QARMIN | 04

1.6K 142 40
                                    

KAKI mengatur langkah ke bilik rahsianya, dua orang pengawal yang berjaga di depan pintu menunduk hormat kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI mengatur langkah ke bilik rahsianya, dua orang pengawal yang berjaga di depan pintu menunduk hormat kepadanya. Dia hanya mengangguk dan terus memboloskan diri ke dalam bilik tersebut.

Bibirnya menjungkit sedikit melihat segala jenis senjata api yang bersusun di dinding bilik. Jarinya mengusap glock berwarna hitam emas miliknya.

Penat meninjau barang kesayangannya, dia melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya. Jarinya mengetuk meja. Menghasilkan irama rawak.

KNOCK KNOCK!

Ketukan pada pintu membuat dia tersentak. Wajah anak buah kepercayaannya dipandang.

"Qué es Jack? (What is it Jack?)"

Jack menghampiri bosnya. "Ya han llegado todos, quieres irte ahora? (Everyone has arrived, do you want to go now?)"

Kepala diangguk sedikit sebelum berjalan ke bilik mesyuarat diikuti Jack.

Semua ahli di dalam bilik itu terdiam tatkala melihat dirinya. Hanya bunyi kasut kulitnya berlaga dengan lantai kedengaran.

"Duduk."

Kakinya disilang sambil bermain dengan pen di tangan. Mata ditebar memandang semua ahli.

"Jadi, kau orang tahu bukan kenapa aku panggil kau orang di sini?" Suara garaunya memenuhi segenap ruang. Semua yang ada di dalam bilik itu mengangguk.

"Bulan depan senjata-senjata kita akan diimport ke luar negara. Aku nak proses berjalan lancar. Jangan cuai! Aku tak nak dengar ada masalah, faham?"

"Faham, bos!"

Kepala diangguk sedikit. "Good, bersurai."

Sedikt demi sedikit ruang bilik mesyuarat mulai surut, Si dia masih berada di tempat duduknya. Memikirkan masa depan barangkali.

⚪⚪⚪

RALFANIA meregangkan badannya yang terasa sengal. Sudah lima jam dia tekun memandang skrin komputer di hadapannya.

Tangan tidak habis-habis menggosok mata yang memerah, air kopi di sebelahnya juga sudah habis. Anak mata melirik jam di dinding, hampir tiga pagi.

Tak boleh jadi, aku kena tidur juga!

Komputer ditutup. Muk kopi dibiarkan saja, esok boleh basuh. Kaki dibasuh sebelum naik ke atas katil. Baru saja ingin menutup mata, deringan telefon menghentikan mimpi yang mula bertandang.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now