QARMIN | 33

926 81 6
                                    

MEREKA berlima keluar dari kereta

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

MEREKA berlima keluar dari kereta. Masing-masing menatap rumah agam Zack dengan mata yang terpukau, kecuali Ralfania.

"Dah. Tak payah nak buat muka terkejut sangat, jom masuk." Kepalanya digeleng. Macam tak pernah tengok rumah masing-masing.

Ralfania sendiri tidak percaya bahawa dia sudah berada di hadapan pintu rumah Zack. Bibirnya dikemam.

Ya, dia setuju untuk menolong Stella. Tetapi bukan atas dasar kasihan pada Zack, tetapi kerana Stella.

Kalau diikutkan hati keras dan kejamnya, dibiarkan sahaja Zack mati kebuluran. Biar tenang sedikit hidupnya.

Loceng ditekan beberapa kali.

Apabila pintu dibuka, Ralfania tersenyum nipis.

"Ya, cari siap..." Leo terkedu. Matanya dikelip beberapa kali dan dia menggosok matanya.

Caspian, Ashraf, Tessa dan Lucian terkebil-kebil. Tidak tahu siapa dan apa hubungan Ralfania dengan lelaki itu.

"Wehhh... nyah!" Leo terus memeluk Ralfania. Menangis dia seorang diri situ. Kakak hotsnya dah balik!

Ralfania menarik senyum. Kepala Leo diusap perlahan. Dia juga rindu dengan budak tak berapa nak matang ini.

Caspian dari tadi memerhatikan budak lelaki itu. Tajam dia memandang tingkah laku Leo. Atas bawah dia melihat Leo.

"Kau sihat?" soal Ralfania sambil mereka melangkah masuk ke dalam rumah Zack. Bahu Leo dipaut.

Leo menggumam ringkas. "Sihat kut. By the way, kau buat apa dekat sini? Rindu aku eh..." usiknya. Pipi Ralfania dicucuk dengan jarinya.

Caspian mendengus kasar. Laju dia berjalan beriringan dengan Ralfania. Lelaki di sebelah kanan Ralfania dijeling.

Apa hubungan Ralfania dengan budak ni?

Ralfania menepis tangan Leo. Wajah jengkel ditayang. "Memang taklah! Aku datang sini pun, sebab..."

"Eh, Nia!"

Mereka berenam mendongak ke atas. Dapat dilihat Stella sedang menuruni tangga.

"Maaf I lambat turun. You tahu kan bilik Zack dekat mana?"

Ralfania mengangguk perlahan. Jantungnya kini mula berdebar. Bahu Leo ditepuk. "Aku naik dulu, nanti kita sembang."

Leo mengangguk laju.

Baru Ralfania ingin melangkah, tangannya dicengkam lembut oleh Caspian. Keningnya dijungkit.

"Jaga diri," pesannya. Kepala Ralfania diusap kasih. Caspian tersenyum segaris.

Ralfania tersenyum senget. "Ya, aku tahulah. Setakat Zack tu... apalah sangat." Sempat dia mengingati insiden di mana dia dan Zack bertarung di gim. Caspian melepaskan tangannya.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Donde viven las historias. Descúbrelo ahora