QARMIN | 14

924 83 16
                                    

ZACK menjungkit kening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZACK menjungkit kening. Anak-anak buah Daniel ditatap datar.

"Sorry?"

"We have to take this lady with us." Salah seorang daripada mereka bersuara lagi.

Ralfania mengetap bibirnya. Dia cuba berlagak tenang. Badannya bagai direnjat dengan elektrik tatkala tangannya digenggam Zack. Matanya bulat memandang lelaki itu.

"She's with me. You all can go."

Ralfania menganga sedikit, sebelum dia menukar riaksi wajahnya. Tak tahulah dia perlu bersyukur ataupun risau sekarang ini.

Anak buah Daniel menjungkit kening. Mereka membalas pandangan sebelum mengangguk sekali.

"Sorry for disturbing you, sir." Badan ditunduk hormat. Mereka kemudian beredar meninggalkan Ralfania dan Zack berdua.

"Thanks." Ralfania tersenyum pendek. Tangannya dilepaskan. Baru sahaja dia ingin beredar, tangannya ditarik oleh Zack. Dahinya berkerut.

"Hold still, señorita." Tangan Zack mengambil sesuatu di telinga gadis itu. Alat yang digunakan Ralfania untuk berkomunikasi dengan yang lain itu sudah berada di tangan Zack.

Ralfania mengawal nafasnya. Pandangan Zack membuatkan dia sedikit gugup. Ralfania cuba menenangkan diri. Dalam keadaan begini, dia tidak harus bergerak membuta tuli.

"Give me back my things."

Zack tertawa, sinis. Nampaknya, gadis di hadapannya ini bukan calang-calang orang. "Who are you? Who sent you?"

Ralfania menggigit bibirnya halus. Cepatlah...

BUK!

Tumbukan padu daripada Lucian membuatkan Zack jatuh menyembah tanah.

Ralfania melepaskan dengusan kasar. "You're late," rungutnya. Alat di tangan Zack diambil lalu disumbat ke telinganya semula.

"Sekurang-kurangnya aku datang juga, kan?" Lucian mengerling Ralfania sebentar. Kot pelayannya dibuka, panas.

Ralfania menekan butang di alat kecil di telinganya.

"Ha, kau! Kau okay tak? Ada kena tumbuk ke apa ke? Itulah kau, aku dah cakap jangan tutup mic, asal kau tutup juga!"

"Eee... Diamlah!"

"Haih... Kau orang tahu tak. Kau orang yang gaduh, aku dengan Lucian terjebak sekali tau? Bising tahu tak dengar suara nyaring kau orang berdua?" Perlahan Ashraf menuturkan kata-katanya. Dari tadi naik bingit telinganya mendengar pertengkaran daripada dua ketul manusia itu.

"Whatever, now..."

WENG...!

Ralfania tersentak, begitu juga dengan yang lain. Itu bunyi siren.

"What happened?"

Caspian meneliti komputer ribanya. Carutan kecil terbit di bibirnya.

"Aku rasa, dia orang dah tahu fasal penyamaran kita." Caspian memegang kepalanya. Bagaimana dia boleh tidak perasan!

Tiba-tiba kedengaran seseorang ketawa sinis. Ralfania menoleh ke belakang.

"You can't run now," ujarnya bongkak. Darah di tepi bibirnya dilap dengan belakang tangan.

Ralfania mengetap rahangnya. Matanya meliar memandang sekeliling. Van mereka berada agak jauh dari belakang dewan. Pengawal-pengawal tadi pasti sudah mengawal di seluruh tempat. Buku limanya dikepal kuat.

"Ralfania, aku jumpa jalan pintas. Bila aku bagi signal, kau lari ke kanan." Caspian bersuara.

"You know what? You can escape from here."

Ralfania memandang Zack. Dahinya berkerut.

"Come with me. Your friends can go without you." Zack tersenyum, penuh tersirat. Rambut ditebak ke belakang.

Lucian memandang Ralfania. Kepalanya menggeleng, menyuruh jangan mengikut kata-kata Zack.

Keluhan berat dilepaskan. Anak matanya memandang Lucian, menghantar pandangan yang sukar ditafsir.

Mata Lucian meluas sedikit. "No..."

"Sorry." Alat di telinganya dicabut lalu diberi pada Lucian. Ralfania tersenyum segaris.

"Nia!" Lucian menjegil mata.

"Go! Nanti aku balik."

Lucian mengeluh lemah. Bibir diketap, sebelum dia berjalan meninggalkan Ralfania dengan hati yang berat.

Ralfania melihat Lucian sehingga lelaki itu hilang dari kornea mata. Nafas dihela berat, ikatan sanggul dilepaskan.

Zack tersenyum sinis. Kepala digeleng perlahan. Pinggang Ralfania dirangkul, tetapi pantas gadis itu menepis.

"I can walk myself." Nadanya sungguh menyampah dengan kelakuan Zack. Rangkulan Zack pada pinggangnya dilepaskan.

⚪⚪⚪

PRANG!

Lucian dan Ashraf hanya duduk menunggu di hadapan pintu bilik itu. Sudah masuk satu jam Caspian berada di dalam biliknya berteriak bagai orang hilang akal. Pelbagai bunyi kedengaran dari dalam. Kaca pecah, kayu patah, barang terjatuh, semuanya.

Ashraf mengeluh perlahan. "Lu, kita kena masuklah. Dah lama sangat ni."

Lucian mengangguk. Kunci pendua yang berada di dalam poket diambil.

"Sh*t, Caspian. Apa kau buat ni?" Dengan berhati-hati, Ashraf berjalan ke arah Caspian yang terduduk di sudut bilik dengan memegang kepalanya. Lantai yang penuh dengan kaca menghalang dia untuk berjalan dengan laju.

Mendengar esakan Caspian, Ashraf memeluk bahu rakannya itu.

"Semua salah aku... Semua salah aku..." Dia mengulang-ulang apa yang disebutnya. Ashraf mengemam bibir.

"Janganlah macam ni, bukan salah kau..."

"Salah aku! Aku gagal lindungi dia! Aku dah mungkir janji dengan ayahanda..."

"Apa bengap sangat kau ni, Caspian? Benda senang pun tak reti nak buat." Caspian mengutuk dirinya sendiri. Rambutnya dicengkam kuat.

Ashraf menggigit bibir bawahnya halus. Dia hanya mampu menepuk bahu Caspian sambil mengucap kata-kata semangat. Dia dan Lucian berbalas pandangan.

Nafas dihela kesal.

Nafas dihela kesal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍Where stories live. Discover now