S.E.B.I.C.M.2️⃣9️⃣

812 59 57
                                    

Hari demi hari Melissa semakin ketakutan. Semakin lama, semakin banyak surat ugutan yang sampai kepadanya.

Hendak melaporkan kepada pihak polis? Tak! Tidak mungkin dia harus memberitahu kepada pihak polis kerana semua ini bermula dirinya.

Dia berjalan kehulu kehilir di dalam biliknya. Ibu jari kanan digigit berkali kali sehingga kuku runcing miliknya menjadi pendek mencecah isi.

Dia tersentak apabila pintu bilik diketuk oleh seseorang dari luar. Lama dia mendiamkan diri sehingga bunyi itu hilang dari deria pendengarannya.

Dia berhalan perlahan mendekati pintu lalu telinganya dilekapkan pada pintu bilik tersebut. Tiada suara apa apa. Dahi licin miliknya berkerut keliru.

"Mel, keluar la. Ni Zaf." Satu suara garau menyapa deria pendengarannya.

Tangan yang baru sahaja mahu memulas tombol pintu bilik, segara ditarik laju dan menjauhi pintu tersebut. Kepala digeleng laju.

"Tak, tak. Ni bukan suara abang." Gumamnya perlahan.

"Melissa! Buka pintu ni, Melissa!" Jerit satu lagi suara yang nyaring. Suara itu kedengaran agak marah.

Bertalu talu pintu bilik itu diketuk tanpa henti. Semakin lama, semakin kuat. Bunyinya seperti pukul dengan sesuatu yang keras.

Setapak demi setapak dia berundur ke belakang. Tangan naik meramas rambut panjangnya yang sudah sedia berserabut.

Dia duduk di sambil memeluk lutut dibelakang almari dengan mata yang merembeskan mutiara jernih.

"Pergi. Pergi! Pergi!" Jeritnya.

"Kak! Kakak!!"

"Pergi!!" Serentak dengan itu mata Melissa terbuka luas. Felissa yang sudah sedia memakai telekung solat menghiasi kornea matanya.

"Kakak, kakak okay? Kenapa kakak tidur masa maghrib ni?" Soalnya lembut sambil tangan mengelap peluh di dahi kakaknya.

Melissa menepis kasar tangan Felissa. Muka dipalingkan kearah tingkap bilik yang sedia terbuka.

"Kenapa kau ada kat sini?" Soalnya kasar.

"Felly dengar kakak jerit dari bawah. Tu yang Felly naik. Kakak boleh solat ke tak? Jom solat jemaah dengan walid dengan umi."

"Kau pergi la. Aku tak boleh solat." Balasnya perlahan.

Felissa hanya tersenyum manis. Dia suka dengan perangai Melissa sekarang. Jauh lebih baik dari Melissa yang dulu. Entah hantu apa yang merasuk kakaknya sehingga berubah 360°.

Melissa tidak lagi mudah melenting dengannya, sentiasa bercakap dengan nada suara yang perlahan walaupun kasar. Tidak mudah marah seperti dulu. Melissa juga tidak lagi menyindir dan bercakap dengan nada yang sinis dengannya.

Namun, dalam gembira itu, terselit kerisauan dalam hatinya terhadap gadis itu. Keadaan gadis itu semakin lama semakin tidak terurus. Selalu berkurung di dalam bilik.  Dia juga sering mengalami mimpi ngeri hampir setiap malam.

Pernah disuruh untuk menceritakan kepada dirinya atau berjumpa yang lebih pakar, tetapi Melissa lebih memilih untuk mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik.

Walid dan umi mereka pula langsung tidak kesah dengan keadaan Melissa. Yang mereka tahu, hanya memarahi, mengherdik dan menghina darah daging sendiri. Sama ada walid mahupun umi.

Jadi, siapa lagi yang harus menjaga kakaknya itu kalau bukan dirinya. Sebenci apa pun Melissa kepada dirinya, Melissa tetap kakaknya. Satu satunya kakak yang dia ada.

