QARMIN | 34

898 65 2
                                    

"KITA nak kemana ni, Stella?" soal Ashraf dalam kadar perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KITA nak kemana ni, Stella?" soal Ashraf dalam kadar perlahan. Lama mereka menyepi mengikut langkah Stella.

"Bilik rahsia. Buat masa terdekat ni, I rasa elok kita di sana." Mata Stella tajam memerhatikan sekitar rumah. Pistol diacu ke hadapan.

"Kita tak perlu tolong Zack ke?" Ralfania memecahkan kesunyian lagi. Entah kenapa, hatinya dihurung rasa risau.

Stella mengerling Ralfania sekilas. Senyuman segaris dilakarnya. "He'll be fine," jawabnya ringkas. Tidak mahu menabur janji lebih-lebih.

Sampai di depan pintu bilik Zack, Stella membuka pintu. Tangannya mula mencari-cari butang untuk membuka pintu rahsia. Dia menyuruh Caspian membuka langsir di dinding memandangkan langsir itu berdekatan dengan lelaki itu.

Sebaik sahaja Caspian menyelak langsir, mata mereka disapa dengan sebuah pintu besi kebal yang entah berapa inci tebalnya.

Pintu itu terbuka sedikit, bermakna Stella telah menekan butang tersebut.

"Jom."

Seorang demi seorang masuk ke dalam bilik kebal tersebut. Bilik yang besar itu dapat memuatkan mereka berenam.

"Kau dapat telefon Lucian?" Ralfania bertanya kepada Ashraf. Melihat gelengan dari lelaki itu, Ralfania berdecit. Tangan melingkar ke dada, memeluk tubuh.

"Kita nak buat apa je di sini?" Tessa menyoal. Pistolnya disimpan ke poket jaket kulitnya. Getah rambut yang tersimpan di dalam poket yang sama dikeluarkan sebelum rambut panjangnya diikat tinggi.

"Kita tunggu."

⚪⚪⚪

"AKU dah kata, kan? Dia. Tak. Ada!"

BUK!

"Jangan bohong aku la, b*ngsat!"

BUK!

Tersembur darah dari mulut Zack. Tubuhnya dibongkok, sedikit penat. Dia kini memerah keringatnya melawan Antonio.

Namun, lelaki separuh abad itu masih lagi teguh berdiri. Manakala dia sudah tertunduk penat. Kepalanya digeleng perlahan.

Tak boleh jadi!

Zack bangun semula. Dia berlari ke arah Antonio sebelum satu tangan kanannya ingin menyinggah ke pipi kiri Antonio. Namun belum sempat buku limanya sampai ke pipi Antonio, lelaki tua itu bertindak pantas dengan menggenggam penumbuknya. Zack terkedu di situ.

Antonio menggunakan tangannya yang lagi satu untuk mencengkam lengan Zack dan dia berpusing dua kali sebelum tubuh Zack dihempas kuat ke tanah, menghasilkan bunyi dentuman. Zack mengerang kuat menahan sakit di belakangnya.

Antonio meregangkan kembali tangannya. Tubuh Zack yang agak berat membuatkan tangannya sedikit lenguh.

"You're just a piece of sh*t, Qarizh. Ralfania tak akan terima kau! Kau pembunuh kepada ayah dia dan juga ayah kau sendiri!" Kasut but berwarna hitamnya menekan perut Zack dengan kuat. Wajahnya tidak tercalit sedikitpun rasa simpati.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now