu event Daniel hari tu. Aku culik dia, faham?"

"Tak. More details." Wajahnya dikosongkan. Matìas Bersandar

Zack berdecit. Orang beri betis, nak peha pula.

"D... Dia... Dia antara orang yang dikehendaki papa..."

"Wait a second, dia... Tigress tu ke?" Melihat anggukan Zack, Matìas terdiam. No way...

"Dia buat apa pergi event kau malam tu?"

Zack menjungkit bahu. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu, posisi baring ditukar kepada posisi duduk. "Tapikan... Aku rasa, dia datang mungkin sebab... dendam?"

Matìas berkerut dahi. "Dendam? Kenapa pula? Kau ada usik dia ke?"

Zack mengamit Matìas supaya mendekatinya. Setelah lelaki itu duduk di sebelahnya, Zack membuka mulut lagi.

"Macam ni..."

BEBERAPA HARI YANG LEPAS...

Zack menapak ke atas bersama dulang berisi makanan. Kata Leo, Ralfania mahu makan Aglio Olio. Jadi, dia masakkan untuk gadis itu.

Sampai di hadapan pintu Ralfania, Zack mahu mengetuk pintu namun terhenti tatkala mendengar esakan dari dalam.

Zack berkerut sedikit, telinganya didekatkan dengan pintu bilik Ralfania.

"Ayahanda, Nia nak balik..."

Makin berkerut dahi Zack. Ralfania menangis dan bercakap seorang diri ke?

"Nia nak balik... T... Tapi, Nia tak sempat nak bunuh dia lagi..."

Zack terdiam.

"Woi!" sergah Matìas.

"Woi!" sergah Zack kembali. Dadanya diusap perlahan, terkejut.

"Kau apahal woi aku balik?" Matìas berkerut pelik. Kita woi dekat dia, dia woi dekat kita balik.

"Ah, diamlah kau!" Bahu Matìas ditolak kasar sehingga lelaki itu jatuh dari katil.

"Sakit anjing!" Matìas berdesis kasar. Punggungnya diusap perlahan. Dia menjeling Zack tajam.

"Dahlah kau, blah la," halau Zack tanpa belas kasihan.

"Memang nak keluar pun, hish..."

⚪⚪⚪

"NYAH," panggil Leo.

Ralfania yang sedang ralit termenung itu tersentak. Keningnya diangkat tinggi, bertanya kenapa.

"Kau termenung apa, huh? Sampai aku panggil pun tak menyahut," ucap Leo, sedikit berjauh hati. Tubuhnya dipeluk.

Ralfania tersenyum nipis, puncak kepala Leo diusap. "Sorry. Aku... teringat dekat seseorang." Ralfania memperlahankan suaranya di akhir ayat. Keluhan kecil dilepaskan.

Mana kau orang?

Terus Leo mengangkat kepalanya, menatap wajah Ralfania. Wajah itu, menyimpan seribu rasa. Tangannya dan tangan Ralfania disatukan.

"Kak. Kalau kau luah apa-apa, kau tahu aku ada, kan?"

Sekali lagi Ralfania tersenyum tawar. Kepalanya diangguk. "Aku okaylah. Kau jangan risau, eh?" Nada suaranya cuba diceriakan. Ralfania mengoyak senyuman.

Leo tersenyum segaris. Dia tahu wanita itu menyimpan rasa. Bukan sikit. Beberapa hari yang lepas, dia terdengar esakan kecil dari bilik Ralfania.

Sudah tentulah Ralfania yang menangis, kan? Tak akanlah benda lain pula.

Tetapi Leo tidak terus bertanya. Dia mahu Ralfania sendiri yang membuka mulut. Meluah kepadanya.

⚪⚪⚪

"MACAM mana boleh ada dengan dia?"

"S... saya minta maaf, master. Saya dah cuba tapi..."

"Pergi jahanamlah dengan cuba kau tu! Aku tak kira, bawa dia kepada aku sebelum malam jumaat ini. Muktamad!"

Keluhan berat dilepaskan. Dia cuba bertenang supaya dirinya tidak melenting dengan tuannya. Tidak fasal-fasal peluru yang masuk ke dalam kepalanya.

"Kau dengar ke tidak?"

"Dengar, sangat dengar master." Ditekankan suaranya. Rahangnya diketap kuat. Dapat dia rasakan tuannya sedang tersenyum sinis.

"Bagus. Aku tak kira, sebelum malam jumaat ini! Kalau tidak, kau tahu apa aku boleh buat, kan?"

Gumaman ringkas diberikan sebagai respon. Tidak lama kemudian, terus dia memutuskan talian. Telefon pintarnya dihempas ke katil. Rambutnya diramas kasar, rimas!

 Rambutnya diramas kasar, rimas!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now