"Kenapa pulak kakak tak boleh? Kakak cuti?" Soalnya polos.

Felissa memerhati Melissa yang kelihatan seperti teragak agak untuk menjawab.

"Ak-aku l-lupa cara nak s-solat." Gumamnya perlahan.

Felissa duduk di hadapan kakaknya lalu meraih tangan kanan gadis itu. Senyumannya semakin melebar.

"Jom, solat dengan Felly. Felly akan tolong kakak. Sekarang pergi mandi." Tuala putih bersih milik Melissa diambil lalu disangkut pada leher gadis itu seraya tangannya menaruk lembut tangan kakaknya menuju ke bilik air.

"Nanti dah siap mandi, Felly ajarkan cara nak ambil wudhuk."

"Okay." Pintu bilik air ditutup perlahan.

Felissa tersenyum puas.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Terima kasih."

🦠🦠🦠🦠🦠 ( Covid tumpang lalu 🤣🤣. )

"Sampai bila kau nak stalk dia macam ni? Sampai bila kau nak sembunyikan kewujudan kau macam ni? Sampai bila Laura, sampai bila?" Soal Bella bertubi tubi.

Ben, Lourist dan Rizal hanya dia memerhati Luara yang diam membisu dari tadi.

"Kau tak kesiankan daddy ke? Daddy separuh mati rindukan kau, Laura." Sambungnya lagi.

"Aku akan balik tapi bukan sekarang. Kau tahukan, aku bukan seorang tapi berempat. Aku tak nak bahayakan nyawa adik adik aku dan mommy. Cukup la aku je yang buat kerja gila ni."

Bella diam tidak terkata. Entah apa yang mahu dikatakan lagi, dia pun tidak tahu. Termasuk hari ini, sudah hampir dua tahun Laura menyembunyikan diri dan hidup seperti pelarian.

"Takpe, Bella. Aku tau jaga diri aku. I'm Ace remember?" Soalnya berbisik dengan senyuman senget.

Bella membuat rolling eyes.

"Dah sudah la tu. Makan ni, kalau tak nak aku boleh habiskan." Kata Lourist sambil menarik piring kek Bella dan Laura.

Serentak para gadis itu menarik kembali piring kek mereka.

"Aku punya lah!" Marah mereka serentak.

Lourist ketawa perlahan. Ben dan Rizal memandang sesama sendiri dan menggeleng perlahan.

Perempuan. Mana boleh berpisah dengan makanan.

🍂🍂🍂🍂🍂

"Betul ke bro? Kau sure nak buat kerja ni?" Soal Jay.

Ray mengangguk yakin.

"Kau pasti dia?"

"Aku pasti, ni kerja dia. Sebab tu aku perlukan umpan." Balas Ray.

"Umpan?"

"Haah, umpan."

"Maksud kau?" Soal Jay lagi.

Ray tidak menjawab, sebaliknya dia tersenyum sinis kearah Jay. Jay berkerut memandang Ray.

BUKKK

Jay jatuh terjelopok keatas lantai dengan kepala yang berdarah apabila dipukul oleh seseorang dari belakang.

Ray duduk mencangkung dihadapan Jay lalu membisikkan sesuatu ditelinga lelaki itu.

"Sorry Jay, dovevo farlo, mi dispiace. (Aku terpaksa buat macam ni, maaf.) Semua sebab kau adik Lourist Angela, bro." Bisiknya perlahan dalam bahasa itali.

Perlahan lahan Louis Austin pengsan tidak sedarkan diri. David tersenyum puas.

Kematian ahli keluarga pasangan kembar Louis Austin dan Lourist Angela adalah disebabkan Bryant. Oleh kerana hutang, nyawa tergadai.

Kerana itulah, Lourist menyertai The Black Rose. Tapi entah bagaimana Austin boleh menyertai kumpulan L'aroma Del Diavolo.

-------

See? Kan Iqa dah cakap Iqa suka kembar. Ben dan Bella. Lourist dan Louis. Aidda dan Aisya. 😂😂😅

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you nest chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now