QARMIN | 31

959 72 5
                                    

MEREKA senyap di dalam kereta ditemani bunyi hujan yang lebat di luar, seakan mengetahui betapa sayunya hati Zack sekarang ini

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

MEREKA senyap di dalam kereta ditemani bunyi hujan yang lebat di luar, seakan mengetahui betapa sayunya hati Zack sekarang ini.

Stella berpaling memandang Zack. Wajah itu menunduk. Dia pelik apabila terdapat air mata yang menitik di tangan Zack.

"Zack, you're okay?"

Stella terkejut saat wajah Zack yang sudah comot dengan air mata. Pantas dia mengelap air mata itu.

Buat pertama kalinya, Zack menangis. Sebelum ini, tidak pernah sekalipun Stella nampak Zack mengalirkan air mata kerana menganggap lelaki itu tiada perasaan.

Namun, Stella silap. Zack juga seorang manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan. Sejauh manapun lelaki itu berselindung, pasti ada hari lelaki itu akan jatuh.

"Shh... It's okay..." Stella menenangkan Zack. Lelaki itu menyembamkan wajahnya di bahu Stella. Stella mengusap lembut rambut Zack. Soft spot lelaki itu.

Jack hanya memandu dengan tenang. Dia tidak tahu apa yang terjadi di dalam rumah kerana dia berada di luar. Cuma kadangkala sahaja dia mendengar Ralfania berteriak seperti memarahi seseorang. Dia dapat rasakan yang bosnya dimarahi Ralfania. Faktornya, dia tidak ketahui.

"I bunuh ayahanda, Stella. I sedih, I kecewa, I marah dengan diri I sendiri bila lihat wajah adik I. Muka Nia, dia nampak kecewa sangat-sangat..."

"I tak dapat maafkan diri I, Stella. I betul-betul orang yang tak guna!"

Stella menahan air matanya dari turut mengalir. Dibiarkan sahaja Zack meluahkan segalanya, sesekali dia memujuk Zack supaya bertenang.

"I tak guna, Stella! Anak tak guna, abang tak guna!"

Stella mengetap bibir. Lidahnya kelu ingin berkata-kata. Tangannya tak habis-habis mengusap rambut Zack.

Jack memandang bosnya dari cermin pandang belakang. Sungguh lemah dia lihat bosnya kini. Tidak pernah dalam sejarah hidupnya melihat bosnya begini. Dia harap semuanya akan baik-baik sahaja.

⚪⚪⚪

"NIA, makanlah," pujuk Caspian untuk keberapa kali pun dia tak tahu. Dari tadi, Ralfania hanya berbaring mengiring. Tidak mahu bertentang muka dengan sesiapa.

Termasuklah dirinya.

"Jasmin Ralfania," panggil Caspian. Kali ini sedikit tegas.

"Aku tak nak makan." Ralfania tetap dengan pendiriannya. Dia tak kisah jikalau Caspian marah dengannya sekalipun.

Caspian pasrah. Rambutnya diraup ke belakang sebelum dia bangun dari katil. Makanan yang masih tidak terusik dibiarkan sahaja di meja nightstand.

"Aku tinggalkan aje makanan ni. Please, jangan biarkan perut kau kosong." Caspian sedikit merayu. Belakang badan Ralfania ditatap sayu.

Mendengar gumaman Ralfania, Caspian melepaskan keluhan berat.

"Aku keluar dulu."

Ralfania tidak berpaling, mahupun memanggil Caspian kembali. Setelah memastikan pintu ditutup rapat, Ralfania berbaring menelentang. Siling bilik ditatap kosong.

"Aku abang kau, Jasmin Ralfania."

"Kenapa kau sanggup bunuh ayahanda, hermano?"

Air mata mula bergenang kembali. Sukar untuk dia terima kenyataan ini.

⚪⚪⚪

CASPIAN, Ashraf, Lucian, dan Tessa termenung sendirian di ruang tamu. Masing-masing masih terkejut dengan berita yang baru sahaja disampaikan petang tadi.

"Macam tak percaya je Si Zack dengan Ralfania tu adik-beradik."

"Kan? Tapi, Ralfania sendiri mengaku. Kita tak boleh nak buat apa-apa." Ashraf meneguk air kosong di dalam botolnya. Hampir mereka semua terkejut, terkedu, terkentut apabila Ralfania sendiri mengaku Zack adalah abangnya.

"How is she? Nia dah makan?" soal Tessa kepada Caspian. Dari tadi lagi lelaki itu diam tak berkutik.

Caspian menggeleng perlahan. "Nak pandang muka aku pun tak nak," tuturnya perlahan. Bibir tercebik sedikit

Keadaan kembali terjeda. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Secara tiba-tiba Lucian mendapat satu panggilan. Dia bangun dari sofa, berjalan naik ke bilik.

Caspian yang perasan memerhatikan tingkah laku Big. Dia bertembung mata dengan Tessa.

Tessa turut membalas pandangan tersebut.

"Kau orang asal main mata macam tu? Seram dowh..." Ashraf mengusap lengannya. Seram sejuk jadinya melihat kedua rakannya bermain mata begitu.

Tessa tersenyum sekilas. "Tak ada apalah." Terus, dia bangkit dari sofa, ingin ke biliknya.

"Aku pun nak tidur, mengantuk!" Caspian meregangkan badannya, lalu meninggalkan Ashraf yang masih curiga dengan mereka berdua.

Ashraf mengusap dagu. "Dia orang... ada tahu apa-apa ke?"

 ada tahu apa-apa ke?"

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Onde histórias criam vida. Descubra agora