QARMIN | 03

2K 157 64
                                    

TOK TOK!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOK TOK!

Caspian yang sedang enak menikmati keropok Mister Potato tersentak. Laju sahaja tangan menekan butang pada tepi komputernya.

"Welcome back."

Ralfania tersenyum nipis. "Lucian, letak dia dalam bilik tu. Esok kita bawa dia jumpa ayahanda."

Lucian mengangguk sekali dan membawa Mr Yoshi ke bilik yang disebut Ralfania. Ashraf dari tadi sudah meminta diri untuk ke bilik tidurnya.

"Huwa..." Caspian menguap, kantuknya bukan kepalang. Dijeling jam di dinding. Patutpun, sudah hampir pukul tiga pagi.

"Nia, aku mengantuk."

Ralfania menghenyak punggungnya ke sofa. Dahinya berkerut sedikit.

"Tidurlah, tak akan kau nak suruh aku dodoikan?" Ralfania turut menguap. Penat sungguh dia hari ini.

"Aku naik bilik dulu, kau kalau nak tidur jangan lupa buka CCTV dan buka pagar elektrik depan tu, dengar tak?"

Caspian mengangguk lemah. Jari-jemarinya lincah menekan segala butang keselamatan untuk memastikan kawasan mereka selamat dari sebarang ancaman musuh.

"Aku ikut kau!"

"Woi! Kau tidur bawah dengan Lucian. Kau tu lelaki, tak akan nak tidur sebilik dengan aku? Kau nak ayahanda penggal kepala kau ke?"

Caspian berdecit. "Bukan aku nak tidur dengan kau. Malah, aku tak hingin nak tidur sebilik dengan kau. Aku nak pasang alat keselamatan dalam bilik tu."

Ralfania melopong mulut membentuk 'O'. "Tak perlu, nanti aku buat sendiri."

Caspian menggumam. "Suka hati kaulah, aku nak tidur. Lucian, jom."

Big yang hanya tegak berdiri di penjuru bilik mengikut Caspian dari belakang. Ralfania menggeleng perlahan sebelum bergerak ke biliknya. Oh katil, kau tunggu aku datang!

⚪⚪⚪

"HOI, bangun la! Kau tahu tidak hari ni kita nak uruskan Si Yoshi tu!" Geram sungguh Ralfania dengan perangai Caspian. Punyalah yakin mamat ni semalam nak bangun awal pukul enam pagi.

Tetapi apa yang terjadi sekarang? Caspian masih terbongkang atas katil dengan memeluk bantal angry birdsnya.

"Erm mummy, kejap lagi Cas bangunlah..." rengeknya sambil menutup wajah dengan selimut akibat terkena sinaran cahaya matahari.

"Kau ingat aku nak ke kau jadi anak aku? Aku kejut dua tiga kali tak nak bangun." Ralfania mengerling ke luar, melihat Lucian dan Ashraf yang sedang menyiapkan kereta untuk mereka berempat ke rumah ayahanda sekejap lagi.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now