QARMIN | 32

928 77 4
                                    

KNOCK KNOCK!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KNOCK KNOCK!

"Zack, makanlah sikit please..."

Tiada sahutan yang diterima, Stella mengeluh berat. Masuk hari ini, sudah tiga hari Zack bermogok tak mahu makan. Lelaki itu hanya terperap di dalam bilik.

Entah hidup entah tidak.

"Zack..." Stella memejam matanya, cuba bertenang. Kalau diikutkan amarahnya, sudah pecah pintu ini dibuatnya. Namun dia tetap juga bertahan dengan sikap keras kepala Zack yang satu itu.

"Fine, tak nak makan sudah. You nak makan, carilah makan sendiri. Tak pun, biar mati kebuluran dalam tu." Stella menghempas dulang makanan di hadapan pintu bilik Zack. Penat melayan kerenah Zack.

Dia berjalan menuju ke biliknya. Rambutnya diikat tinggi dan sneakers putih miliknya dipakai. Hoodie pink miliknya dicapai dan terus dia keluar dari bilik. Sebelum keluar, dia mengambil kunci keretanya terlebih dahulu.

Dia perlu selesaikan masalah ini dengan segera!

⚪⚪⚪

"TAK naklah!" Ralfania memeluk tubuhnya di atas katil. Wajahnya berkerut-kerut menahan marah.

Caspian memincingkan mata. "You have no choice, Jasmin Ralfania. Eat or I..."

"You what?" Ralfania bertentang mata dengan Caspian. Keningnya dijungkit tinggi, cuba melawan Caspian.

Caspian tersenyum sinis. "Or I... eat you."

Ralfania terkedu. Apa maksud Caspian?

"K... Kau cakap apa ni?" Seram sejuk Ralfania melihat senyuman senget Caspian.

"Entah, kau rasa?" Caspian duduk berhadapan Ralfania. Pinggan berisi nasi goreng buatannya diambil dari dulang. Sudu dicapai dan nasi itu dikaut sebelum menyuakan nasi itu kepada Ralfania.

"Makan," arah Caspian.

Ralfania masih lagi tidak membuka mulut.

"Tak nak..."

"Please?"

Ralfania mengetap bibir. Jemarinya dimainkan.

"Nia sayang..."

"Okay, okay! Aku makan!" Terus Ralfania memakan nasi goreng tersebut. Dalam hati, dia memuji masakan Caspian.

Caspian tersenyum puas melihat Ralfania akhirnya makan sesuatu. Jikalau tidak, satu butir nasi pun tak akan masuk.

Tetapi dia pelik. Mengapa stok kerepeknya sejak akhir-akhir ini berkurang. Bila ditanya kepada Ashraf dan yang lain, tak ada pula mereka kata mereka ambil.

Dan dia perasan, pintu bilik Ralfania akan berbunyi di malam hari. Memandangkan biliknya dan bilik Ralfania tak jauh, jadi dia boleh dengar pintu bilik gadis itu terbuka pada waktu malam.

Hm, pelik di situ.

"Woi, nak lagi."

Caspian tersentak. Dia tersengih sambil menyuap Ralfania.

Ralfania meneguk air kosong di dalam cawan. Sambil itu, dia ralit menatap wajah Caspian.

"Aku tahu aku handsome, takyah la pandang lama-lama."

Meluat Ralfania. Caspian dipandang jengkel. Walaupun ada betul kata-kata Caspian itu, tetapi Ralfania tak akan pernah mengaku bahawa Caspian kacak.

Tak akan. Titik. Noktah.

"Woi pasangan bahagia, ada orang nak jumpa." Tessa terus menyergah dua orang manusia di hadapannya ini. Tiada langsung riak bersalah di wajahnya.

"Sian single," ejek Caspian.

"Siapa kata, aku ada Ashraf," kata Tessa walaupun sekadar gurauan. Dia tidak perasan langsung akan kehadiran Ashraf di belakangnya.

Ashraf berdehem di situ, membuatkan Tessa terkejut.

Dia dengar ke?

"Stella dekat bawah. Dia nak jumpa Nia." Ashraf mencuri pandang Tessa di sebelahnya. Gadis itu menunduk ke lantai.

Itulah, main cakap lepas lagi.

"Oh, okay. Suruh dia tunggu sekejap."

Ashraf mengangguk perlahan. Dia turun ke bawah ingin membuat air untuk Stella.

"Kau asal nyah? Muka kalah tomato? Kalau tomato nampak ni, nanti dia mengaku kau moyang dia pula." Caspian ketawa di akhir ayatnya sendiri. Terhibur hatinya melihat wajah merah Tessa.

PAK!

"Mak! Sakitlah!"

"Padan muka!" Tessa menjeling tajam. Terus dia beredar dari situ. Dibiarkan sahaja Caspian yang masih tertunduk sakit.

"Yelah! Perempuan jelah nak menang, memang pun!" jerit Caspian. Terasa sakit di bahunya belum hilang.

Ralfania keluar dari bilik air, berkerut-kerut dia memandang Caspian.

"Kau sakit perut ke?"

Caspian menggeleng. Dia mengangkat wajah, menatap sedih Ralfania.

"Sakit... Tessa pukul..." adunya sambil mencebik bibir.

Ralfania melopong sambil mengangguk. "K." Ralfania terus berlalu dari biliknya. Tidak mahu Stella menunggunya lama di bawah.

Caspian menganga tidak percaya. K?

K je?!

"Saya tahu saya cuma untuk disakiti, bukan untuk disayangi."

⚪⚪⚪

"WHAT? No!"

Stella menggenggam tangan Ralfania. "Please, Nia. I just nak minta you suruh Zack makan. He hasn't eaten in days." Stella memujuk. Dia berharap sangat-sangat agar Ralfania bersetuju dengannya walaupun dia tahu itu agak mustahil.

Ralfania menggeleng perlahan. Genggaman tangan Stella turut dilepaskan. "I can't, Stella. I... I tak boleh tengok muka dia lagi..."

Stella mengeluh berat. "I bukan apa, Nia. Tiap malam, I dengar dia menangis. Dia asyik sebut nama you, nak minta maaf dengan you. Kalau bukan sebab dia tak berapa sihat, I rasa dia dah datang sini dan melutut depan you, tau?"

Stella ingat lagi. Zack sudah bersedia dengan kunci keretanya ingin berjumpa Ralfania. Beberapa tapak dia berjalan, akhirnya Zack pengsan juga. Dan selama beberapa hari itu juga, Zack hanya berkurung di dalam biliknya.

Ralfania diam. Entah kenapa, dia mahu mempertimbangkan permintaan Stella.

"Please, Nia. I minta sangat-sangat dengan you, tolong pujuk Zack untuk makan. I... I dah tak tahu nak pujuk dia dengan cara apa lagi, dan I rasa you seorang saja boleh suruh dia makan."

Ralfania mengetap bibir. Dia buntu. Dia tak tahu apa yang perlu dibuat.

Perlukah dia berjumpa dengan Zack?

Perlukah dia berjumpa dengan Zack?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now