QARMIN | 09

1K 97 46
                                    

"KAU sabar sikit, boleh tak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU sabar sikit, boleh tak?"

"Kau nak aku sabar macam mana lagi, Caspian? Aku tahu makna bangkai tu!"

Caspian meraup rambutnya ke belakang. Nada suaranya cuba dikawal supaya tidak meninggi.

"Kau fikir aku tak tahu ke? Aku pun tahu! Tapi, kau janganlah gelabah sangat!"

Ralfania mengetap bibir. Dia duduk dari berjalan kehulur kehilir tadi. Pelipisnya diurut perlahan, pening.

"Tak, sekarang ni ayahanda mana? Dari dua hari lepas dia tak balik, dia pergi mana!" Ralfania rasa mahu nangis. Kalau berkaitan ayahandanya, cepat sahaja dia beremosi. Tubir matanya mulai panas.

"Hei, hei... Jangan nangis. Aku pasti, ayahanda selamat." Caspian mengesat air mata Ralfania yang mulai mengalir. Dia tersenyum nipis.

"Kalau dia selamat sekalipun, telefon la! Ini tidak, satu mesej pun tak ada!" Ralfania mula merengek bagai Si Kecil mahukan ibunya. Wajahnya ditekup dengan tangan.

Caspian pula bertindak sebagai penenang. Puncak kepala Ralfania diusap perlahan.

"Aku nak ayahanda..." Lengan Caspian digoncang beberapa kali. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.

"Shh... Dah. Kau rehatlah, nanti kalau kau apa-apa tekan aje butang dekat tepi ni." Caspian menunjuk ke arah butang berwarna hijau di meja nightstand bersebelahan katil Ralfania. Perlahan-lahan tubuh Ralfania dibaringkan. Ditepuk-tepuk bahu gadis itu sehingga gadis itu terlena.

Lampu di meja nightstand ditutup lalu dia keluar dari bilik Ralfania.

"How is she?" soal Ashraf sebaik sahaja kelibat Caspian keluar dari bilik. Dia dan Lucian hanya menunggu di luar bilik.

Caspian melepaskan keluhan berat. "Not so good. Kau orang... tahukan makna bangkai tu?"

Perlahan-lahan, Ashraf dan Big mengangguk.

Salah satu cara untuk musuh menghantar mesej adalah dengan menghantar bangkai. Ia terbahagi kepada dua, bangkai haiwan atau manusia. Jikalau bangkai haiwan, salah seorang daripada mereka tentu sedang mengalami kesusahan. Dan jikalau bangkai manusia, sudah tentu bangkai manusia itu merupakan orang yang telah dibunuh oleh musuh.

Mereka bertiga bergerak ke meeting room. Ingin berbincang tentang hal ini.

"Jadi, kau orang rasa ayahanda kena tangkap dengan musuh?" soal Ashraf.

Lucian mengangguk. "Betul juga, ayahanda pun pernah bagitahu kita yang dia ada ramai musuh sejak isterinya meninggal. Jadi, tak hairanlah kalau ayahanda kena tangkap dengan salah seorang musuhnya."

Terangguk-angguk kepala Ashraf mendengar kata-kata Lucian. "Betul. Tapi soalan dia sekarang, siapa penculik tu, dan kenapa dia culik ayahanda?"

"Mungkin... kerana dendam?" Caspian menyambung kata-kata Ashraf. Mereka terjeda sebentar.

𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now