S.E.B.I.C.M.3️⃣5️⃣

854 50 19
                                    

Laura merenung lemah wajah pucat milik Zafran yang terbarung lemah diatas katil hospital di bilik VVIP itu.

Peristiwa dimana lelaki itu membalas tembakan David mula terbayang kembali diruang minda seperti kaset lama.

Satu persatu air matanya gugur membasahi pipi. Air mata itu dikesat perlahan lalu tangannya memeluk tubuh sendiri.

"Cik Tengku?" Sapa satu suara.

Laura berpaling ke tepi. Wajah tampan milik doktor Izzue menghiasi penglihatannya. Lelaki itu tersenyum nipis memandang Laura. Jelas dimatanya bahawa gadis itu baru saja mengalirkan air mata.

"Eh, doktor. Buat apa sini?" Soalnya rambang.

Doktor Izzue tergelak kecil. Dah panggilan pun doktor, mesti la kerja.

"Saya kan doktor, mesti la kerja kat sini."

"Opss, sorry sorry." Balas Laura dengan tawa kecil.

"Alang alang saya dah jumpa dengan cik kat sini, boleh ikut saya ke bilik saya sekejap?"

"Untuk apa?"

"Pasal pemeriksaan untuk pemindahan hati." Balas doktor Izzue.

🎊🎊🎊🎊🎊

Kring kring~

Laura yang baru sahaja ingin menghidupkan enjin kereta alphard hitam itu terbantut tatkala bunyi deringan telefon bimbit menyapa telinganya.

Telefon yang berdering itu dicapai dan butang hijau ditekan setelah memastikan nama pemanggil.

"Laura kau kat mana?" Suara Bella yang kedengaran agak cemas, menyapa telinganya.

"Hospital. Kenapa ni? Ma--"

"Ada musuh datang! Cepat balik sekarang!"

Tut.

Laura mula cemas. Musuh mana pulak ni? Bukan si Zafran dah bunuh Bryant ke? David hidup balik ke? Ehh, apa benda aku merepek ni? Kepala digeleng perlahan.

Pedal minyak ditekan rapat sebaik sahaja kereta itu keluar dari kawasan hospital.

Kereta kembali diperlahankan apabila sampai di rumah rehat Bella. Sebaik saja berjalan masuk ke dalam bangunan itu, terpampang wajah Melissa yang dikelilingi oleh orang orangnya.

Laura mendekati Melissa yang semakin takut. Wanita itu memegang kuat pada baju tshirt milik Austin seraya menyorokkan separuh dari tubuhnya ke belakang tubuh lelaki itu.

"Ni ke musuh yang kau maksudkan tu?" Soalnya kepada Bella. Bella membalas dengan anggukan.

"Ceh, cara kau bagitahu aku tadi macam nak kena serang dengan bom. Bodoh betul." Selamba Laura.

Bella hanya menjeling sekilas. Malas nak layan, layan nanti kang gaduh. Baik diam.

"Pahal minah ni ada kat sini ni? Siapa bagi kebenaran untuk bawa perempuan ni datang sini?" Soalnya marah.

"Aku yang bawa. Maaf sebab tak bagitahu kau dulu." Jawab Austin.

"Kenapa?"

"Mak ayah dia dah jual dia dekat aku. Dia jual dengan harga 10 ribu. Aku bawa dia datang sini sebab aku nak jaga dia, aku nak kahwin dengan dia." Jujur Austin.

PANGG

Satu tamparan hinggap di wajah Austin. Kesemua mereka terkedu dengan tindakan Lourist yang melempang wajah adiknya sendiri. Merah wajah gadis itu kerana menahan marah.

Austin membiarkan rasa perit dan pedih dipipinya tanpa berniat untuk menggosok pipi yang sedikit merah itu. Kepala ditundukkan ke bawah. Tidak mahu bertentang mata dengan kakaknya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now