S.E.B.I.C.M.4️⃣8️⃣

762 42 38
                                    

Seminggu kemudian...

Syazwan meramas kuat rambut hitam miliknya. Wajah cantik Izara yang mempunyai kesan lebam itu dipandang jijik. Wanita itu pula hanya menundukkan wajahnya.

Dengan perasaan yang sebal, dia berjalan mendekati Izara. Serta merta kepalanya wanita itu terdongak keatas apabila rambutnya dicengkam kasar oleh belas suaminya.

"Asal kau ni bodoh sangat hah?! Aku nak kau buat diorang bercerai jelah bodoh!! Kau ni memang tak gunakan!?"

PANGG

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Izara membuatkan dia terlentang kebelakang. Tersedu sedan dia menangis akibat kesakitan. Pipi yang terasa pedih dan perit itu digosok untuk menghilangkan rasa.

Mulutnya pula tidak pernah lekang dari merayu kepada lelaki berperangai iblis itu supaya melepaskan dirinya.

Syawan semakin hilang kewarasan apabila kata kata Bella dan Fariqi menerobos masuk ke dalam telinganya.

Flashback

PANGG

Bella menampar wajah Izara. Fariqi menarik tubuh Bella agar menjauhi wanita itu. Laura, Zafran dan yang lain hanya menjadi pemerhati.

Nasib baik la orang tua mereka tiada bersama, kalau tidak lebih teruk keadaannya apabila Tengku Laila dan Datin Zahara mengamuk. Macam Godzilla berlawan dengan King Kong.

"Dasar perempuan murahan! Kau ingat dengan buat diri korang berdua kena tangkap basah, aku akan biarkan korang kahwin ke bodoh?! Eh, aku tak sebodoh kau la bodoh!" Katanya lancang.

"Aku minta maaf tapi aku terpaksa." Balas Izara.

"Terpaksa? Siapa yang paksa kau?" Soal Fariqi.

"Sya-Syazwan." Jawabnya ringkas.

Laura memetikkan jarinya sendiri sebagai arahan kepada anak buahnya. Beberapa orang lelaki berbadan tegap menganggukkan kepalanya sekilas lalu berjalan ke sesuatu tempat.

Setelah beberapa minit menghilang, mereka kembali semula dengan membawa seorang lelaki yang telah lembik dipukul mereka.

Lelaki itu dicampakkan betul betul dihadapan Izara. Izara tergamam melihat wajah lelaki itu yang penuh dengan darah. Tangan dan kakinya juga diikat supaya tidak melarikan diri.

"Sya-Syazwan?!"

"Now, tell us. Apa yang dia nak kau buat?" Soal Bella.

Izara memandang wajah Syazwan yang tidak sedarkan diri. Kemudian, perlahan lahan dia mengangguk bersetuju untuk bercerita. Tanpa dia sedar bahawa Syazwan hanya berpura pura tidak sedarkan diri.

Pelbagai jenis makian dan kutukan dia hadiahkan buat Izara yang bercerita tentang rancangan jahat mereka. Selesai sahaja Izara membongkarkan semuanya, mereka berdua dihalau keluar dari situ.

End flashback

Terngiang ngiang suara Bella dan Fariqi di dalam kepalanya.

"Dasar bodoh!"

"Perempuan jijik!"

"Pergi mampus la korang!"

Syazman menutup telinganya dengan kedua belah tangannya. Bingit telinganya mendengar suara itu.

"ARGHH!! DIAM!! DIAM!! AKU KATA DIAM TU DIAM LA!!!"

Izara semakin panik melihat Syazwan yang mula hilang kewarasan. Perlahan lahan dia bangkit untuk melarikan diri. Namun, semuanya sia sia apabila rambutnya dicengkam oleh Syazwan dari belakang.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now