QARMIN | 29

888 72 0
                                    

"YANG ni, macam mana pula?" Ralfania menghalakan telefon pintarnya kepada Caspian

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

"YANG ni, macam mana pula?" Ralfania menghalakan telefon pintarnya kepada Caspian.

Caspian mencapai huluran Ralfania, gambar baju yang terpapar ditatap.

"Hmm... yang tadi lagi okay aku rasa."

Ralfania mencebik, sedikit tidak puas hati dengan komen Caspian.

"Yeke? Aku rasa yang tadi lagi lawa."

"Kalau kau rasa yang tadi lagi lawa, kau pilihlah yang tu." Caspian menyokong kata-kata Ralfania. Dia tidak kisah sebenarnya. Baginya, semua baju yang dipakai Ralfania, semuanya cantik-cantik belaka.

"Ish, kau ni. Betul-betullah!"

"Aku betul-betullah ni."

"Dah tu, pilihlah untuk aku!" Dahi Ralfania berkerut-kerut menahan marah. Suruh pilih je, itu pun susah!

Caspian mengurut pelipisnya. Inilah perempuan. Dah suruh pilih, kata buruk. Bila cakap tak kisah, dimarahnya kita.

"Fine, kau belilah jelah semua. Senang hidup!"

Ralfania menganga sedikit. "Kau tinggi suara dengan aku?"

Caspian menelan liurnya kesat. Habis aku kali ni.

"M... Mana ada, aku..."

"Sampai hati kau! Aku suruh pilihkan baju je, itupun nak marah-marah! Kau tak sayang aku, kan?"

Caspian mulai tidak tentu arah. Melihat air mata yang mengalir di pipi Ralfania, membuatkan dia lebih panik.

"B... Bukanlah! Aku..."

Ralfania menepis tangan Caspian yang ingin mendarat di bahunya. Laju dia berlari ke atas bilik.

"Kau tak sayang aku! Aku pun tak sayang kau!" teriaknya dari tangga dan terus masuk ke bilik, menguncikan diri.

Caspian tercengang. "Apakah..."

DING DONG!

"Delivery mana pula ni? Tessa! Kau ada beli barang online lagi ke, hah?" laung Caspian dari bawah.

"Mana ada, nyah! Minggu ni tak ada duit!"

Dahi Caspian mula bertaut. Kalau bukan orang delivery, siapa pula?

Bunyi loceng berbunyi lagi, kalut Caspian berjalan ke pintu utama ingin membuka pintu.

"Nak apa ya..." Kata-kata Caspian terhenti tatkala kornea matanya disapa dengan wajah yang paling dibencinya.

Wajahnya mulai bertukar beku.

"Kau buat apa dekat sini?"

⚪⚪⚪

ASHRAF menuruni tangga dengan matanya masih tertancap pada skrin telefon. Dia tidak perasan langsung akan kehadiran dua orang tetamu di rumah itu.

"Caspian. Orang delivery datang lag..." Saat dia mengangkat wajah, Ashraf terkedu. Hampir terjatuh telefon di tangannya akibat terkejut.

Stella tersenyum kekok. Tangannya dilambai ke arah Ashraf. "Hai, Ashraf," sapanya sedikit kekok.

Ashraf membalas pandangan Stella. Namun bukan itu yang membuatkan dirinya terkejut. Tetapi, lelaki di sebelah Stella membuatkan dia mengepal penumbuk.

"Kau. Kau buat apa di sini, huh?"

"Ashraf, sebenarnya..."

"It's okay, Stella. I boleh handle." Zack mengangkat tangannya meminta Stella berhenti bercakap. Dia bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Ashraf.

"Zack."

Ashraf memandang sepi huluran yang diberi. Matanya masih menatap tajam wajah yang dibencinya.

Melihat tiada tanda akan hulurannya dibalas, Zack menyeluk tangannya ke dalam poket.

"Aku nak jumpa Nia..."

"H*ll no!" cantas Caspian laju. Dia sedari tadi mendiamkan diri mula naik berang apabila nama Ralfania meluncur di bibir Zack.

"If you want to meet her, you have to go pass us first." Ashraf berkata serius. Walaupun mereka tiada hubungan kekeluargaan, mereka tetap menganggap Ralfania sebagai adik perempuan mereka.

Zack melepaskan keluhan berat. Kalau diikutkan amarahnya, mahu pecah wajah Ashraf dibuatnya.

"What's going on he..." Ralfania terkaku di anak tangga yang terakhir. Wajah yang disangka tidak akan bertemu lagi, kini berada di hadapan mukanya.

Zack baru sahaja ingin melangkah mendekati Ralfania, tetapi terhenti tatkala Caspian mencengkam kolar bajunya.

"Stay here."

Zack menjeling Caspian, menyampah.

"Kau nak apa jumpa aku?" Ralfania mulai berjalan ke arah Zack apabila tersedar dari lamunan. Tangannya naik memeluk dada.

"I need to talk to you..." Zack melilaukan pandangannya ke sekeliling, dan berhenti di wajah Ralfania.

"...alone."

Caspian mulai berasa curiga. Wajah Ralfania dicari, ingin melihat sama ada gadis itu bersetuju dengan permintaan Zack ataupun tidak.

"Kenapa? Kita tak ada ikatan apa-apa pun. Kau nak apa sebenarnya, huh? Kau nak culik aku lagi?" Nada Ralfania mula meninggi. Baru sahaja dia mahu menumbuk Zack, tangan Stella menghalang.

"Listen to Zack first, Nia. This is very important," pujuk Stella lembut. Tangan Ralfania dilepaskan setelah gadis itu mulai tenang.

Ralfania mengeluh berat. "Fine, five minutes!" Lalu dia berjalan ke dapur, dia ingin bercakap dengan Zack di situ.

"Lepaslah!" Zack menepis kasar tangan Caspian yang masih mencengkam kolar bajunya.

Caspian mendengus kasar. "Jangan kau apa-apakan dia. Kalau aku tahu, pecah muka kau!" Caspian memberi amaran.

Zack menggulingkan bebola matanya. "K," balasnya ringkas. Dia menapak ke dapur tempat Ralfania berada.

 Dia menapak ke dapur tempat Ralfania berada

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Onde histórias criam vida. Descubra agora