QARMIN | 11

1K 92 45
                                    

"PEREMPUAN?"

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"PEREMPUAN?"

Jack mengangguk, mengiyakan kata-kata bosnya. Luka di pipinya sudah dirawat. Setakat bergaris begitu, apalah sangat.

Berkerut-kerut dahi Zack. Masih tidak percaya dengan apa yang diperkatakan Jack.

"Dia ada anak perempuan?"

Kini, Jack pula berkerut. "Bos... tak tahu ke?"

Perlahan-lahan, Zack mengusap parut yang berada di belakang kepalanya. Dia benar-benar bingung sekarang ini.

"Kau blah boleh tak? Semak tengok muka kau!"

"Apa yang susah, adik cuma nak main dengan abang aje! Salahkah?"

Zack memegang kepalanya. Dia berdesis kuat. Suara itu...

"Hermano! (Abang!)"

"Argh!"

"B... Bos okay tak?" Jack yang berura-ura ingin membuka langkah ke arah bosnya terhenti tatkala Zack mengangkat tangan kanan, menyuruhnya berhenti.

"T... Tak perlu. Kau k... keluar."

Jack mengangguk. Segera dia keluar dari bilik bosnya.

Berkerut-kerut dahi Zack menahan sakit. Kepalanya dipegang. Mengapa sakit sungguh kepalanya ini?

"Zack!"

Stella yang kebetulan ingin memanggil Zack, terkejut apabila melihat keadaan lelaki itu.

"Y... You okay tak ni?"

"You nampak macam I ni okay ke?" Zack mencerlung Stella tajam. Tengah sakit begini pun masih bertanya soalan yang tidak berasas.

Stella tersenyum kecil. "S... Sorry I... Oh my god!" Stella menjerit kecil apabila tubuh tegap Zack seperti mahu menghempapnya. Laju dia memapah lelaki itu ke sofa.

⚪⚪⚪

MATA bundarnya tidak habis menatap langit yang mendung. Gerimis yang jatuh ke bumi petang itu bagai mengetahui jiwanya yang bagai dicarik-carik dengan belati.

Air mata yang kembali menitik dikesat dengan hujung baju dress berwarna hitamnya. Sakit jiwa dan raganya menatap wajah Si Ayah beberapa jam yang lalu. Wajah itu tiada rupa manusia. Penuh dengan darah dan seperti dibakar separuh mukanya.

Tidak dapat dia lupakan wajah ayahandanya dari kotak fikiran. Ralfania menyembamkan wajahnya ke lutut.

Ayahanda...

"I'll be back soon. Jangan nangis, ya?"

"Jaga diri, jangan mati. Balik sini dengan tubuh badan yang sempurna. Kalau ayahanda tak balik, Nia tak nak kawan ayahanda!"

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu