S.E.B.I.C.M.5️⃣

1.5K 103 47
                                    

Seminggu kemudian...

"mak tolong Rizal mak!!" Jerit seorang budak yang berada di dalam cengkaman seorang lintah darat.

"Lepaskan anak aku!! Kami berdua dah tak ada apa apa kaitan lagi dengan jantan tu! Dia yang berhutang patutnya dia yang kau cari!! Bukan kami!!"

Lelaki itu mencengkam leher Rizal. Rizal mengerang kesakitan apabila terasa seperti sesuatu yang tajam ditoreh dilehernya.

"Kau nak bayar hutang tu ataupun kau nak nyawa anak kau melayang?"

Wanita itu mula panik ketika matanya melihat cecair merah mengalir dari leher anaknya.

"Ak-aku tak ada duit. To-tolong bagi aku masa"

"Masa? Aihh, kau kan pelacur? Takkan takde duit se-sen pun?"

"Sumpah! Memang aku takde duit sekarang ni. Tolong la bagi aku masa untuk aku selesaikan hutang tu. Lepaskan anak aku, dia tak berkait pun dengan hal ni. Dia masih muda. Umur dia pun baru cecah 15 tahun."

Lelaki itu mengetuk ngetuk jari telunjuk ke dagunya. Seolah olah sedang berfikir dengan rayuan wanita tadi.

Matanya mula memerhati dari bawah keatas, kemudian beralih pula ke muka wanita itu. Cantik. Omelnya.

Beberapa detik kemudian, dia mendapat idea kejam.

"Berapa umur kau?"

Wanita itu terdiam. Pahal tanya umur aku pulak ni? Omelnya.

"28 tahun, ke-kenapa?"

"Aku boleh lepaskan budak ni..." Mata mengerling kearah Rizal. Senyuman senget terukir dibibirnya.

"...dengan syarat kau layan aku" bisiknya perlahan. Cukup dia dan wanita itu sahaja yang mendengarnya.

Dalam keterpaksaan, wanita itu mengangguk setuju dengan aliran air mata dipipinya.

"O-ookay"

Senyuman sinis terukir dibibirnya lalu lelaki itu menarik kasar tangan wanita tadi memasuki bilik tidur di dalam rumah kayu itu. Rizal mula meronta ronta agar terlepas dari pegangan anak buah lelaki kejam tadi. Tapi malangnya itu adalah sia sia.

"Mak!! Jangan mak!! Rizal merayu dengan mak!! Mak!!" Laju air mata mengalir membasahi pipinya. Akhirnya rontaannya terhenti kerana lelah.

"Makkk Rizal sayang mak. Jangan.." rintih Rizal.

Setelah beberapa jam, akhirnya lelaki tadi keluar daripada bilik tidur. Matanya mengerling kearah orang kanannya sambil mulut dimuncungkan kearah dalam bilik.

Orang kanan lelaki tadi mengangguk perlahan sebelum dia membawa 2 orang lelaki lain bersamanya memasuki bilik tidur tadi.

"Korang nak pergi mana?! Woi!! Tu bilik mak aku lah!! Keluar!!" Jerit Rizal.

"Korang nak apa lagi ni?!" Jerit mak Rizal pula.

Beberapa saat kemudian..

Bang!

Bang!

Bunyi 2 das tembakan menyapa telinga Rizal. Rizal diam terkaku diatas lantai. Pegangan dilepaskan apabila 3 orang lelaki keluar dari bilik itu. Pantas Rizal bangun dan meluru masuk.

Sebaik sahaja memasuki bilik maknya, dia tergamam. Perlahan lahan badannya melorot jatuh ke lantai. Air mata kembali berlinang di kelopak mata.

"M-mak? Mak?! Ya Allah!! MAK!!!" Rizal meraung raung diatas lantai sambil matanya tak lepas dari memandang mayat maknya yang dibaluti selimut.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now