S.E.B.I.C.M. 7️⃣

1.2K 90 27
                                    

Kehulu kehilir Zafran berjalan dengan otak yang tidak habis memikirkan Laura. Akhirnya dia mengeluh perlahan.

"Haih... Mana si Laura ni? Kata nak datang."

Tiba tiba pintu kedainya terbuka. Dia berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang membuka pintu.

Lain yang ditunggu tapi lain pula yang tiba.

"Hai, abang Zaf!"

Zafran tersenyum kelat memandang Melissa.

"Hai." Balasnya perlahan.

"Kenapa abang ni, hmm? Macam ada masalah je? Kenapa? Cuba cerita dekat Mel, maybe I can help you."

"No, it's okay." Balas Zafran lalu mengeluarkan iphone nya. Jari lekas mendail nombor Laura.

Tut tut tut

Panggilan bersambung.

"Woi, Laura!!"

Senyap.

"TENGKU LAURA ADRIANA!!" Kerasnya lagi.

Senyap.

"LAURA!!"

"Ha? Hello? Pahal call aku pepagi buta ni?"

Terbuntang mata Zafran mendengar kata kata Laura. Tangan diangkat keatas, mata pula memandang ke bawah. Jarum jam jelas menunjukkan pukul 2 petang.

"Morning blind head koala you!! Dah tengah hari buta ni gila! Kau solat subuh ke tak pagi tadi?" Jeritnya.

"Eh? Kau ni memang jenis yang telan speaker ehh? Sakit telinga hanat."

"Habis tu? Aku yang sakit hati ni? Macam mana? Kau kata nak datang kedai aku? Sampai sekarang tak muncul muncul."

"Bila masa aku kata nak--"

Senyap.

Zafran melihat sekilas skrin telefon, untuk memastikan Laura masih berada di dalam talian. Puas menunggu dengan perasaan marah, ibu jarinya terus menekan butang merah.

Berkerut dahi Melissa melihat Zafran dalam keadaang marah. Jarang nak tengok Zafran ni marah. Selalunya dia tunjuk muka meluat dia je. Macam hari yang Melissa minta nak kerja dengan dia.

"Abang, Mel ada bawakan makanan untuk abang ni. Abang makan la." Bekas makanan bertingkat berwarna putih dihulurkan kepada Zafran dengan tangan kanan.

Zafran menyambut huluran itu lalu meletakkan bekas makanan diatas meja. Dia berlalu masuk ke dalam pejabatnya untuk membancuh air kopi untuk dia dan Melissa.

Melissa hanya memerhati Zafran membancuh kopi itu dari luar. Sedang ralit memerhati pokok bunga di dalam kedai itu, Zafran keluar dengan dua cawan kopi. Salah satunya dihulurkan kepada Melissa, lalu dia duduk diatas kerusi. Bekas makanan diambil dan dibuka tanpa menghiraukan Melissa yang memerhati.

Dah la lapar, ingatkan nak makan dengan dia. Argh lantak la. Baik aku makan. Omel Zafran.

Sedang elok dia menikmati makanan yang dibawa Melissa, tiba tiba sahaja Melissa menjerit ketakutan dan duduk diatas riba Zafran.

Kalut Zafran jadinya.

"Kenapa?!"

"Tu tu lipas!"

"Hah? Mana lipas?!" Matanya melilau kearah yang ditunjukkan Melissa. Tanpa sedar kehadiran seseorang di belakangnya.

"A-Amir?"

Serta merta perbuatannya terhenti ketika suara itu menyapa telinganya. Dia terkedu melihat figura Laura berada di belakangnya. Pantas dia menolak Melissa agar menjauhinya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now