QARMIN | 42

976 67 6
                                    

DAHI Ralfania disentuh lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAHI Ralfania disentuh lembut. Caspian mengukir senyum.

"Kau dah sihat ni," beritahunya.

Ralfania mengebilkan mata. "Dah sihat ke? Cepatnya!"

Dahi Caspian berkerut. "Habis tu? Tak akan kau nak demam sampai bila-bila?" Pelik-pelik betullah orang perempuan ni. Boleh pula nak demam lama-lama.

"Aku okay je kalau demam lama-lama! Sebab kalau aku dah sihat, aku tak dapat makan nasi goreng kau..." Ralfania menundukkan kepalanya. Perutnya diusap perlahan. Lapar...

Terletus tawa Caspian. Rambut Ralfania diserabutkan. "Kau ni, mengada-ngada betul! Kau nak makan apa-apa pun, cakap je dekat aku. Tak payahlah nak tunggu demam."

Ralfania memanggungkan kepala. Matanya bersinar-sinar.

"Betul ni?" soalnya menginginkan kepastian.

"Ya, sayang..." Hah, kau. Kan dah kena sayang. Ralfania menundukkan kepalanya balik. Haish, malu!

"Siapa sayang kau?" Ralfania memberanikan diri menentang anak mata Caspian.

"Tak ada siapa. Kau tak kenal pun."

Ralfania memincingkan mata. Dah sayang tu, cakap jelah!

"Whatever. Aku nak makan!" Ralfania bangun dari kerusi, meninggalkan Caspian seorang diri.

"Tak kenyang-kenyang lagi ke minah tu? Tadi dah dua mangkuk maggi dia habiskan," gumam Caspian perlahan. Bela saka ke apa Si Ralfania tu?

⚪⚪⚪

QARIZH mengambil tempat duduk di luar rumah Leo. Sudah lama dia tidak keluar menghirup udara segar. Badannya diregangkan sedikit.

Nafas dihela perlahan. Isi pipi ditolak dengan lidah.

"Aik, apa tu?" soalnya sendiri. Kaki menapak ke arah sebuah kotak bersaiz sederhana yang terletak elok di atas rumput. Berhati-hati Qarizh ingin mendekati kotak tersebut.

Sebaik sahaja kotak itu dibuka, keningnya dijungkit melihat sepucuk surat di dalamnya. Isi surat itu dibaca.

Lama kelamaan, rahangnya diketap.

"Sh*t." Qarizh membuka langkah besar. Belum sempat dia ingin membuka pintu, satu benda keras memukul belakang kepalanya.

Kedengaran suara seseorang memberi arahan sebelum semuanya bertukar gelap.

⚪⚪⚪

"ASHRAF, nampak Qarizh tak?" soal Ralfania sambil melilaukan matanya. Hatinya dari tadi berasa aneh. Buku lima dikepal erat.

"Tak ada pula. Asal?"

Ralfania mengeluh. Dia berdiri di sisi Ashraf. "Aku rasa tak sedap hatilah..."

Berkerut-kerut dahi Ashraf. Jangan dibuat main dengan firasat Ralfania. Kadangkala apa yang dirasakan gadis itu mempunyai maksud tersirat.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now