QARMIN | 23

881 74 4
                                    

RALFANIA tersedar dari lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RALFANIA tersedar dari lenanya. Mata cuba digosok namun terasa tangannya diikat dengan besi. Fikiran Ralfania mulai menerawang mengingati insiden lepas.

Siapa yang culik aku? soalnya sendiri. Hatinya mula berasa tidak sedap.

KREK...

Kepalanya diangkat setelah mendengar pintu dibuka dari luar. Dahinya berkerut halus.

"You're awake, honey? Tidur lena tak?" soal lelaki berusia itu. Tangannya cuba mengusap pipi Ralfania namun pantas Ralfania mengalihkan mukanya.

"Siapa kau?" soalnya dingin, tidak memandang anak mata lelaki itu.

Antonio tersenyum senang. Dia bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Bibirnya menyungging sinis.

"Feisty huh, Tigress?"

"Kau pekak ke, b*doh? Aku tanya, kau nak apa?" Ralfania meninggikan suara. Dengusan kasar dilepaskan.

Antonio mengetap rahang. Berani Ralfania memanggilnya bodoh?

Antonio cuba untuk tidak naik tangan. Jikalau dia naik tangan, mahu lunyai Ralfania dibuatnya. Dia perlukan Ralfania. Kakinya berjalan keluar dari bilik itu. Pintu besi kebal itu ditutup rapat.

⚪⚪⚪

KNOCK KNOCK!

"Masuk," gumam Zack perlahan. Kepala yang sakit sejak tadi hanya dibiarkan.

Jack memasuki bilik bosnya setelah diberi kebenaran. "Bos, saya dah jumpa keberadaan Ralfania."

Terus tercelik mata Zack. Mata helangnya menatap Jack.

"Di rumah milik Antonio." Seperti yang dijangka, Zack melepaskan keluhan berat. Dia bangun membetulkan kemeja kelabu asap miliknya.

"Kita ke sana, sekarang." Tangan dimasukkan ke dalam poket. Diikuti Jack dari belakang, Zack membuka langkahnya.

Apabila melalui pintu bilik yang menempatkan Stella tempoh hari, terus dia bertanya. Kakinya masih lagi berjalan.

"Dia dah pulang?"

Jack mengangguk perlahan. "Mengikut penjejak yang kita letakkan pada telefon pintar Stella, dia berada di rumah Antonio semalam," terang Jack.

Zack mengangguk sekali. Tubuhnya diboloskan ke dalam perut kereta. Dia bersandar pada kerusi kereta, melepaskan lelahnya di situ. Tangan kiri diangkat menutupi separa mukanya. Dia perlu berehat sebentar sebelum dia berkemungkinan bergaduh besar dengan Antonio.

⚪⚪⚪

"DAPAT tak?"

Ashraf menggeleng perlahan. Telefonnya disimpan ke dalam poket.

Tessa berdecit kasar.

"Dia kata nak keluar sekejap saja, kan?"

Ashraf mengangguk. Pelipisnya diurut perlahan. "Pening aku fikir. Lepas seorang, seorang buat perangai. Haih...," keluh Ashraf. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Tessa.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now