QARMIN | 21

923 79 13
                                    

"EH, Lu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"EH, Lu. Kau nak pergi mana?" soal Ashraf sebaik sahaja dia melihat Lucian. Lelaki itu seperti ingin keluar.

Lucian berhenti melangkah. Fikirannya ligat mencari alasan yang munasabah.

"Aku... kena jumpa seseorang."

Caspian yang fokus menatap skrin komputer riba, mengangkat kepala. Wajahnya yang sudah berkumis sedikit menayang wajah pelik.

"Seseorang?? Siapa pula ni? Kau kata nak tolong aku periksa CCTV rumah Zack, kan?" Suara Caspian sedikit tidak puas hati. Dia menapak ke hadapan, berhenti betul-betul di hadapan Big.

Caspian dulu, tidak sama lagi dengan yang sekarang.

Caspian Alinsky yang ceria, happy go lucky, kelakar, Caspian yang bengong, dah hilang.

Yang tinggal hanyalah seorang Caspian Alinsky yang serius, tegas, mudah melenting dan hanya fokus tentang misi membawa Ralfania balik.

Lucian mengeluh perlahan. "Bagilah aku keluar Cas, sekejap saj..." Kata-katanya terhenti apabila Caspian mencengkam bajunya. Mata itu mula merah menyala.

"Kau lagi pentingkan kawan b*doh kau tu dari Ralfania, huh?"

Lucian mengetap bibirnya. Ini yang dia tidak suka dengan perangai Caspian sekarang.

"Caspian, bagilah Lucian keluar sekejap. Dia pun kata tak lama, kan?" Ashraf memaut bahu Caspian, cuba menenangka lelaki itu.

Caspian tersenyum sinis. Baju Lucian dilepaskan kasar. "Blahlah kau, semak pulak aku tengok muka kau," halau Caspian. Matanya tidak lagi menatap wajah Lucian.

Big memberi isyarat kepada Ashraf untuk dia keluar, lelaki itu mengangguk.

Baru selangkah dia menapak, kedengaran Caspian bersuara sekali lagi.

"Satu lagi, panggilan 'Cas' tu, hanya Jasmin Ralfania seorang saja boleh panggil. Tak ada sesiapa yang boleh panggil aku dengan paggilan itu selain dia," kata Caspian dengan matanya dipakukan pada skrin komputer ribanya. Wajahnya serius ketika itu.

Lucian mengangguk pasrah. Dia melangkah keluar dari rumah agam itu.

⚪⚪⚪

RALFANIA melangkah keluar dari biliknya. Fikirannya masih lagi terganggu dengan mimpi yang dialaminya semalam. Sudah lama mimpi itu tidak mengacau dirinya beberapa tahun yang lalu.

"I... Ibu..."

"Adik, dengar cakap ibu. Adik kena jaga ayahanda ya sayang, jangan sesekali buat ayahanda marah. Kesian ayahanda. Satu lagi, tolong... Argh!"

"Luna!"

"Ibu, ibu jangan tinggalkan adik ibu... Tsk... Ibu dah janji..."

Laju Ralfania menggeleng kepala. Tidak mahu merunsingkan kepalanya, Ralfania bergerak turun ke dapur.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now