QARMIN | 16

1K 93 68
                                    

"WELL well well

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WELL well well... Jasmin Ralfania is trying to escape, huh?

Ralfania mengetap bibir. Busted, again.

Zack tersenyum sinis. Dia berjalan ke arah Ralfania. "Cuba untuk lari dan culik anak buah aku," tambah Zack lagi. Leo dibawa ke belakangnya.

Melihat tiada respon daripada Ralfania, Zack mengetip jari menandakan sebuah arahan. Beberapa anak buah Zack mula menggenggam lengan Ralfania.

"Bawa dia ke bilik aku."

⚪⚪⚪

RALFANIA meramas tangannya. Keringat membasahi dahinya walaupun suhu bilik itu pada tahap sejuk.

"Kakak, janganlah takut. Leo ada..."

Ralfania tersenyum sekilas. Rasa resahnya tidak dapat dibendung.

KREK...

Zack tersenyum sinis memandang Ralfania yang bagai cacing kepanasan. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan kedua manusia di hadapannya.

Ralfania cuba melarikan pandangannya daripada bertembung dengan anak mata Zack. Kenapa dia takut benar dengan Zack sekarang ini?

"You realise what you've done, right?" Alis mata kanannya diangkat tinggi. Wajah Zack kosong tiada emosi.

Ralfania mengangguk malas. Walaupun dirinya tampak berani, namun jantungnya bagai mahu meloncat keluar.

"Lepaskan aku," pinta Ralfania, dingin.

Zack tertawa sinis. Hidungnya disapu dengan ibu jari. "N. E. V. E. R. Never."

Bibirnya diketap kuat. Ralfania menatap wajah bongkak Zack. Terasa ringan sahaja tangannya ini mahu naik menumbuk wajah Zack.

"Kau nak apa daripada aku? Kalau kau nak bunuh aku, bunuh sekarang! Jangan melengahkan masa kau, lembap!"

Berdesing telinga Zack apabila dipanggil lembap oleh gadis lemah ini.

"Kau panggil aku apa, lembap?"

"Yes. L. E. M. B. A. P. Lembap!" Ralfania mula bangun dari kerusi, bagitu juga Zack. Masing-masing memandang tajam sesama sendiri.

Ralfania memeluk tubuhnya. "Ke... Kau ni jenis yang pengecut nak bunuh perempuan? Huh, tak akanlah ketua The Xavier takut bunuh perempuan? Huh." Ralfania terus menerus menumpahkan minyak pada api yang sudah marak. Bibir mencarik senyuman sinis apabila wajah Zack sudah merah padam.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now