QARMIN | 07

1.1K 101 79
                                    

"YES, everything's fine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YES, everything's fine."

Ralfania berhenti melangkah saat gegendang telinganya menangkap suara Ashraf di dalam bilik lelaki itu. Perlahan-lahan dia menekapkan telinganya di pintu bilik Ashraf.

"She won't get away."

Dahi Ralfania berkerut halus. She?

"I understand, master."

Makin berlapis dahi Ralfania. Master apa pula ni? Master chef?

"Hoi, mengendap!"

PANG!

"Mama..." rengek Caspian sambil mengusap pipinya yang ditampar Ralfania. Kuat betul tamparanmu wahai kaum wanita!

"Kau apahal sergah aku macam tu?" soal Ralfania, geram.

Caspian mencebik bibir. "Dah kau mengendap Si Ashraf, itu yang aku tegur. Kau... suka Ashraf ke?"

Mata Ralfania membulat. Bahu Caspian dipukul kuat.

"Sakit la gila!"

"Memanglah sakit. Sakit lagi hati aku ni, tahu tak! Boleh sakit jiwa aku bercakap dengan kau!"

"Eloklah, nanti aku hantar kau ke hospital sakit jiwa. Kawan kau ramai dekat sana, kan?"

BUK!

"Argh!" Caspian terjatuh ke lantai akibat tumbukan padu seketul Jasmin Ralfania. Tolong, saya dibuli!

Ralfania tersenyum sinis. Baru sahaja dia ingin mengendap Ashraf semula, lelaki tinggi mengalahkan galah itu sudahpun berdiri di hadapan pintu. Ralfania menelan liurnya.

Ashraf memandang Ralfania dan Caspian bersilih ganti. Dahinya berkerut sedikit.

"Asal kau orang duduk depan bilik aku ni?" soalnya, pelik.

Ralfania tersengih. "Tadi ingat nak ajak kau makan, tapi Caspian ni ajak gaduh pula."

Caspian yang masih terbaring di atas lantai itu mencebik. Mengapa diri ini juga yang dipersalahkan?

Ashraf mengangguk. "Jom makan."

Ralfania tersenyum. "Nak naik belakang kau!"

Ashraf berdecit, sebelum dia mengangguk. Tubuhnya dibongkok sedikit sebelum tubuh Ralfania naik di belakang badannya.

Ralfania tersengih suka. Kedua tangannya dilingkarkan ke leher Ashraf. Hidupnya dari kecil dikelilingi lelaki, beginilah jadinya.

Caspian yang sudah bangun dari perbaringan mencebik. Mentang-mentanglah dia perempuan, mengada lain macam!

"Aku tahu kau kutuk aku. Jangan cemburu ya, sayang?" ujar Ralfania dari depan. Dia tersenyum mengejek.

Caspian mendengus kasar. Tak apa kau, kau tunggu.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now