QARMIN | 39

852 62 2
                                    

"MORE!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MORE!"

Leo membeliakkan mata, tidak percaya dengan kata-kata Ralfania.

"Kau gilakah sis? Aku dah macam separuh mati, tahu tak?"

Ralfania menggeleng laju. "Push up, more! Stamina kau rendah yang amat, jadi aku nak kau naikkan stamina kau yang rendah tu." Tangannya menolak belakang badan Leo yang sedang membuat gaya push-up itu.

"A... At least... B... Bagilah aku rehat!" Peluh menitik di dahinya. Leo tercungap-cungap mencari oksigen. Aku terseksah!

Lama Ralfania menimbangkan permintaan Leo.

"Nia, bagi jelah Leo rehat sekejap. Macam nak dijemput ajal je abang tengok," pujuk Qarizh sambil mengelap peluhnya. Kepalanya digelengkan membuatkan rambut basahnya berserabai.

Leo membuat muka kasihan. Bibirnya mencebik meminta simpati.

Ralfania mengalah, akhirnya dia mengangguk.

"Thank you, thank you, thank you, thank you!" Leo mahu memeluk Ralfania sebelum gadis itu menolaknya jauh.

"Badan kau tu berpeluh! Nak peluk aku, peluk lepas kau mandi."

Leo tersengih tidak bersalah. Dengan laju dia ke arah Qarizh untuk mengambil botolnya. Diteguk rakus airnya sehingga habis. Dadanya berombak kencang mula surut. Penat sungguh dia kerana diseksa Ralfania.

"Five minutes, Kang Leo!" laung Ralfania. Kakinya mengatur langkah ke arah Tessa. Gadis itu sedang melakukan skipping rope. Laju tali skipping itu berputar.

"Slow down, girl. Macam marah je..." gurau Ralfania. Bangku di dalam gim itu didudukinya.

Mereka semua kecuali Ashraf dan Caspian sedang berada di dalam gim rumah Ralfania. Mereka perlu bersiap sedia dengan apa yang akan terjadi selepas ini. Antonio boleh muncul bila-bila masa saja.

Tessa mengakhiri skipping ropenya. Nafasnya cuba diatur.

"Aku... frust dengan Ashraf," luah Tessa. Tempat duduk di sebelah Ralfania menjadi sasarannya.

"Lah, tak elok lagi ke mamat tu? Hari tu dia dah okay, kan?" soal Ralfania sedikit pelik. Wajah penat Tessa ditatap.

"Bukan fasal tu. Entahlah. Sejak akhir-akhir ni, dia macam... menyakitkan hati."

Ralfania mengerutkan keningnya. "Menyakitkan hati? Maksud kau?"

"Macam..."

"Weh, wehh!"

Tessa dan Ralfania menolehkan pandangan.

Caspian duduk melutut di hadapan Ralfania. Nafasnya tercungap-cungap.

"Woi, woi! Kau nak lamar aku ke apa?" Ralfania segera menepis tangan Caspian yang terletak di lututnya. Tiba-tiba jantungnya berubah rentak.

"Eh, aku tak restu lagi! Jangan nak memandai lamar adik aku!" sampuk Qarizh yang sedang mengangkat dumbbell. Otot bisepnya bergerak-gerak apabila dumbbell diangkat dari atas ke bawah.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now