QARMIN | 24

885 81 2
                                    

"TEPI, I kata!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TEPI, I kata!"

"Maaf, Cik Stella. Kami tak boleh benarkan cik masuk!" Lelaki satu yang ditugaskan untuk menjaga bilik Ralfania menekankan perkataan tidak boleh itu kepada Stella.

Stella mendengus kasar. Nampaknya, dia terpaksa menggunakan cara kasar. Tangannya diangkat tanda sekejap.

Getah rambut yang disimpan di dalam poket diambil lalu rambut panjang mengurainya diikat tinggi. Pengawal di hadapan Stella memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Selesai mengikat rambut, Stella melepaskan keluhan berat.

Here goes nothing.

Satu sepakan dilayang kepada lelaki satu menyebabkan kepala pengawal itu terhentak ke dinding. Lelaki dua yang turut bertugas di situ mula panik.

Stella tersenyum sinis. Buku limanya dikepal lalu tumbukan padu daripadanya terkena wajah lelaki dua. Kepala lelaki dua dipegang dan Stella melagakan lututnya, tepat mengenai hidung lelaki dua.

Lelaki satu yang disepak tadi bangun semula. Rambut Stella diranggul kuat.

"Argh!" Stella menjerit kuat. Tangan kirinya menggenggam pergelangan lelaki itu, lalu tangan kanannya menyiku perut lelaki itu sehingga dia tertunduk dan melepaskan rambut Stella.

Stella memusingkan badannya dan sekali lagi dia menyepak kepala lelaki satu. Kali ini, pengawal itu pengsan tidak sedarkan diri.

Setelah memastikan kedua-dua pengawal tadi pengsan, Stella bergerak ke pintu bilik. Kata kunci dimasukkan dan secara automatik, pintu besi itu terbuka.

Stella memandang sayu Ralfania yang terduduk di atas kerusi. Bibirnya dikemam.

Ini semua salahnya.

Air mata dikesat pantas. Segera rantai besi yang melilit pergelangan tangan Ralfania dibuka dengan kunci yang telah dia ambil dari pengawal tadi.

Ralfania tersedar apabila terasa rantai besi itu dibuka. Mulutnya ditekup oleh Stella. Gadis itu meletakkan jari telunjuknya di bibir.

"Jom, I bawa you keluar."

Ralfania terkebil-kebil. Tangannya ditarik oleh Stella.

Mereka berdua tersentak saat gegendang telinga mereka mendengar suara anak-anak buah Antonio dari luar bilik.

"Apa yang terjadi, Stella?"

Air muka Stella tampak risau, membuatkan Ralfania ingin tahu apa yang terjadi di luar.

Stella memandang atas siling. Kerusi yang diduduki Ralfania tadi ditarik. Berhati-hati, dia berdiri di atas kerusi lalu cuba membuka siling. Ralfania hanya memandang, sambil itu anak matanya meliar melihat keadaan luar.

Sebaik sahaja membuka siling itu, satu tangga turun dari situ. Stella tersenyum. Di sini dia bermain bersama Zack dan Matìas semasa kecil.

"Nia, come."

Ralfania mencapai tangan Stella yang sudah berada di dalam siling itu. Sebaik sahaja dia masuk, mula kedengaran derapan kaki menuju ke sel. Cepat-cepat Stella menarik tangga dan menutup siling tersebut. Mereka menutup mulut saat anak-anak buah Antonio memasuki sel Ralfania.

"Mana dia?" tanya salah seorang anak buah Antonio. Lelaki yang sudah pengsan dikerjakan Stella dilangkah begitu sahaja.

"Aku rasa dia tak keluar dari rumah ni lagi. Lagipun, aku dah tutup semua pintu dalam rumah ni," beritahu lagi seorang anak buah Antonio.

"Okay, jom. Kita cari di tempat lain."

Mereka keluar dari bilik Ralfania. Baru sahaja Stella ingin membuka pintu siling itu, kedengaran lagi derapan kaki.

"Weh, kau rasa Nia pergi mana?"

Ralfania menekup mulutnya. Suara itu!

Tessa menggaru kepalanya. "Hm... tak tahulah."

Ashraf mengherotkan bibirnya ke kiri dan kanan. "Aku rasa..."

"Ashraf!"

"Eh, Nia!" Belum sempat Stella ingin menarik tangan Ralfania, gadis itu sudah melompat ke bawah.

Ashraf terkedua melihat wajah Ralfania. Matanya digosok, takut jika ini hanyalah imaginasinya semata-mata.

"Kau buat apa, bongok?" Laju Ralfania memeluk tubuh Ashraf. Tangisannya dilepaskan di dada lelaki yang telah dianggap sebagai abangnya itu.

"Aku rindu kau..."

Ashraf turut mengalirkan air mata. Rambut Ralfania dielus perlahan. "Aku rindu kau juga," balas Ashraf.

Tessa tersenyum nipis. Namun, apa yang menangkap perhatiannya adalah tempat Ralfania melompat tadi.

Setelah memerhatikan Ralfania dari bawah, Stella mengambil keputusan untuk turun ke bawah.

"Siapa ni?" soal Ashraf.

Ralfania mengesat air matanya. Lupa pula dia dengan kehadiran Stella.

"Oh, ini Stella. Stella, ni Ashraf dan Tessa."

Stella tersenyum kekok.

"Kita boleh percayakan dia ke?" soal Tessa, agak ragu-ragu dengan Stella.

"Don't worry, she's my friend." Ralfania melemparkan senyuman kepada Stella. Stella membalas senyuman tersebut.

Ashraf mengangguk perlahan. "Kalau macam tu, boleh tolong kami keluar dari sini?"

Stella terdiam. Bibirnya diketap. Dia tersentak apabila Ralfania menggenggam tangannya.

"Please, Stella?"

Stella menelan liurnya kesat. Beberapa minit, dia mengangguk.

⚪⚪⚪

ANTONIO dan Zack menunggu di ruang tamu. Anak mata masing-masing menikam antara satu sama lain.

Datang Jack dan anak-anak buah Zack yang lain. Melihat gelengan Jack, Zack mendengus kasar.

Manakala Antonio tersenyum kemenangan.

"Tuan, Ralfania dah hilang!"

Kini Antonio pula yang tersentak. Tajam pandangannya menikam anak buahnya.

"Macam mana boleh hilang?" Suaranya mula meninggi. Antonio bangun mencengkam kolar baju anak buahnya.

Zack pula tersenyum sinis. "Apparently, you still don't know who Ralfania really is. She's more foxy than you think."

Zack bangun dari sofa. Tangannya diseluk ke dalam poket. Rambutnya diraup ke belakang.

"Tak apalah, aku balik dulu. Adiós!"

Antonio mengetap rahangnya. Tajam dia memandang belakang badan Zack yang semakin lama semakin menjauh. Satu tumbukan diberi kepada anak buahnya tadi.

 Satu tumbukan diberi kepada anak buahnya tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now