S.E.B.I.C.M.2️⃣5️⃣

867 60 18
                                    

Sedang sibuk Laura dan Tengku Laila berbual diatas batu sungai, datang dua orang kanak kanak perempuan sambil menangis nangis.

Serentak mereka berpaling kearah kanak kanak tersebut.

"Ini dah kenapa pulak ni? Siap menangis bagai ni?" Soal Tengku Laila sambil menarik Aidda untuk duduk diatas ribanya. Manakala Aisya duduk diatas riba Laura.

Tersedu sedan Aisya tu menangis.

"Tangan.. tangan Aidda darah.. huuuwaaa." Kata Aisya sambil menangis.

"Dahtu kenapa Aisya menangis?" Soal Laura sambil menilik tangan Aidda yang berdarah.

"Sebab tangan Aidda darah." Balas Aidda selamba.

Tengku Laila dan Laura saling berpandangan sebelum mereka ketawa bersama. Macam pelik je, orang lain yang terluka tapi orang lain pula yang menangis.

"Ak-aku peanut la dengan budak ni. Orang lain sakit, dia yang nangis." Kata Laura sambil menahan gelak. Sebelah tangannya memegang perut.

"Dah dah, jom masuk. Mommy nak sapukan ubat dekat tangan Aidda. Aisya jangan nangis lagi okay? Sikit je ni, luka kecik je. Kakak Aidda kan kuat macam kakak Laura, betul tak?" Soal Tengku Laila sambil mengusap ngusap kepala budak perempuan itu.

Aisya mengangguk sebelum bangun dan berjalan masuk ke dalam rumah kayu mengikuti langkah Tengku Laila dan kakaknya, Aidda.

Laura hanya memandang mereka bertiga berlalu masuk ke dalam rumah lalu kembali memerhati sungai yang pernah hampir meragut nyawanya.

Kalau bukan kerana sempat diselamatkan oleh Tengku Laila Azura sudah pasti dia tidak ada dunia ini.

Dia kemudiannya membaringkan tubuh diatas batu itu sambil menutup mata. Kedua belah tangannya disilangkan ke atas perutnya. Jelas memori yang mengerikan hampir setahun yang lalu berlayar di mindanya seperti kaset lama.

Flashback.

"Bye bye  dear beloved sister Laura."

BUSH.

Terkapai kapai tangan Laura untuk menaikkan badan sendiri keatas permukaan air untuk bernafas. Luka yang ada pada badannya menyukarkan untuk dia bergerak. Akhirnya dia pengsan dihanyutkan air.

Seminggu kemudian...

Berkerut dahinya apabila terdengar suara kanak kanak menangis. Mata yang cuba dibuka kembali terpejam apabila cahaya matahari yang memasuki terus ke kornea matanya.

Tangan diangkat sebagai penghadang dan sekali lagi dia membuka mata. Sebaik saja membuka mata, perkara pertama yang dia lihat adalah dua orang kanak kanak perempuan yang duduk disampingnya.

Seorang menangis dan seorang lagi sedang menenangkannya. Adik beradik mungkin. Fikir Laura.

"Eh, kakak dah bangun? Kakak ada sakit mana mana lagi ke kak? Kakak haus tak? Nak Aidda ambilkan air kosong?" Soal budak bernama Aidda.

Kanak kanak itu kelihatan lebih matang pada mata kasarnya. Laura tersenyum nipis seraya mengangguk perlahan. Aidda tersenyum lalu menuangkan air kosong di dalam jag air bersebelahan dengan Laura ke dalam gelas.

Dia membantu Laura bangun daripada berbaring kepada duduk lalu menyuakan gelas berisi air itu ke bibir mugil milik Laura.

"Perlahan lahan." Pesannya.

Laura hanya tersenyum dan membasahkan tekaknya dengan air itu. Gelas yang telah kosong diletakkan kembali di sisi Laura dan dia merenung wajah pucat wanita itu.

"Kenapa adik tenung kakak macam tu?" Soal Laura.

"Aidda minta maaf. Kalau bukan sebab Aisya mesti kakak tidur lagi tadi. Mommy kata jangan bising sebab kakak kena rehat."

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now