S.E.B.I.C.M.2️⃣3️⃣

842 63 25
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"dia dah takde, Zaf..."

"...kitorang dah cari tapi tak jumpa..."

"...kalau dia masih hidup, dia akan datang balik..."

"...terima takdir, Zaf..."

Terngiang ngiang suara Ben dalam fikiran Zafran. Sudah berbulan hal itu berlalu. Dia juga sudah discharge dari hospital dan sedang berehat dirumah.

Oleh kerana kehilangan Laura terlalu lama, pihak polis memutuskan untuk menghentikan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Disebabkan itu juga, Zafran dan Fariqi kembali ke tempat mereka dikurung dan didera. Semata mata untuk mencari Laura. Namun, tiada yang mereka dapat melainkan lelah mencari yang tak pasti.

Accewah ayat!! 😆

"Jauh termenung."

Zafran memandang ke kanan. Wajah tua milik Dato Afzan menghiasi mata coklat cair milik Zafran.

"Kau kata aku tua, Iqa?" Soalnya marah.

Ehh? Hehe. 😅

"Papa buat apa kat sini?"

"Lah? Ni kan rumah papa, suka hati la nak duduk mana pun. Huh!" Balasnya merajuk.

Zafran ketawa.

"Alololor papa merajuk ke? Biar la orang nak cakap papa tua ke apa ke, yang penting dalam hati mama cuma ada papa je. Agree?" Soalnya dalam pujukkan. Kedua belah tangannya naik memicit bahu lelaki itu

Nasib baik Zafran ada. HAHA.

"Hmm.. agree la sangat."

"Apa yang agree tak agree tu?" Jerit Datin Zahara dari pintu. Sebelah tangannya bercekak pinggang manakala satu lagi memegang sudip.

"Abang! Saya dah pesan tadi, basuh pinggan, basuh pinggan! Abang nak saya ketuk abang dengan sudip ni ke apa? Huh?" Dia berjalan mendekati Dato Afzan dan Zafran yang bersantai diatas buaian yang disediakan diatap rumah.

Dato Afzan bangun dan berdiri di belakang Zafran.

"Alah, tadi abang dah vacuum rumahkan, bagi la abang rehat kejap. Kejap je. Penat la buat sayang punya denda tu. BANYAK!"

Okay, semalam diorang berenam main truth or dare termasuk la si Fariqi sekali. Bila sampai turn Dato Afzan, si Zamirul ni sengaja bagi soalan maut. Si Zamri pulak menyambung.

Flashback

Botol air mineral yang berisi sedikit air itu diputarkan lalu bahagian penutup botol itu berhenti dan menunjuk kearah Dato Afzan.

"Haa papa. Turn papa pulak." Kata Zafran dengan bersemangat.

"Papa nak truth ke dare?" Soal Zamri.

"Truth." Jawabnya tanpa berfikir baik dan buruknya.

"Kenapa uncle pilih aunty untuk suri hati uncle?" Soal Fariqi.

"Sebab.. dia dah curi hati papa." Sempat dia mengenyitkan mata kearah Datun Zahara.

Terus berona merah pipi wanita itu. Kerana menahan malu apabila anak anak dan anak sedaranya bersorak.

"Cepat cepat. Lagi dua soalan." Katanya dengan angkuh lagikan bongkak.

"Berapa ex yang papa ada sebelum papa kahwin dengan mama?!" Bidas Zamirul.

Pucat lesi muka Dato Afzan mendengar soalan itu. Mampus aku. Mata mengerling kearah Datin Zahara. Jelas kelihatan Datin Zahara memandangnya dengan ekor mata. Liurnya ditelan kesat.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now